Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Nur Sajat Sengaja Dedah Lokasi Palsu, Permainkan Pihak Berkuasa?

Selepas Johor Bahru, Sajat dikatakan berada di Villa Maroc Resort Pranburi,Thailand

by Khai Azfar
June 4, 2021
Share on Facebook

Nama usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat Kamaruzzaman sekali lagi hangat diperkatakan berikutan lokasi persembunyian kononnya telah diketahui oleh segelintir pengikutnya.

Sajat Semakin Berani Kongsi Foto Dan Video

Jika sebelum ini, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman hanya berdiam diri dan sekadar memuatnaik hantaran promosi produknya, namun sejak bulan lalu dia kelihatan ‘berani’ berkongsi hantaran video dan foto dirinya dipercayai berada di sebuah lokasi.

Sengaja Permainkan Pihak Berkuasa?

Sebelum ini, Murai.my melaporkan Sajat dikatakan telah bersembunyi di sebuah kondominium mewah di Johor Bahru selepas netizen mendakwa lokasi video yang dirakamnya seperti berada di selatan tanah air. Malah hantaran terbaharu di Instagram, pelantun Makhluk Penggoda ini turut mengaku berada di bandar itu selepas ditanya oleh seorang netizen.

“Area JB jer.. ada kedai india ini betul-betul sebelah petronas ini.. banyak barang dapur dia jual.” komen Sajat

Bagaimanapun, menurut sesetengah netizen perkongsian yang dimuatnaik Sajat merupakan koleksi video dan fotonya yang lama kerana sengaja mengelirukan sesetengah pihak terutamanya pihak berkuasa. Pihak berkuasa juga telah menjalankan serbuan di lokasi yang dimaksudkan namun tidak berjaya menjumpai kelibatnya.

“@nursajat23 konon lah tu, nak orang cari kau dekat situ. Padahal kau dekat tempat lain, nak kelirukan orang” tulis seorang netizen

Dalam perkembangan berkaitan, tular di media sosial mengenai satu lagi lokasi persembunyian Sajat yang dikatakan berada di Villa Maroc Resort Pranburi,Thailand. Lokasi tersebut dibongkarkan oleh netizen selepas mendapati beberapa hiasan dan lokasi foto Sajat sama seperti villa tersebut. Namun, mereka tidak menolak bahawa foto tersebut juga merupakan foto lama Sajat.

Topik Berkaitan [VIDEO] Nur Sajat Luah Rasa Sebak & Terharu- "Datang Support Pun Dah Cukup Happy"

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Muhammad Sajjad kerana gagal menghadirkan diri pada sebutan semula kesnya tanpa sebarang sebab pada 23 Februari lalu. Sejurus selepas itu, Sajat bersembunyi sebaik waran tangkap dikeluarkan mahkamah.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
nur sajatWaran Tangkap
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  2. 2

    Bakal Jadi ‘Hotspot’ Majlis Kahwin! Istana Sakura Hall Rasmi Dibuka Dengan Gaya Glamor

  3. 3

    ‘The East Palace’ Netflix Bawa Penonton Rentas Alam Roh, Pada 17 Julai Ini!

  4. 4

    “Mereka Juga Selayaknya Terima Penghargaan Ini”- UAI Terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah

  5. 5

    Nourul Beri Pesanan Terbuka Buat Noor Azizah- “Mudah Bercakap Bila Sudah Selamat”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara