Saturday, October 18, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Nafi ‘Diculik’ Keluarga Sendiri, Nynaa Harizal Mahu Bercerai Dengan Suami

Permohonan tersebut telah difailkan pada 10 November lalu di Mahkamah Rendah Syariah di Johor Bahru, Johor

by Khai Azfar
November 19, 2021
218
KONGSIAN
Share on Facebook

Kemelut diantara Nynaa Harizal dan suami, Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas semakin ‘panas’ apabila pelakon itu telah memfailkan permohonan cerai. Difahamkan, permohonan tersebut telah difailkan pada 10 November lalu di Mahkamah Rendah Syariah di Johor Bahru, Johor dan menjalani sebutan kes pada Khamis bersama peguamnya, Datuk Ikbal Salam.

Mohon Dilepaskan Secara Baik

Memetik laporan MStar Online, Nynaa atau nama sebenarnya Nurul Hanynaa Harizal, 25 telah memohon perceraian dengan talak atau dengan perintah yang dimaksudkan sebagai Perceraian Cara Baik dibawah Seksyen 47 Enakmen Keluarga Islam (Negeri Johor) Tahun 2003.

“Setelah berfikir dengan penuh mendalam akan segala fakta dan faktor yang melatari keadaan ini, saya melalui peguam Datuk Ikbal Salam memfailkan permohonan perceraian dengan talaq atau dengan perintah pada 10 November lalu.

“Suami tidak hadir (prosiding sebutan) dan hanya diwakili oleh peguamnya saja,” ujarnya kepada portal tersebut.

Nafi Diculik Keluarga Sendiri 

Dalam pada itu, Nynaa turut menafikan bahawa dia telah ‘diculik’ oleh keluarga sendiri pada 2 November lalu.

“Selama ini saya memilih untuk tidak memberikan apa-apa reaksi terhadap semua berita demi menjaga hati dan perasaan semua pihak yang terlibat dan tidak mahu tergesa-gesa membuat kenyataan yang akhirnya memburukkan lagi keadaan.

“Sejak 2 November 2021, pada setiap masa saya berada dalam jagaan kedua ibu bapa dan ahli keluarga saya di rumah.

“Untuk mengatakan bahawa kedua ibu bapa saya telah ‘menculik’ saya atau memaksa saya adalah suatu telahan yang tidak tepat,” kata Nynaa lagi.

Terdahulu, Murai.my melaporkan suaminya telah memfailkan nusyuz pada 11 November. Dalam tuntutan itu, Fahmi membuat tuntutan kepada Nynaa untuk kembali taat dan pulang ke pangkuannya dalam masa 7 hari di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Untuk rekod, Nynaa yang juga ‘top 3’ Dewi Remaja 2019/2020 telah berkahwin dengan Fahmi pada 28 Ogos 2021.

Nynaa Harizal
https://lomp.at/2vhjt
Share87Tweet55SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Gossip

“Pulangkan Cawan Saya!” – Sweetnya Nora Danish & Mickey Ayo

by Zaidin Albert
October 15, 2025

Haa… nampaknya ada couple baru yang sedang jadi perhatian netizen sekarang, Nora Danish dan jejaka kacak dikenali sebagai Mickey Ayo!...

Read more
Gossip

[VIDEO] Mungkin Kerana Terlalu Bangga, Yazmin Aziz Dilihat Hadiahkan Ciuman di Bibir Simon

Penyanyi muda berbakat, Yazmin Aziz mencuri perhatian warganet dengan momen penuh kasih sayang bersama kekasih hatinya, Simon Joseph Javier, yang...

Read more
by Zaidin Albert
July 21, 2025
Gossip

Ruhainies Bersumpah Tidak Ada ‘Sugar Daddy’, Ajak Netizen ‘Settle’ Di Balai Polis!

Pelakon, Ruhainies tampil mengambil tindakan tegas dengan mengajak salah seorang netizen untuk bersemuka di balai polis selepas dituduh dibela oleh...

Read more
by Naddy Joe
July 30, 2025
Gossip

Sufi Rashid Kesal Sabronzo Dikecam Isu Kahwin-“Dia Tak Buat Salah Pun, Kahwin Kot..”

Penyanyi, Sufi Rashid meluahkan rasa kesal melihat ahli kumpula DOLLA iaitu Sabronzo yang dikecam netizen selepas mendirikan rumah tangga bersama...

Read more
by Naddy Joe
October 1, 2025
Berita

Hafiz Suip Sah Ceraikan Isteri

Teka-teki mengenai kemelut rumah tangga penyanyi, Hafiz Suip bersama isteri iaitu Nureffy Jasreel Abdullah akhirnya terjawab selepas dia mendedahkan bahawa...

Read more
by Naddy Joe
July 29, 2025
Gossip

“Sumpah Turn Off Gila, Sorry Anju, Unfollow Done”- Peminat Naik Hantu Dengan Zarina Anjoulie

Murai rasa, nama Zarina Anjoulie ini memang tak pernah lekang dari kontroversi. Ada je benda yang jadi bualan bila sebut...

Read more
by Zaidin Albert
August 18, 2025
Gossip

Rakan Artis Bersuara Insiden Bella Astillah & Sophia Albarakbah Di AMT?

Baru-baru ini salah sebuah stesen televisyen mencetuskan pelbagai reaksi netizen disebabkan insiden janggal penyanyi, Bella Astillah yang dijemput untuk menjadi...

Read more
by Naddy Joe
August 4, 2025
Gossip

Michael Ang Tuju Pada Siapa?-“Kau Ingat Pelakon Tu Semua Anjing Kau, Ikut Tekak Kau!..”

Pengarah, Michael Ang di media sosial meluahkan rasa berang terhadap salah seorang individu yang dikatakan telah menyusahkannya serta para pelakon...

Read more
by Naddy Joe
July 21, 2025
Gossip

[VIDEO] PA Bella Astillah Akui Bella Gigil Sebab Trauma Ketika Umum Nama Sophia Albarakbah Di AMT 2025

Pembantu peribadi kepada penyanyi, Bella Astillah iaitu Nielrafeq tampil bersuara terhadap momen Bella ketika menyampaikan anugerah kepada pelakon, Sophia Albarakbah...

Read more
by Naddy Joe
August 4, 2025
Gossip

Zoey Rahman Buat Trend S-Line, Undang Pelbagai Reaksi Netizen!

Pelakon, pengacara dan usahawan, Zoey Rahman mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas melakukan trend S-Line yang diinspirasi daripada satu drama Korea...

Read more
by Naddy Joe
July 24, 2025
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tetap Setia Walau Terluka”- Tak Lagi Ikuti Suami Di IG, Luahan Uqasha Senrose Cetus Tanda Tanya

  2. 2

    Sarah Yasmine Beri Nasihat Buat Anak Aaron Aziz: “Jangan Biarkan Perempuan yang Otaknya ‘Glitch’ Ganggu Tenaga Kamu!”

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Terhibur Ammar Ahyan Bawa Kereta Mahal Tapi Letak Teh Ais Dalam Kereta

  4. 4

    “Wayang” Konon! Individu Pertikai Misi GSF Dikecam, Aqasha ‘Sound’ Pedas: “Cakap Pandai, Usaha Tak Ada!”

  5. 5

    Jebat Jayden “Bantai” Ayah Sendiri? Aksi Tinju Anak Sharnaaz Ahmad Curi Tumpuan Jojo!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem