Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore missmurai

Sedap Sampai Teringat-Ingat Lepas Makan Di Taverna By The Tokyo Restaurant @The Gardens Mall!

by Soph Azz
March 27, 2023
Foto - Arkib Miss Murai

Foto - Arkib Miss Murai

Share on Facebook

Tak pernah pula terfikir apa rasanya kalau makanan Itali digabungkan dengan sentuhan rasa Jepun. Sedap ke, tak pelik ke?

Bagi foodie yang suka bereksperimen dan meneroka rasa yang baru untuk dicuba; Miss Murai cadangkan kamu kunjungi Taverna by Tokyo Restaurant sekarang!

Terletak dalam iSetan, The Gardens Mall, Taverna adalah sebuah restoran Jepun yang menyediakan masakan Itali. Berbeza dengan restoran yang lain, Taverna menggunakan bahan-bahan dan sentuhan Jepun dalam setiap masakannya. Dibuka sejak tahun lepas lagi, restoran ini menawarkan beberapa menu pasta dan menu lain yang sangat kreatif.

Miss Murai yang berpeluang merasai makanan di Taverna sebelum Ramadan baru-baru ini memang berpuas hati dengan setiap satu hidangannya. Dan berikut adalah pandangan Miss Murai mengenai setiap satu menunya…

Pilihan menu minuman 

Semasa memasuki restoran, Miss Murai diberikan segelas minuman bukan berakohol NON 002, iaitu terdiri daripada gabungan pir karamel dan kombu. Rasanya pula ada sedikit tekstur mentega, wain merah dan kombucha kayu manis.

Foto – Taverna by the Tokyo Restaurant

Kemudian selepas memilih tempat duduk dan menunggu makanan untuk sampai, Miss Murai sekali lagi diberikan dua gelas minuman iaitu NON 001 dan NON 005.

Foto – Arkib Miss Murai
  • NON 001 – Rasa masin manis hasil gabungan buah raspberi dan chamomile.
  • NON 005 – Rasa tart dan sitrus, gabungan marmalade lemon, bunga raya serta pudina.

Sebagai starter…

Memulakan ‘perjalanan’ ke dalam dunia makanan, sebagai starter Miss Murai diberikan dua pilihan yang terdiri daripada:

Foto – Arkib Miss Murai
  • Saba Potato-Sicilia Style: Padanan ikan tenggiri masin yang disalut dengan mentega masin dan kentang Saba yang nipis, rangup serta masin.
  • White Asparagus Milanese: Padanan asparagus putih dengan telur separuh masak ditabur dengan keju parmesan dan mentega.

Secara peribadi, Miss Murai lebih menyukai Saba Potato kerana ikan tenggirinya dimasak dengan elok, ditambah pula dengan pasli Itali dan kulit lemon menjadikan hidangan tersebut sangat segar dan boleh dimakan oleh semua orang. Bagi White Asparagus Milanese pula, Miss Murai bukanlah peminat telur separuh masak, tetapi hidangan ini patut kamu cuba bagi mendapatkan rasa yang baru dan unik!

Bagi main course pula…

Bergerak ke main course pula, Miss Murai turut diberikan dua pilihan iaitu:

Foto – Arkib Miss Murai
  • Aglio Olio Squid Ink Tagliolini With Japanese Oyster: Gabungan tanglionili dakwat sotong, tiram, bottarga, tomato separuh kering, stok kerang, pasli Itali, minyak cili bawang putih
  • The Combo Chicken Cacciatore: Isi dada ayam yang dipenuhi dengan sos tomato, cendawan, capsicum panggang, mashed potato dan selasih segar.

Bagi hidangan main course, Miss Murai memilih The Combo Chicken Cacciatore kerana isi dada ayamnya disumbat dengan isi capsicum dan dihidangkan bersama sos tomato Puglia pedas. Secara keseluruhannya memang sedap dan mengenyangkan.

Bagi hidangan Aglio Olio pula, ia adalah hidangan terbaik untuk pencinta makanan laut. Bila makannya, memang segar bahan-bahannya terutamanya tiram yang berikan bauan makanan laut yang kuat.

Pilihan pencuci mulut 

Sebagi penutup, tak lengkaplah kiranya ‘perjalanan’ Miss Murai kalau tak mendapatkan pencuci mulut. Diberikan dua pilihan untuk dipilih:

Foto – Arkib Miss Murai
  • The Tokyo Pudding: Puding vanila yang dihidangkan bersama sos krim dan karamel.
  • The Asakusa Cassata: Kek aiskrim yang dilengkapi dengan kacang, buah-buahan kering, kacang hazel berkaramel dan sirap madu.
  • Ebisu Tiramisu: Menggunakan panggang espreso, keju mascarpone dan serbuk koko pahit.

The Tokyo Pudding sangat sedap dan sesuai untuk mereka yang tak sukakan rasa manis terlampau. Bagi kek aiskrim The Assuka Cassata pula, rasanya yang baru pasti buatkan kamu teringat-ingat dan kagum. Ebisu Tiramisu pula, kek tiramisu ini sangat lain daripada yang lain kerana mungkin ada yang rasakan kek ini pahit tetapi sebenarnya tidak.

Secara keseluruhannya, dengan dekorasi dan keadaan kedai yang cukup tenang dan hangat ini, Miss Murai sangat syorkan untuk kamu mencuba serta rasai sendiri pengalaman makan di Taverna By The Tokyo Restaurant di The Gardens Mall. Sangat berbaloi!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
isetantaverna by the tokyo restaurantthe gardens mall
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Secret Recipe
Selera

Secret Recipe Sambut Ulang Tahun Ke-29 Dengan Kejutan Manis

by Nurul A.
October 26, 2026

Bulan Oktober menjadi lebih manis di Secret Recipe! Sempena ulang tahunnya yang ke-29, rangkaian kafe kegemaran rakyat Malaysia ini membawakan...

Read moreDetails
Foto - YAKIGO
Selera

YAKIGO Kini Di Ombak KLCC, Bawa Gaya Jalanan Jepun Dengan Sentuhan Malaysia

by Nurul A.
September 14, 2026

Konsep baharu makanan jalanan Jepun, YAKIGO kini hadir di Kuala Lumpur. Beroperasi di Ombak KLCC, YAKIGO, sebuah jenama yakitori moden,...

Read moreDetails
Foto - @msocialresortpenang (IG)
Selera

Taste of Malaysia, M Social Resort Penang Perkenalkan Bufet Sempena Hari Malaysia!

by Nurul A.
September 4, 2026

Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia pada bulan ini, M Social Resort Pulau Pinang (Penang) menjemput kamu untuk datang bersama-sama dan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  2. 2

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara