Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

‘Orang Gila’ Sahaja Jadikan Tragedi Nahas MH370 Sebagai Gurauan, Afdlin Bidas Pelawak Singapura, ‘Melawak’ Guna Otak

by Puteri Alia
June 7, 2023
Share on Facebook

Islam menggalakkan umatnya supaya mengeratkan hubungan silaturahim sesama manusia agar kehidupan ini dipenuhi dengan perasaan kasih sayang, perpaduan dan harmoni.

Islam juga menggalakkan umatnya untuk menyenangkan hati sesama saudara.

Salah satu cara untuk menyenangkan hati itu ialah dengan cara bergurau senda.

Perbuatan bergurau senda diharuskan dalam Islam kerana sudah menjadi fitrah manusia memerlukan hiburan dan keseronokan untuk memperolehi ketenangan dan kesejahteraan di samping dapat membebaskan diri daripada keresahan dan ketegangan.

Walaupun bergurau dibolehkan oleh syarak, terdapat batasan atau syarat-syarat yang harus dijaga dan tidak sewenang-wenangnya mempersendakan antara satu sama lain dengan alasan mahu bergurau.

Berbahas soal ini, baru-baru ini pelawak popular, Datuk Afdlin Shauki beranggapan jenaka menyentuh kehilangan pesawat Malaysia, MH370 pada 2014 oleh seorang pelawak dari Singapura seperti video yang tular dalam laman sosial amat melampaui batas.

Memetik laporan sebuah portal berita, Afidlin berpendapat pengisian bahan lawak dipersembahkan pelawak dikenali sebagai Jocelyn Chia itu tidak sepatutnya terjadi dan perlu dielakkan oleh semua pelawak.

“Kalau pelawak itu berasal dari Malaysia, saya akan menegaskan kepadanya bahawa lawaknya melampaui batas, tetapi disebabkan pelawak berasal dari Singapura, saya tahu mereka jenis melawak ikut suka hati seperti sesetengah pelawak di luar negara.

“Bagi saya, kalau kita mahu melawak, ada hadnya, janganlah sampai mempersendakan peristiwa MH370. Kalau sampai peristiwa itu pun nak buat lawak, anda tidak sensitif kepada mangsa meninggal dunia dan keluarga berdepan kehilangan.

“Jujurnya, saya tak dengar lawaknya lagi, tetapi saya tahu ia adalah perkara sensitif. Bila membabitkan kematian orang lain, ia tak sepatutnya dipersenda.

“Saya tahu ada pelawak Malaysia juga menghentam pelawak Singapura. Hentam menghentam adalah perkara biasa dalam ‘stand-up comedy’, cuma bila sebut MH370, tak kira apa jenakanya, bagi saya ia terlalu sensitif,” katanya.

Berikutan itu, Afdlin berkata, seorang pelawak perlu sensitif dengan perkara itu dan perlu menjauhi menggunakan topik berkaitan kematian.

“Buat lawak kena pakai otak, sesetengah pelawak nak senang memancing orang ketawa, gunakan topik sedemikian. Banyak lagi bahan boleh digunakan.

“Perkara sensitif jangan sebut, setakat komen sosial tak mengapa, tetapi bila sampai menghina orang mati sudah terlalu jauh,” katanya.

Terdahulu, seorang pelawak wanita dipercayai kelahiran Singapura bertindak keterlaluan memperlekeh Malaysia dalam satu persembahan komedi berdiri ‘Singapore vs Malaysia’ yang dipercayai diadakan di Manhattan, New York, baru-baru ini.

Menerusi klip video dimuat naik menerusi akaun TikTok pelawak wanita dikenali Jocelyn Chia, dia secara sengaja menghina seorang penonton yang mengaku sebagai rakyat Malaysia dengan perkataan kesat.

Selain itu, pelawak berkenaan turut membandingkan Malaysia yang hanya bertaraf negara membangun berbanding negaranya lebih maju selepas lebih 40 tahun berpisah dari Tanah Melayu.

Sepanjang rakaman video berdurasi 1 minit 29 saat itu, pengisian bahan lawak dipersembahkan Chia berbaur kata-kata dan ‘memek’ muka memperlekehkan Malaysia.

Ini termasuk jenaka keterlaluan yang menyentuh mengenai kehilangan pesawat Malaysia, MH370 yang dikatakan ‘tidak mendarat’.

Umum mengetahui bahawa  usaha pencarian pesawat yang hilang itu merupakan cabaran terbesar buat negara-negara yang terlibat namun seharusnya kita  terus berharap dan tidak sekali-kali berputus asa daripada rahmat-Nya.

Dalam kesungguhan segenap lapisan masyarakat menghulurkan sokongan dalam pelbagai bentuk dan cara , wujud pula segelintir pihak yang bertindak di luar kewajaran.

Medium-medium tertentu digunakan untuk menyebarkan khabar dan andaian yang tidak berasaskan fakta atau dipastikan kesahihannya.  Lantas ia menimbulkan prasangka buruk, mengundang kebimbangan, dan mencalar perasaan mereka yang berkaitan.

Meskipun,  bahan ‘membahan’ menjadi satu kebiasaan dalam persembahan lawak berdiri, namun tindakan pelawak itu keterlaluan dan lebih berbaur serangan peribadi.

dato afdlin shauki
https://lomp.at/92rhy
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @princeandprincessofwales (IG)
Hollywood

Putera Andrew Terpalit Skandal Epstein, Putera William Larang 2 Puteri Ini Dekati Keluarga

by Nurul A.
March 2, 2026

Dua anak perempuan Putera Andrew, Puteri Beatrice dan Puteri Eugenie, dilaporkan telah dilarang daripada menghadiri acara perlumbaan kuda Royal Ascot...

Read moreDetails
Filem

5 Info Menarik Tentang “Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?” Yang Buat Hati Penonton Tak Tenang

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Filem Indonesia memang terkenal dengan naskhah yang pandai main emosi. Yang terbaru, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? kini bersedia pula mengetuk...

Read moreDetails
Lokal

Zahnita Wilson Nyaris Jadi Mangsa Scammer-“Hati-Hati Di Luar Sana..”

by Naddy Joe
February 26, 2026

Model dan usahawan terkenal, Zahnita Wilson mendedahkan mengenai dirinya yang hampir menjadi mangsa 'scammer', baru-baru ini. Kongsi Zahnita atau nama...

Read moreDetails
Lokal

Anak Along Eyzendy Kongsi Janji Terakhir Arwah-“Tapi Allah Lebih Menyayanginya..”

by Naddy Joe
February 9, 2026

Anak lelaki kepada pelakon, Allahyarham Along Eyzendy iaitu Eyman mencetuskan rasa sebak netizen selepas membuat perkongsian mengenai arwah bapanya yang...

Read moreDetails
Foto - @syifahadju (IG) / @ahmaddhaniofficial (IG)
Indonesia

Gara-Gara Kewangan Terjejas, Ahmad Dhani ‘Cancel’ Majlis Sambut Menantu

by Nurul A.
January 19, 2026

Nampaknya tak lama lagi kita dapat melihat majlis perkahwinan mewah anak kedua Ahmad Dhani iaitu El Rumi dan pasangannya, Syifa...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  5. 5

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara