Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Selera

OATSIDE Perkenal Susu Oat Protein Baharu Di Malaysia

by Naddy Joe
March 4, 2025
Share on Facebook

Bersiap sedia untuk meningkatkan perjalanan kecergasan anda dengan inovasi terbaru daripada OATSIDE: OATSIDE Protein. Menurut MRNI (Malaysia Recommended Nutrient Intake), orang dewasa yang sihat disarankan untuk mengambil 1g protein bagi setiap kg berat badan.

Bagi mereka yang aktif dan ingin membina otot, mungkin memerlukan lebih banyak protein. Namun, ramai rakyat Malaysia masih tidak mengambil protein yang mencukupi, walaupun ia memainkan peranan penting dalam diet sihat untuk membina dan membaiki tisu, mengekalkan jisim otot, serta menyokong sistem imun.

OATSIDE Protein diformulasikan khas untuk memenuhi keperluan gaya hidup aktif sambil mengatasi isu rasa yang sering dikaitkan dengan minuman protein. Setiap pek OATSIDE Protein mengandungi 20g protein berasaskan tumbuhan, hanya 2g lemak dan tanpa gula tebu tambahan. Sebagai perbandingan, 3 bi telur mengandungi 20g protein dan 15g lemak.

Protein dalam OATSIDE Protein berasal daripada protein kacang pis bukan-GMO yang telah bercambah, dimana protein diekstrak melalui proses perendaman dalam air, tanpa menggunakan kaedah pemprosesan kasar seperti hidrolisis asid.

OATSIDE Protein mengandungi kesemua 9 asid amino penting dan lebih daripada 3,000mg Branched Chain Amino Acids (BCAA). Proses percambahan juga menjadikan protein lebih mudah dihadam dan lebih berkesan untuk diserap oleh tubuh. Kini boleh didapati dalam dua perisa: Vanilla dan Coklat, dalam pek 250ml.

@oatside.my

Nenek Rock pun approve OATSIDE Protein! ✅??‍♀ #oatside #oatsidemy #tiktokmalaysia #fyp #dailyprotein #kualalumpur #funny

♬ original sound – OATSIDE_MY – OATSIDE_MY

OATSIDE Protein kini boleh didapati di pasar raya utama dan kedai serbaneka termasuk Qra, MyNews, Jaya Grocer, Village Grocer, AEON, AEON Big, CU Mart, Ben’s Independent Grocer, Lotus’s, dan Family Mart. Bagi yang lebih gemar membeli secara dalam talian, anda juga boleh mendapatkannya di Shopee, Lazada, dan platform TikTok OATSIDE.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
oatside
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @msocialresortpenang (IG)
Selera

Taste of Malaysia, M Social Resort Penang Perkenalkan Bufet Sempena Hari Malaysia!

by Nurul A.
September 4, 2026

Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia pada bulan ini, M Social Resort Pulau Pinang (Penang) menjemput kamu untuk datang bersama-sama dan...

Read moreDetails
Foto - YAKIGO
Selera

YAKIGO Kini Di Ombak KLCC, Bawa Gaya Jalanan Jepun Dengan Sentuhan Malaysia

by Nurul A.
September 14, 2026

Konsep baharu makanan jalanan Jepun, YAKIGO kini hadir di Kuala Lumpur. Beroperasi di Ombak KLCC, YAKIGO, sebuah jenama yakitori moden,...

Read moreDetails
Secret Recipe
Selera

Secret Recipe Sambut Ulang Tahun Ke-29 Dengan Kejutan Manis

by Nurul A.
October 26, 2026

Bulan Oktober menjadi lebih manis di Secret Recipe! Sempena ulang tahunnya yang ke-29, rangkaian kafe kegemaran rakyat Malaysia ini membawakan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  2. 2

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara