Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Nora Danish Mahu Berdiam Diri Isu ‘Posting’ Nedim-“Saya Hormati Hak Privasi Dia..”

by Naddy Joe
November 5, 2025
13
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon, Nora Danish memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai mengenai bekas suaminya, Nedim Nazri Aziz yang meluahkan rasa berang di platform Threads baru-baru ini berhubung terdapat individu yang didakwa cuba mengganggu anak mereka.

Nora atau Nora Mohd Danish Hanif menyatakan bahawa dia enggan masuk campur urusan peribadi Nedim kerana menghormati hak privasi masing-masing setelah bukan lagi bergelar pasangan suami isteri.

“Bab itu saya tak nak komen apa-apa, sebab saya memilih untuk tidak bersama dia.

Jadi saya hormati hak privasi dia dan sebagainya. Bahagian saya buat apa nak komen? Sebab tiada kena mengena dengan saya.”-katanya kepada Murai My

Nora berkongsi perkara itu ketika ditemui  Murai MY selepas selesai tayangan perdana drama ‘Saling Tak Terlihat’ yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur pada petang Selasa.

“Saya Tak Rasa Itu Ditujukan Kepada Saya..”

Tambahnya lagi, dia tidak menyedari mengenai hantaran yang dimuatnaik Nedim yang menimbulkan pelbagai reaksi netizen itu disebabkan kesibukannya menguruskan perniagaan restorannya yang baru sahaja dibuka.

“Tak juga (baca Threads) sebab sibuk dengan perniagaan restoran saya dan tidak ‘aware’ langsung, saya tak rasa itu ditujukan kepada saya sebab kami mempunyai hubungan yang baik sahaja.

Saya mengharapkan hubungan yang baik bagi semua pihak dan dari dulu saya tekankan perkara ini agar anak saya dapat membesar dengan sihat,” jelasnya

Sebelum ini, Nedim atau lebih dikenali sebagai Boss Ned mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas memuat naik beberapa hantaran di Threads dengan meluahkan rasa kecewa terhadap individu yang didakwa cuba mengganggu anaknya.

Dalam hantaran sama, dia turut menyindir seorang wanita yang disifatkan berpura-pura baik di sebalik imej berhijab, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen mengenai siapakah individu yang dimaksudkan.

Nora Danish Akui Nedim Soulmate Tapi Tak Serasi, Tak Boleh Hidup Sebumbung Tapi Masih Boleh Mesra

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Nora bakal muncul dengan drama terbaharunya, Saling Tak Terlihat yang akan ditayangkan mulai 6 November ini di platform penstriman UTV.

Selain Nora, drama arahan Izuan Mokhtar itu turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Remy Ishak, Fattah Amin, Alicia Amin, Raja Azmi, Datin Seri Umie Aida dan Aleza Shadan.

Apa komen anda?

nora danish
https://lomp.at/r65am
Share5Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Puteri Balqis Bidas Mia Sara Beria Menangis Depan Wartawan?

by Naddy Joe
January 23, 2026

Pelakon remaja, Puteri Balqis tampil bersuara terhadap tindakan pelakon, Mia Sara Nasuha yang sebelum ini menangis di hadapan para wartawan...

Read moreDetails
Foto - nur.nilam.ortiz (FB)
Lokal

Nur Nilam Ortiz Beri Bayangan Sudah Berpisah?- “Doa Yang Baik-Baik Untuk Kami”

by Nurul A.
March 3, 2026

Hantaran video pendek usahawan Nur Nilam Ortiz di platform TikTok mencetuskan tanda tanya di kalangan warganet apabila isteri kepada pelakon...

Read moreDetails
Lokal

Intan Najuwa Diganggu Selama Berbulan-Bulan Oleh Seorang Lelaki, Tampil Buat Laporan Polis!

by Naddy Joe
March 9, 2026

Sering diganggu sehingga pernah membuat panggilan di pejabat Polo Club, pelakon Datin Intan Najuwa memaklumkan bahawa dia telah membuat laporan...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Dafi, Ryan Bakery & Farel Prayoga Bersatu Dalam ‘Raya Yay Yay’

by Naddy Joe
March 9, 2026

SEMPENA kehadiran Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, Dafi, Ryan Bakery dan Farel Prayoga muncul dengan lagu raya berjudul...

Read moreDetails
Lokal

“Saya Simpan Duit Untuk Buat Lagu Raya…”-Aisha Retno

by Naddy Joe
March 4, 2026

Penyanyi, Aisha Retno memberi respon terhadap salah seorang ahli kumpulan Floor 88, Eric Fuzi yang menitipkan pesanan kepada artis baru...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara