Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita Dunia

Nombor Telefon Yang Membuat 100 Panggilan Sehari Akan Digantung, Ini Kaedah Di Thailand

by Puteri Alia
December 13, 2023
Share on Facebook

Penipuan dalam talian (online scams) bukan perkara baharu. Ia telah berlaku di seluruh dunia sejak lama dahulu. Media tempatan telah melaporkan kes-kes penipuan dalam talian ini sejak beberapa tahun lepas.

Anehnya, jenayah kolar putih ini terus terjadi, malah semakin ramai mangsa terjerat dan mengalami kerugian, ada sehingga ratusan ribu ringgit.

Baru-baru ini kerajaan Thailand menerusi Kementerian Ekonomi dan Masyarakat Digital (DES) mengumumkan mana-mana nombor telefon dengan lebih daripada 100 panggilan sehari akan digantung, sebagai usaha memerangi kegiatan penipuan menggunakan panggilan.

Memetik laporan sebuah portal berita online, Menteri DES, memaklumkan pada bulan lalu sahaja pihaknya merekodkan kira-kira 80,000 orang membuat aduan mengenai penipuan dengan Pusat Operasi Anti-Penipuan Dalam Talian.

Bagi menangani isu itu, pihaknya berkata beliau akan menumpukan pada nombor telefon yang membuat jumlah panggilan yang luar biasa setiap hari.

Dari Sabtu hingga Isnin minggu ini, lebih 12,500 nombor telefon melepasi ambang 100 panggilan, yang membawa kepada penggantungan serta-merta.

Satu lagi kebimbangan yang diketengahkan oleh menteri ialah lebih 12,500 nombor telefon didaftarkan secara haram.

Penting sebenarnya untuk sesebuah masyarakat itu sedar akan tektik dan modus operandi yang dijalankan oleh scammer.

Andainya orang yang menghubungi anda itu tidak pernah anda kenal (tiba-tiba saja dia muncul), atau dia minta anda membayar sejumlah wang dalam satu situasi yang pelik, meminta maklumat peribadi anda seperti akaun bank dan kata-laluan komputer, meminta anda membeli suatu barang atau membuat suatu keputusan dengan segera, menawarkan sesuatu kepada anda dalam keadaan too good to be true (terlalu bagus untuk menjadi kenyataan).

Misalnya hadiah cabutan, harta pusaka yang tidak dituntut atau peluang pelaburan yang amat menguntungkan, yakinlah dia sebenarnya adalah scammer.

Error happened.
Cik B Bengang Dengan Scammer Salmon Skin Salted Egg!- "Buy One Free One Tapi Dapat Mister Potato"
scammerThailand
https://lomp.at/l59ya
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  4. 4

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara