• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Noh Salleh Bawa ‘Angin Kencang’ Jelajah 4 Negeri

by Zaidin Albert
September 25, 2017
Share on Facebook

Kini, berakhirlah sudah jelajah Road Tour Noh Salleh di empat lokasi bagi mempromosikan album Angin Kencang iaitu di Pasar Karat, Johor Bharu, Menara Taming Sari, Melaka, Khedai Khopi Shocka, Penang dan Gerbang Malam, Ipoh. Ternyata keempat-empat lokasi yang dilawati Noh Salleh telah mendapat sambutan diluar jangkaan di mana setiap lokasi dibanjiri oleh ramai penonton dan peminatnya.

Sokongan dari RedBull

Road Tour 2017 Noh Salleh tidak akan berjaya sekiranya tanpa sokongan dari RedBull Malaysia yang telah menyediakan kenderaan pacuan 4 roda yang dilengkapi dengan sistem bunyi yang canggih. Memilih lokasi sebegini kerana, ia membuatkan diri Noh Salleh lebih dekat dengan para peminat dan mereka beramai-ramai dapat menonton dan menyaksikan persembahan beliau secara LIVE dan santai. Bukan sahaja persembahan yang disajikan malah sesi meet and greet juga telah dilakukan kepada para peminatnya yang membeli album baru beliau berjudul ‘Angin Kencang’.

Sambutan Mengalakkan

Bukan itu sahaja lebih 450 keping cakera padat beliau telah habis terjual. Ternyata, walaupun Noh Salleh tampil dengan album solo beliau, namun begitu ia masih mendapat sambutan oleh orang ramai dan peminat tegarnya yang sering mengikuti perkembangan karier beliau dari sebuah kumpulan band popular sehingga bergerak secara solo.

Konsep Album

Album baru ini memuatkan enam lagu repackaged dan tiga lagu baru iaitu ‘Sarawak’, ‘Mr.Polia’ dan ‘Renjana’. Konsep bagi album ini menjurus ke arah irama pop retro telah dipilih oleh Noh Salleh kerana ini adalah suatu sisi muzik Noh yang mungkin hanya dapat direalisasikan secara solo dan ia juga antara sebuah pengembaraan musikal Noh Salleh dan seratus peratus atas dasar kepuasan dirinya sendiri sebagai seorang insan seni.

Malah, album ini juga mendapat sambutan yang baik bukan sahaja di Malaysia namun juga di Indonesia, kerana permintaan yang tinggi oleh peminat-peminat beliau di sana yang mengagumi serta lebih menghargai hasil karya Noh Salleh yang sedemikian rupa.

Teristimewa buat peminat setia Noh Salleh, album ‘Angin Kencang’ edaran Warner Music (M) ini boleh dimuat turun di semua digital platform seperti Apple Music, iTunes, Spotify, JOOX, Yonder Music serta KKBox.

Ini adalah pautan untuk album lagu ‘Angin Kencang’ di digital platform: WMM.lnk.to/nohsallehAK

angin kencangmizz ninanoh salehRedBull
https://lomp.at/rfmeh
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Musik

Hip Hop Tamizha Gegarkan Stadium Merdeka Dengan Pertunjukan Drone Mega

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Selepas kejayaan besar konsert U1 sebelum ini, Don’t Run Away Asia (DRA) sekali lagi membuktikan kemampuan mereka sebagai penganjur konsert...

Read moreDetails
Musik

Berhantu! 10 Lagu Ini Wajib Nyanyi Di Pusat Karaoke

by Khai Azfar
December 1, 2017

Ada peminat karaoke di sini? Jika ya, apakah judul lagu yang sering anda nyanyikan di pusat karaoke tersebut? Tahukah anda...

Read moreDetails
Musik

10 Lagu Seram Yang Akan Membuatkan Anda Merasa Seram Sejuk

by Jash Lee
August 14, 2021

Bila bercakap tentang lagu-lagu seram, apakah yang terlintas difikiran anda? Biasanya, lagu-lagu yang seram akan membuatkan kita akan rasa meremang...

Read moreDetails
Lokal

Mahu Berjuang Habis-Habisan! Aqmal Letak Matlamat Untuk Sampai Ke ‘Final’!

by Aphit J.
September 4, 2022

Bersaing dengan tiga nama besar di industri hiburan dan juga dua bintang baharu yang berbakat besar, Aqmal (Aqmal Ramdan) tidak...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  2. 2

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  3. 3

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  4. 4

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  5. 5

    Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore