Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes

OKU Pun Boleh Berniaga! Choco Albab Buktikan Coklat Juga Boleh Ubah Hidup

Bayangkan, golongan OKU yang kadangkala sukar mendapatkan pekerjaan pun diberi ruang untuk menyertai usaha ini

by Phic ARMAN
July 16, 2025
Share on Facebook

Kalau ada yang menyangka Choco Albab ini sekadar jenama serbuk coklat biasa, elok dengar cerita ini dahulu. Sejak diperkenalkan pada April 2021, jenama ini bukan main-main. Mereka ligat membantu rakyat, termasuk golongan OKU, untuk naik taraf hidup. Siap dengan misi besar membantu ekonomi rakyat dan memberi peluang semua orang merasa nikmat menjadi usahawan.

Baru-baru ini, pada 5 Julai lalu, mereka mengadakan acara tahunan Rising Star 2025 untuk kali ketiga di Bangi Avenue Convention Centre. Ribuan hadir, bukan sekadar untuk mencuba minuman coklat baru, tetapi juga menyaksikan sendiri bagaimana jenama ini terus menyokong rakyat untuk berniaga.

OKU Pun Boleh Jadi Usahawan, MURAI Tabik!

Antara yang paling mengagumkan ialah apabila Pengasas dan CEO Choco Albab, Said Saiful Fazli Said Aluwi, mengumumkan bahawa platform mereka terbuka untuk semua, termasuk OKU, golongan B40, M40, suri rumah dan mereka yang sedang menganggur, untuk memulakan perniagaan kecil.

Bayangkan, golongan OKU yang kadangkala sukar mendapatkan pekerjaan pun diberi ruang untuk menyertai usaha ini. Dengan bimbingan dan sokongan daripada pihak HQ, mereka juga dapat berdikari, meningkatkan pendapatan dan membina keyakinan diri. Murai rasa inisiatif ini memang wajar dipuji.

“Insya-Allah, kita bantu mereka tambah pendapatan. Dalam masa yang sama, ekonomi negara pun dapat dipacu,” katanya sambil tersenyum.

Pengasas dan CEO Choco Albab, Said Saiful Fazli Said Aluwi

Dari Bonet Kereta Jadi Joy Station

Jika pernah ternampak ramai peniaga menjual minuman dari bonet kereta, itu sebenarnya idea yang lahir daripada ejen-ejen Choco Albab sendiri. Apabila HQ melihat potensinya, mereka terus mengambil langkah untuk merasmikan konsep itu dengan nama baru: Choco Albab Joy Station.

Lebih 2,000 ejen telah memulakan inisiatif ini secara sendiri sebelum HQ tampil untuk memperkemaskan operasi dengan SOP, harga dan menu yang seragam di seluruh negara. Kini lebih mudah untuk pelanggan mendapatkan produk, dan lebih senang juga bagi ejen menjalankan perniagaan.

Dari Coklat Sampai Belgian Mocha

Said Saiful dan Zafrol Rizal Mat selaku Pengarah Syarikat Saudagaar Asia Sdn Bhd melancarkan minuman baharu Belgian Mocha

Selesai dengan cerita platform untuk OKU dan Joy Station, HQ turut memperkenalkan satu lagi produk baharu: Choco Albab Belgian Mocha. Gabungan koko Belgian premium dengan kopi, tanpa gula putih, mesra vegan dan sesuai untuk mereka yang laktosa-intoleran.

Said berkata, produk ini lahir kerana banyak permintaan daripada penggemar coklat yang mahukan versi dengan kopi premium. Kini hasrat itu sudah menjadi kenyataan.

View this post on Instagram

A post shared by COACH SAID 🇲🇾 (@saidsaifulfazli)

Ribuan Ejen Turun Padang, Puluhan Ribu Sudah Menyertai

Muhammad Haiqal Aziq Mohd Saidi (Tengah) berkongsi perjalanan perniagaannya selepas bergelar ejen atau saudagaar Choco Albab

Acara itu juga menjadi medan pertemuan lebih 3,000 ejen dari seluruh negara untuk menerima anugerah, mendengar hala tuju baru dan menyaksikan pelancaran produk. Murai sendiri teruja apabila mengetahui bahawa kini sudah ada lebih 95,000 usahawan Choco Albab di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Tetapi yang paling menyentuh hati, mereka tidak pernah melupakan golongan OKU. Mereka dengar suara komuniti ini, menyediakan platform yang inklusif supaya semua dapat merasa kejayaan, bukan sekadar memerhati dari jauh. Jiwa besar seperti ini memang patut dicontohi.

Said Saiful Fazli Said Aluwi
https://lomp.at/sq612
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Korporat

Ramai Terkejut! ShopeePay Kini Miliki Limit Tertinggi RM30,000

by Phic ARMAN
January 25, 2026

MURAI baru sahaja menerima satu berita yang cukup menggembirakan buat geng pengguna tegar ShopeePay. Platform dompet digital itu kini meningkatkan...

Read moreDetails
LifeXplore

Pak Nil, Podcast dan Kisah Di Sebalik Kesinambungan 6 Tahun Bersama Eskayvie

by Phic ARMAN
January 26, 2026

Kalau sebut sahaja Datuk Aznil Hj Nawawi atau lebih mesra dipanggil Pak Nil, MURAI terus terbayang senyuman hangat dan aura...

Read moreDetails
Korporat

Aurat Terjaga, Hati Tenang: Salon Muslimah Ini Labur RM700K Untuk Hijabis

by Ayu Kamaruddin
January 19, 2026

Bayangkan, sebuah salon di Bandar Baru Bangi yang sepenuhnya direka untuk wanita Muslimah.  Dari pintu masuk hingga ruang rawatan, semua...

Read moreDetails
Bisnes

Raikan Kebersamaan Melalui Secawan Kopi Ketika Tahun Baru Cina & Ramadhan

by Naddy Joe
February 12, 2026

ZUS COFFEE memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina dan Ramadan yang bakal tiba dengan acara KONGSI ZUS COFFEE di Sunway Pyramid...

Read moreDetails
Bisnes

Gandakan Kebaikan Pada Ramadan Ini Dengan Inisiatif Berskala Besar Di Seluruh Negara

by Naddy Joe
March 1, 2026

Ramadan sentiasa menjadi waktu untuk berkongsi dan berbuat baik saat rakyat Malaysia saling membantu, berkongsi rezeki dan menghulurkan sokongan kepada...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore