Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

Orang Gastrik Boleh Puasa Dalam Bulan Ramadan, Tapi Nak Elaknya Kenalah…

by Soph Azz
April 6, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on Facebook

Siapa yang sering alami gastrik, memang akan rasa susah hati apabila tiba bulan Ramadan. Bukan apa, kalau gastrik datang ‘menyerang’, memang terasa sakitnya itu. Dengan perut yang kosong pada siang hari boleh buatkan asid dalam perut meningkat hingga berlakunya keradangan perut; loya, muntah dan pedih ulu hati.

Jadi kalau kamu risau ‘diserang’ gastrik dan cuba nak elak daripadanya; apa kata amalkan beberapa tips berikut untuk kekal berpuasa dengan lancar pada siang hari.

Minum air dengan cukup

Foto – Pinterest

Di samping berbuka dengan air manis yang dijual di bazar Ramadan, kamu perlu tahu yang minum air kosong adalah ‘wajib’. Ini kerana air kosong dapat menggantikan semula cecair dalam badan, melancarkan sistem pencernaan, elak gastrik atau sakit perut pada siang hari. Mengikut saranan KKM, kamu perlu minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

Kalau nak berbuka, jangan makan dan minum…

Semasa membeli makanan di bazar atau merancang untuk memasak juadah berbuka, kamu perlu ambil berat tentang beberapa makanan serta minuman yang boleh menyebabkan gastrik berlaku. Antaranya adalah:

  • Makanan bergoreng
  • Makanan pedas dan berempah
  • Makanan dalam tin
  • Minuman bergas dan kafein
  • Buah yang mempunyai asid tinggi
  • Makanan diproses
Foto – Pinterest

Dan seelok-eloknya pula, cuba makan atau minum ini semasa berbuka:

  • Makanan karbohidrat kompleks atau berasaskan bijirin gandum
  • Air kosong
  • Susu atau smoothie buah yang tidak berasid
  • Makanan berkukus atau panggang

Semasa berbuka pula…

Elak daripada makan berlebihan dan pastikan makan dalam kuantiti yang sederhana. Penting juga untuk kamu jarakkan masa pengambilan makanan semasa berbuka. Contohnya, buka dengan kurma dan segelas air kemudian solat Maghrib. Selepas itu baru menjamah hidangan seterusnya.

Pada waktu sahur, seeloknya kamu…

Walaupun bersahur hukumnya adalah sunat, ramai yang gemar tak bangun bersahur kerana sayangkan tidur. Tetapi untuk mereka yang alami gastrik, sahur adalah penting. Nasihat Miss Murai, bersahur ketika hampir waktu imsak dan jangan terlalu awal seperti jam 2-4 pagi kemudian tidur semula sehingga pagi. Kalau kamu nak tahu, tabiat tidur selepas sahur atau berbuka boleh sebabkan gastrik dan masalah pencernaan.

Bersiap sedia dengan ubat!

Foto – Pinterest

Mereka yang hadapi gastrik akan dibekalkan dengan ubat yang diberikan oleh doktor. Jadi ambil ubat mengikut preskrepsi yang diberikan. Sekiranya gastrik menjadi lebih teruk, cepat-cepat ke klinik okay?

Semoga bermanfaat!

gastrik bulan puasatips elak gastriktips rawat gastrik
https://lomp.at/2ts1j
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Kesihatan

6 Jenis Buah-Buahan Pilihan MURAI, Bagus Untuk Kurangkan Dahaga Ketika Bulan Puasa!

by Nurul A.
March 4, 2026

Secara peribadi, MURAI rasakan masalah biasa yang ramai orang hadapi ketika bulan puasa adalah dehidrasi. Bayangkan lebih daripada 10 jam...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore