Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh menitipkan ucapan istimea sepena hari lahir isterinya, Fatin Athira Mustapa pada Selasa, baru-baru ini.
Isteri Yang Banyak Berkorban
Noh atau Muhammad Noh Salleh Sadeli menerusi hantaran di Instagram, menyifatkan isterinya telah banyak berkorban selain melayan kerenahnya yang kurang siuman.
“Selamat hari jadi kepada isteri tercinta. Permaisuri keluarga kita. I love u so much. We went thru hell and back together, pengorbanan dedikasi kepada anak anak kita yang sangat luar biasa, melayan kerenah suami yang kurang siuman, namun tetap berdiri teguh di belakangku. Beruntung anak-anak kita ada ibu sepertimu.
Sebagai seorang suami yang sangat beruntung di dunia kerana memilikimu, ku doakan semoga yang indah di dunia dan syurga Tuhan kurniakan kepadamu.”-titip Noh kepada Athira di Instagram
“Semoga Yang Baik-Baik Sahaja Dalam Hidup Kalian…”
Perkongsian Noh dibanjiri dengan ucapan hari lahir oleh peminat buat Athira, malah ramai yang mendoakan keluarga bahagia ini akan terus diberikan keberkatan Allah SWT.
“Indahnya ucapan, happy birthday buat wife you bro.”
“Semoga digandakan rezeki dan bahagia sepanjang hidup untuk you, Noh dan Taralicious.”
“Semoga yang baik-baik sahaja hadir dalam hidup kalian.”
“Wuu baby March juga rupanya! Happy birthday dear mommy Tara. May Allah bless you and your beautiful family always.”
Sekadar info, Noh Sallah mendirikan rumah tangga dengan Fatin Athira Mustapa pada September 2023. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Tara Svara yang dilahirkan pada 21 November 2025.
Noh Salleh sebelum ini pernah berkahwin dengan Mizz Nina pada 1 Julai 2011 sebelum bercerai pada Ogos 2022 . Mereka tidak dikurniakan zuriat tetapi mempunyai seorang anak angkat bernama Musa.






