Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

NITA X Secret Recipe: Koleksi Kek Klasik Memang Best & Sedap Baunya… Rasa Macam Nak Makan!

by Soph Azz
March 28, 2023
Foto - NITA X Secret Recipe

Foto - NITA X Secret Recipe

Share on Facebook

Perhatian! Miss Murai menyeru beauty lovers dan foodies terutamanya si sweet tooth; jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk dapatkan dua koleksi NITA X Secret Recipe edisi terhad!

Pasti membuatkan kamu teruja; koleksi edisi terhad yang menampilkan liquid lipstick dan liquid blusher ini telah dihasilkan berdasarkan jenis kek di Secret Recipe. Hanya kek-kek yang popular dan terlaris saja tau.

Antara koleksi yang diperkenalkan adalah (1) Koleksi Kek Klasik yang terdiri daripada Chocolate Indulgence, Creme Brulee Cheese dan Choc Cheese Berries. Manaka koleksi seterusnya iaitu (2) Koleksi Kek Signature pula terdiri daripada Decadent Tiramisu, Burnt Cheesecake dan Chocolate Odyssey.

Bau seperti kek yang sebenar, team Miss Murai pun cepat-cepat dapatkan koleksi ini iaitu Koleksi Kek Klasik. Tanpa membuang masa, Miss Murai nak kongsikan apa rasanya selepas pakai setiap satu produk dalam koleksi ini…

Pembungkusan pun sangat istimewa dan unik!

Berharga RM59.00, kamu akan dapat dua liquid lipstick dan satu liquid blusher yang dibungkus dalam kotak segi tiga yang menggunakan warna rasmi Secret Recipe iaitu merah. Kotak tersebut kalau dilihat, seolah-olah seperti potongan kek, dan ianya bertemakan retro dengan ilustrasi wanita memegang kek di bahagian hadapannya.

Foto – Arkib Miss Murai

Manakala di bahagian belakang kotak ini pula, kamu akan diberikan maklumat tentang jenis-jenis produk dalam pembungkusan ini dan bahan-bahan yang digunakannya.

Topik Berkaitan Detik Matcha Anda Bermula di Secret Recipe

2 liquid lipsticks dan 1 liquid blusher yang best formulanya!

Selepas mengenakan liquid lipstick dan liquid blusher dalam koleksi Kek Klasik ini, Miss Murai dapati formulanya sangat lain dan rasanya ianya dicipta khas untuk koleksi ini saja.

Foto – Arkib Miss Murai
  • Pertama kali memakainya, Miss Murai dapati setiap satu produknya kekal di tempatnya, tak cepat hilang, comot dan menaikkan seri wajah sepanjang hari.
  • Kemudian liquid lipsticknya pula sangat ringan dan kalis air. Bukan itu saja bibir pun rasa lembap, tak merekah atau terkopek selepas mencucinya.
  • Manakala liquid blusher pula serba boleh. Selain guna pada pipi, Miss Murai turut gunakannya sebagai eyeshadow. Yang penting rasanya tak melekit, sangat ringan dan tak cepat hilang.
Foto – Arkib Miss Murai
  • Walaupun ada dua liquid lipsticks dalam koleksi ini, hanya satu sahaja yang mempunyai bau dan bauannya sama seperti kek sebenar!
  • Setiap satu warnanya pula sesuai dengan kulit wanita di Malaysia, malah kulit sawo matang kalau pakai koleksi ini kamu akan dapati ianya serlahkan lagi feature dan seri wajah!

Kedua-dua koleksi NITA X Secret Recipe ini dijual pada harga RM59.00 sahaja dan kamu boleh dapatkannya di [SINI]. Selamat mencuba ❤️

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
nita cosmeticsnita x secret recipeSecret recipe
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Rita Sosilawati Kena Tahan Di ‘Airport’ London, Apa Jadi Dengan Pasport?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara