Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Nur Sajat Mengaku Tidak Bersalah Berpakaian Wanita Ketika Majlis Bacaan Yasin

by Khai Azfar
January 21, 2021
Share on Facebook

Nama usahawan kosmetik sensasi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman,36 atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat terus menjadi tumpuan sejak beberapa minggu yang lalu.

Mengaku Tidak Bersalah

Terbaru, menerusi laporan Sinar Harian Sajat, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, 6 Januari lalu, atas tuduhan sebagai seorang lelaki yang berpakaian menyerupai wanita sekitar 2018 lalu.

Difahamkan Sajat membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Mohammad Khalid Shaee @ Shaii. Mengikut pertuduhan, dia sebagai seorang lelaki didakwa melakukan kesalahan itu sehingga menyebabkan Islam dipandang hina.

Terdahulu, kejadian tersebut didakwa berlaku ketika majlis bacaan Yasin dan solat hajat yang diadakan di premis kecantikannya di Alam Avenue 2, Jalan Serai Wangi di sini pada jam 7.30 malam, 23 Februari 2018 lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Kes itu telah dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Syarie, Atras Mohd Zain.

Bayar Jaminan RM3,000

Bagaimanapun, Sajat telah dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM3,000 dan mahkamah menetapkan 23 Februari depan untuk sebutan semula kes. Sebagai info, sebelum ini Sajat mendakwa dia telah dikasari oleh oleh petugas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kononnya untuk mempertahankan diri walaupun sudah tampil memberikan kerjasama kepada mereka.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
nur sajat
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  4. 4

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara