Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

OOTD Raya Port Baru? Jom Terjah Dekorasi ‘Raya Mansion’ Di The Gardens Mall

by Phic ARMAN
March 12, 2026
Share on Facebook

Kalau cakap pasal vibe raya yang klasik tapi masih nampak moden, MURAI baru-baru ini sempat singgah ke The Gardens Mall untuk melihat sendiri dekorasi Ramadan mereka tahun ini. Jujurnya, masuk sahaja ke ruang utama, terus rasa macam melangkah ke dalam sebuah rumah agam raya!

Tahun ini, The Gardens Mall tampil dengan konsep “Raya Mansion” yang diinspirasikan daripada seni bina warisan Malaysia. Dari jauh lagi sudah nampak gerbang tinggi yang cukup elegan. Bila MURAI berjalan masuk, ada sudut bacaan yang tenang, laluan archway klasik dan dekorasi yang cukup cantik untuk bergambar.

Memang tidak hairanlah ramai yang ambil peluang bergambar di setiap sudut. Ada yang datang dengan keluarga, ada juga yang siap OOTD raya awal-awal. Pendek kata, setiap sudut memang Instagram-worthy.

Jom cuci mata lihat gambar-gambar di bawah.

Bukan Sekadar Cantik, Ada Ganjaran Juga

Selain dekorasi yang memikat, pengunjung juga boleh dapat hadiah eksklusif. Dari sekarang hingga 29 Mac, sesiapa yang berbelanja sekurang-kurangnya RM700 dalam satu resit di kedai terpilih boleh menebus set kusyen sofa eksklusif bersama paket raya.

Menariknya, tawaran ini khas untuk pemegang kad Maybank dan ahli The Gardens Club. Bagi pembayaran lain pula, hanya perlu berbelanja RM800 untuk tebus hadiah yang sama. Bolehlah tambah seri ruang tamu untuk raya nanti.

Set kusyen sofa eksklusif untuk dimiliki
Paket Raya yang eksklusif

Persembahan Raya Yang Hidupkan Suasana

MURAI juga sempat tengok sendiri antara persembahan yang diadakan. Antara yang mencuri perhatian ialah persembahan Harmoni Aidilfitri A Cappella yang membawa lagu raya dengan gaya harmoni yang cukup merdu.

Tidak lama selepas itu, ruang utama kembali meriah dengan Irama Silang Instrumental. Gabungan alunan piano bersama instrumen tradisional memang memberi rasa klasik yang sangat kena dengan suasana Ramadan.

Aktiviti Kreatif Untuk Pengunjung

Bagi yang suka aktiviti kreatif, ada juga beberapa workshop menarik. Antaranya bengkel membuat Acrylic Bamboo Coaster dan aktiviti menghias Canvas Tote Bag.

Apa yang MURAI perasan, ramai pengunjung ambil peluang sertai bengkel ini bersama anak-anak. Sambil berjalan-jalan di mall, boleh juga buat aktiviti santai yang lain daripada yang lain.

Sambil Beraya, Sambil Beramal

Dalam kemeriahan sambutan ini, The Gardens Mall turut bekerjasama dengan Teach For Malaysia untuk menggalakkan orang ramai menyokong pendidikan.

Dengan sumbangan RM8 sahaja, pengunjung akan menerima set bookmark charm khas untuk menghias penanda buku sendiri. Aktiviti kecil, tapi memberi makna besar untuk masa depan pendidikan.

Jangan Lupa Sertai “Raya Mansion Diaries”

Kalau anda jenis suka kongsi gambar cantik di media sosial, ini peluang terbaik. Dari 9 Mac hingga 5 April 2026, pengunjung boleh bergambar dengan dekorasi raya di The Gardens dan sertai kempen Raya Mansion Diaries.

Caranya mudah, ambil gambar dengan dekorasi raya, lengkapkan ayat “Jom Sambut Raya…” pada gambar pertama dan kongsi di Instagram bersama hashtag #tgmraya2026. Siapa tahu rezeki dapat memenangi baucar hadiah bernilai RM100.

Kesimpulannya, selepas MURAI sendiri berjalan-jalan di The Gardens, memang terasa aura raya sudah mula datang. Dari dekorasi rumah agam raya, persembahan muzik hinggalah aktiviti kreatif, semuanya cukup untuk buat pengunjung rasa seperti sudah berada dalam mood Aidilfitri. Memang port menarik untuk singgah kalau nak cari vibe raya tahun ini!

the garden mall
https://lomp.at/qwb79
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gambar AI Generated
LifeXplore

Rahsia Di Sebalik Sky Mirror di Kuala Selangor Yang Buat Ramai Terpukau

by Farah Fatihah
January 24, 2026

Kalau kalian pernah teringin nak rasa macam ‘berdiri di langit’, Sky Mirror di Kuala Selangor adalah tempat yang wajib masuk...

Read moreDetails
Bisnes

Raikan 10 Tahun Dengan ‘Hari Raya Aidilfitri With Love’

by Naddy Joe
March 9, 2026

Sempena sedekad kehadirannya di Malaysia dan 40 tahun inovasi kopi secara global sejak 1986,Nespresso meraikan Hari Raya Aidilfitri With Love,...

Read moreDetails
LifeXplore

Ini Sebab Kenapa Apple Kecundang Di China, Huawei Pula Bangkit Jadi No.1

by Phic ARMAN
January 18, 2026

Lima tahun lalu, ramai ingat era kegemilangan HUAWEI sudah berakhir. Sekatan, kekangan, dan persaingan sengit menyebabkan gergasi teknologi dari China...

Read moreDetails
Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
Gambar: AI Generated
LifeXplore

Sambut Birthday 2026 Dengan Tiket Percuma Ke Zoo Negara, Ini Cara Tebusnya

by Farah Fatihah
February 28, 2026

Bagi mereka yang menyambut hari lahir, selalunya tarikh itu diraikan dengan kek, ucapan daripada orang tersayang atau pergi bercuti. Namun...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara