• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Orang Kampung Pernah Ugut Bunuh, Mark Adam Tak Mahu Bergaduh Walau Ditipu Ratusan Ribu Bina Rumah Mentua

by Puteri Alia
May 10, 2023
Share on Facebook

Sifat mengambil peduli antara satu sama lain akan membina sebuah keluarga yang bahagia sekali gus melahirkan masyarakat yang makmur dan sejahtera. Oleh itu, dalam melaksanakan amal kebajikan, ahli keluarga adalah golongan paling utama yang perlu diberikan perhatian.

Bahkan bersedekah kepada kaum kerabat merupakan antara kategori sedekah yang paling afdal setelah sedekah kepada kedua ibu bapa.

Meskipun tidak dalam jumlah yang banyak namun memberi dengan kadar berkemampuan sudah cukup membantu meringankan beban insan-insan tersayang ini.

Bercerita mengenai itu, biarpun ditipu hampir ratusan ribu ringgit oleh kontraktor bagi menyiapkan kediaman buat ibu bapa mentua, namun nilai itu masih belum cukup untuk membayar budi baik mereka terhadap penyanyi dan pelakon, Mark Adam.

Mark, 43, berkata dia tidak mempunyai pekerjaan selepas dua tahun berkahwin dengan isterinya, Norazah Redzuan pada 2003.

Namun, katanya ibu bapa mentua tidak pernah memandang serong terhadapnya, sebaliknya tetap melayaninya dengan baik.

“Dua minggu sebelum berkahwin, saya tiada tempat tinggal. Jadi, bapa mentua ajak saya menumpang di rumahnya.

“Walaupun bangun lewat, sekali pun bapa mentua tidak pernah marah. Sebaliknya, suruh saya pergi makan setiap kali bangun tidur.

“Selepas berkahwin, dua tahun saya tidak bekerja kerana agensi saya bekerja ditutup, namun keluarga mentua tidak pernah sekali menghakimi saya.

“Sebab itu saya mahu membalas jasa mereka dengan membina kediaman selesa. Walaupun ditipu kontraktor bagi saya nilai itu tidak setanding dengan kebaikan diberikan kepada saya selama ini,” katanya yang ditemui di majlis rumah terbuka Indigital Music & FYP Media.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Pencuri itu berkata, dia bersyukur ada pihak sudi membantu menyiapkan kediaman ibu bapa mentuanya tanpa mengambil kesempatan.

Mark Adam Anggap Diri Sudah 'Menang' Sebelum Bertanding Di GV12, Peminat Terharu!-"Terima Kasih Ezan.."

Sebaliknya, kata Mark, mereka hanya meminta upah, sementara barangan pembinaan dibelinya sendiri.

“Sepatutnya rumah ini siap dalam tempoh setahun. Walaupun ada kontrak, tetapi kami tetap ditipu.

“Jadi, bagi tidak menghampakan harapan ibu bapa mentua, saya dan isteri akan cuba menyiapkan rumah itu secepat mungkin,” katanya.

Sementara itu, Mark berkata, dia enggan membesar-besarkan kes berkenaan kerana lebih suka menyelesaikan masalah secara tenang.

Bagaimanapun katanya, sepatutnya ada undang-undang ketat dikenakan agar ramai lagi tidak tertindas dan ditipu kerana ramai yang sudah menjadi mangsa sepertinya.

“Bukan saya saja tetapi ramai yang sudah jadi mangsa penipuan.

“Saya tidak suka kecoh-kecoh dalam usia begini. Saya berasal dari perkampungan yang mana penduduknya ganas, kejadian bunuh membunuh adalah perkara biasa, malah saya sendiri hampir tiga kali mahu dibunuhP.

“Jadi, saya tidak mahu melihat perkara seperti ini dan biarlah individu yang menipu menjawabnya di akhirat,” katanya.

mark adam
https://lomp.at/3zx8a
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Gambar AI Generated
LifeXplore

[VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

by Farah Fatihah
January 31, 2026

Kalau selama ini kita hanya melihat salji di televisyen atau media sosial, kini pengalaman itu boleh dirasai sendiri tanpa perlu...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Dalam masyarakat kita, isu gelaran atau panggilan kepada individu berdasarkan rupa bentuk badan atau penampilan sering menjadi topik sensitif. Apa...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore