Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Noorkhiriah Diselubungi Bau Kapur Barus Ketika Memandu, Dakwa Hampir Dihalau Entiti Misteri

by Puteri Alia
July 15, 2025
Share on Facebook

Cemas, panik dan menggigil lutut, itulah yang dilalui pelakon berbakat besar Noorkhiriah ketika memandu sendirian di sebuah lebuh raya di ibu negara baru-baru ini. Dalam suasana hujan lebat dan kesesakan jalan yang teruk, tiba-tiba dia dihantui bau kapur barus yang kuat seakan-akan ‘mengikut’ dan melekat pada hidungnya sepanjang perjalanan. Lebih menyeramkan, bau itu hadir secara tiba-tiba, bukan pada waktu malam, tetapi ketika jalan raya dipenuhi kenderaan lain.

Noorkhiriah atau nama sebenarnya Noorkhiriah Ahmad Shapie, 49, berkongsi detik mencemaskan itu menerusi Insta Story. Dia menggambarkan betapa paniknya dia ketika bau misteri itu menyerang hidung tanpa sebab jelas, seolah-olah cuba ‘mengganggu’ ketenangan jiwanya sewaktu berada dalam situasi berisiko.

Katanya, bau tersebut bukan sahaja kuat malah kekal berpanjangan, membuatkan dia terpaksa membongkok sehingga dada melekat ke stereng sambil terus memandu. Dalam keadaan tidak mampu berhenti kerana kesesakan lalu lintas, dia hanya mampu berzikir, menarik nafas panjang dan menenangkan diri.

Apa yang lebih menakutkan, bau kapur barus yang sering dikaitkan dengan kematian dan dunia ghaib itu tidak juga hilang walaupun dia telah membuka tingkap dan menyalakan lampu kereta. Bahkan, bunyi bacaan al-Quran yang dipasang juga tidak serta-merta mengusir kehadirannya.

Noorkhiriah mengakui terasa seolah-olah bau tersebut hadir dengan niat untuk mencetuskan kemalangan. Dia mengaitkan pengalaman itu sebagai ujian yang menguji kekuatan mental dan spiritualnya ketika berada sendirian dalam situasi genting.

Bau aneh itu hanya lenyap selepas hampir sejam apabila keretanya menghampiri lebuh raya Duke. Sepanjang tempoh itu, pelakon drama Seribu Tahun ini terus berdoa agar dilindungi daripada perkara yang tidak diingini. Dia juga bersyukur kerana akhirnya selamat sampai ke rumah walaupun hatinya masih dipenuhi pelbagai persoalan tentang apa sebenarnya yang berlaku.

Babak Bersentuhan Cetus Reaksi Penonton, Noorkhiriah Terima Teguran Dengan Hati Terbuka

Dalam nada nasihat, Noorkhiriah turut menyeru pengikutnya agar kekal tenang sekiranya berhadapan dengan kejadian serupa. Katanya, jika keadaan memungkinkan, sebaiknya berhenti di kawasan selamat untuk menenangkan diri sebelum meneruskan perjalanan.

Pelakon berjiwa kental ini turut bergurau mengatakan selepas ini dia mungkin akan memilih untuk menaiki Grab sahaja jika perlu keluar seorang diri. Pengalaman menyeramkan itu nyata bukan sekadar peristiwa biasa tetapi satu detik yang akan terus terpahat dalam memorinya.

noorkhiriah
https://lomp.at/1jef6
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @the_haidars (IG)
Lokal

Peminat ‘Kenenkan’ Dengan Fazura, Ini Respons Que Haidar- “Jodoh Tak Boleh Tolak”

by Nurul A.
February 16, 2026

Pelakon Que Haidar mencuri tumpuan ramai apabila mengulas kenyataan mengenai kemungkinan jodoh bersama pelakon dan usahawan Nur Fazura. Memetik kenyataan...

Read moreDetails
Foto - @hannahyeoh (FB)
Lokal

Kenapa Penampilan Hannah Yeoh Berselendang Di Bulan Ramadan Tuai Kecaman?

by Nurul A.
March 12, 2026

Jujur MURAI katakan, Menteri Wilayah Persekutuan, Hannah Yeoh nampak sangat manis dan sopan apabila menggayakan selendang. Berdasarkan beberapa kongsiannya di...

Read moreDetails
Lokal

Syasya Rizal Pernah Rasa Malu Tinggal Di Flat, Titip Pesanan Nenek-“Hidup Ini Bukan Tentang Apa Yang Kita Ada..”

by Naddy Joe
February 25, 2026

Penyanyi, Syasya Rizal mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momennya melawat kawasan tempat tinggal bersama neneknya, di salah sebuah rumah flat...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Adi Putra Terjebak Buat Trend TikTok, Peminat Tak Keruan!

by Naddy Joe
February 24, 2026

Nama aktor kacak, Datuk Adi Putra mencuri perhatian netizen selepas berkongsi satu video di media sosial, baru-baru ini. Menerusi video...

Read moreDetails
Lokal

Zara Zya Pilu Lihat Keluarga Sudah Berpecah-“Sekarang Saya Cuma Dengan Mama Sahaja..”

by Naddy Joe
March 6, 2026

Pelakon, Zara Zya meluahkan rasa pilu melihat keluarganya yang kini sudah berpecah dan ada yang sudah bertahun tidak bersua muka....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara