Tuesday, September 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

OST Drama The Maid Rupa-Rupanya Lagu Syafiq Naser!

by Khai Azfar
January 19, 2021
27
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa sangka, lagu Lenggang yang kini dijadikan runut bunyi untuk Drama The Maid kini sedang bersiaran di televisyen merupakan nyanyian pendatang baru dalam industri, Syafiq Naser.

Lagu Pertama Membuahkan Hasil 

Lagu yang berentak pop’catchy’ serta menggabungkan pelbagai elemen tersebut mencuri perhatian ramai apatah lagi ramai yang tertanya sebelum ini mengenai penyanyinya. Bagi Syafiq sendiri, dia gembira kerana single pertamanya itu membuahkan hasil.

“Ini merupakan single pertama dan tak sangka diberikan peluang menjadi runut bunyi untuk drama popular. Sebagai orang baharu dalam industri, saya bersyukur dengan peluang yang ada dan menganggap ini permulaan yang baik”

“Walaupun Lenggang baru sahaja dilancarkan tetapi maklum balas yang diterima begitu baik. Saya menghargai setiap komen dan kritikan dan harap lagu ini akan diterima dengan baik oleh semua,” kata penyanyi berusia 26 tahun ini

Dicipta Mengikut Karakter 

Sebelum ini, Syafiq yang juga merupakan pengamal media sosial terkenal telah menyertai pertandingan Vokal Mania bersama puluhan rookie yang lain sebelum ini. Meskipun tidak berjaya ke peringkat akhir, itu sudah memberikan pengalaman baru buat dirinya. Difahamkan lagu ciptaan AmzarSabri, Muaffirah dan Dayne sengaja dicipta sedemikian, sesuai dengan perwatakan dirinya yang ‘happy go lucky’

“Ini juga menjadi pengalaman pertama saya masuk ke studio rakaman. Bukan mudah sebenarnya nak menyiapkan lagu ini tetapi saya beruntung kerana Amzar banyak membantu terutamanya mencari kesesuaian lenggok dan feel”

“Lagu ini pula mempunyai pelbagai karektor dan saya perlu mendalami satu persatu terlebih dahulu. Syukurlah semuanya berjalan dengan lancar dan saya tak berhadapan dengan masalah besar,” kata anak kelahiran Perak ini lagi.

Meskipun negara masih berdepan dengan pandemik COVID-19, Syafiq sempat menyiapkan video muzik LENGGANG penghujung Disember yang lalu.

Menariknya, video muzik tersebut menuntut dirinya untuk sama-sama menari dan membawakan pelbagai karakter termasuklah watak bapa bermisai tebal.

“Saya memang takut bila dapat tahu kena menari. Dengan tak ada praktis saya beranikan diri sahaja. Mujurlah penari yang terlibat banyak memberikan tunjuk ajar. Kalau tak haru-biru juga”

“Dari pagi membawa ke malam, barulah selesai proses rakaman. Ini memang cabaran baru buat saya. Apa yang penting hasilnya disukai ramai, itu sudah cukup menggembirakan saya,” katanya lagi.

Lenggan sudah pun berada di saluran YouTube Indigital Music sejak 13 Januari yang lalu dan boleh distrim di semua platform digital.

YouTube video

https://lomp.at/0nwoq
Share11Tweet7SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Datin Shahida Tulis Nama Buku Latihan Anak, Lain Pula Yang Netizen Perasan?..-“Orang Kaya Pun Sempoi…”

  2. 2

    [VIDEO] Gelagat Tok Ram Mengusik Anak Nabil Ahmad Jadi Bualan Netizen

  3. 3

    5 Langkah Mudah Untuk Semak Baki SARA Dalam MyKad

  4. 4

    Daniesh Suffian Pilih ‘Menjauh’ Demi Hormati Hubungan Bella Astillah dan Syed Saddiq

  5. 5

    Bella Astillah Anggap Aliff Aziz Tiada Lagi Dalam Hidupnya, Enggan Ulas Walau Bekas Suami Rindu Anak-Anak

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem