Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Nyaris Buta, Imbau Kembali Memori ‘Madonna Malaysia’ Noreen Noor

by Phic ARMAN
January 24, 2018
255
KONGSIAN
Share on Facebook

Pada 5 tahun dahulu, berita sedih tentang pemergian pelakon dan penyanyi yang popular di era 1980-an, Noreen Noor. Allahyarham meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri akibat komplikasi buah pinggang dan jantung.

Mengimbau kembali kerjayanya dalam bidang seni, Noreen memulakan kerjayanya sebagai penyanyi dengan mengeluarkan album pertamanya yang berjudul Kepastian. Pernah mendapat jolokan Madonna Malaysia sekitar tahun 1980-an.

Mungkin generasi sekarang tidak mengenali di sebalik nama Noreen Noor. Namun 5 fakta ini sudah cukup untuk mengenang kembali kehidupan sebelum dia pergi buat selamanya.

Bekas Isteri Kerabat Diraja

Kredit Foto: Arkibnegara.blogspot.com

Noreen Noor berkahwin kali pertama pada 11 Ogos 1984, ketika berusia 25 tahun. Suami pertamanya ialah kerabat Diraja Pahang, Tengku Kamaruzzaman Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, seorang pegawai tentera.

Mereka tidak dikurniakan anak. Pada 1987, Noreen Noor telah berpisah dengan Tengku Kamaruzzaman, dan mereka bercerai secara sah tidak lama kemudian.

Kredit Foto: Arkibnegara.blogspot.com
Kredit Foto: Arkibnegara.blogspot.com

Perkahwin buat kali ke-2 pada 27 Disember 1990. Perkahwinan tersebut dibuat secara sederhana tanpa mendapat publisiti pihak media. Noreen Noor berkahwin dengan Baharuddin Ngah seorang pegawai tinggi Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang berasal dari Terengganu. Tahun berikutnya, Noreen Noor telah melahirkan anak kandung tunggalnya, Danial Baharuddin.

Kemudian dikhabarkan Noreen Noor Berkahwin dengan Datuk Mokhtar Ahmad. 

Model Iklan Kereta

Kredit Foto: Arkibnegara.blogspot.com

Noreen Noor terpilih untuk mengiklankan sebuah jenama kereta. Nissan Stanza 1600 dikatakan sebagai “kereta masa depan” dengan ciri seperti “kotak gear 5 kelajuan yang comel” dan sebagainya.

Dua Pupu Datuk Khadijah Ibrahim

Noreen Noor memiliki hubungan keluarga dan merupakan dua pupu kepada Datuk Khadijah Ibrahim atau Khaty dari sebelah ibu.

Nyaris Buta

Allahyarham sebelum ini pada awal tahun 2008 nyaris-nyaris kehilangan kedua-dua belah matanya kerana urat matanya terputus dan menyebabkan berlaku pendarahan dalaman.Punca pendarahan itu yang sempat diceritakan Allahyarham adalah kerana terlalu lama berendam air mata mengenai pemergian orang yang paling disayangi dalam hidupnya.

YouTube video

Tahun 2005, Allahyarham kehilangan seorang abang yang paling rapat dengannya iaitu Roslan Mohd. Nor. Dua tahun kemudian, ibunya, Saodah dan selang dua tahun selepas itu pula, bapanya, Mohd. Nor Ahad pula pergi menemui ilahi.

Pemergian seorang demi seorang benar-benar mencengkam jiwanya sehingga menyebabkan dia murung dan patah semangat untuk hidup.

Pernah Bekerja di TNB (Tenaga Nasional Berhad)

YouTube video

Noreen mula bernyanyi dengan Band Kilat. Ketika itu dia  bertugas di Lembaga Letrik Negara, LLN (kini Tenaga Nasional Berhad), di Bangsar. Setelah namanya mula menjadi sebutan, Noreen berhenti kerja dan menjadi penyanyi dan merakamkan suaranya dengan syarikat MRC milik Ahmad Nawab.

Kenangan Noreen Noor bersama peminatnya masih belum dapat dilupakan. Di sebalik kemasyhuran itu, terselit kisah duka dan dugaan yang ditempuhi sebagai anak seni. Al-Fatihah.

noreen noor
https://lomp.at/6q8pq
Share235Tweet8SendShare

KINI TRENDING

Inspirasi

Zaini Ahmad Dapat Tempat Ke-92 Di Pizza World Championship 2026, Rakyat Malaysia Bangga!

by Naddy Joe
April 17, 2026

Salah seorang rakyat Malaysia, Zaini Ahmad telah berjaya memperoleh kejayaan yang membanggakan apabila berada pada kedudukan ke-92 bagi kategori Napolitana...

Read moreDetails
Foto - UNIQLO Malaysia
Inspirasi

Hanya 2 Kali Sebulan, UNIQLO Malaysia Beri Pokok Percuma Di Taman Tugu Nursery!

by Nurul A.
February 28, 2026

Peruncit pakaian global UNIQLO mengumumkan kelanjutan kerjasamanya dengan Taman Tugu Malaysia dan Pusat Alam Sekitar Global (GEC), bagi memperkukuh komitmen...

Read moreDetails
Foto - Air Selangor
Inspirasi

Air Selangor Ketengahkan Mesej Kesihatan Mental Menerusi ‘Raya Ikut Rasa’

by Nurul A.
March 20, 2026

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mempersembahkan sebuah video pendek. Bertajuk ‘Raya...

Read moreDetails
Foto - Samsung
Inspirasi

Nikmati Karya Agung Moden Muzium San Francisco Secara Langsung Di Rumah, Seluruh Dunia!

by Nurul A.
April 1, 2026

Samsung Electronics Co., Ltd. mengumumkan perkongsian baharu antara Samsung Art Store dan Muzium Seni Moden San Francisco (SFMOMA). Pengguna kini...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

  4. 4

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

  5. 5

    Pesta Songkran Di Petaling Jaya Cetus Tanda Tanya, Kelakuan Pengunjung Tak Senonoh- “Bau Arak Bacin”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara