Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Otam Blurr Kongsi Makna Di Sebalik Baju Melayu, Terpaksa Tolak Beberapa Tawaran

by Khai Azfar
April 15, 2021
Share on Facebook

Personaliti media sosial terkenal, Mohd Rustam Johari atau lebih dikenali sebagai Otam Blurr dikalangan pengikutnya berkongsi makna sebenar di sebalik rekaan baju melayu yang menjadi warisan dan kebanggaan sejak dahulu lagi.

Tolak Secara Baik 

Menurut Otam di laman Instagram, dia terpaksa menolak secara baik beberapa tawaran tajaan Baju Melayu daripada pereka fesyen yang ingin diberikan padanya berikutan berpegang teguh pada budaya dan adat Melayu. Menafikan dirinya sombong, jelas Otam dia melihat sesetengah konsep Baju Melayu kini tidak menepati dan mengolah ciri Baju Melayu asal sehingga menjejaskan keunikannya.

“Assalammualaikum kepada semua,dekat sini Otam nak memberi pencerahan serta penjelasan KENAPA Otam menolak secara baik untuk menerima “Baju Melayu” keluaran beberapa founder(pemilik jenama fesyen).Otam bukan “SOMBONG” seperti mana yagn telah dilabelkan,Ini disebabkan konsep Baju Melayu yang sedia ada tidak menepati ciri Baju Melayu rekaan korang”

“Otam memberi ilmu ini bukan beerti Otam cerdik pandai,atau merekacipta perihal baju melayu ini.Sorry(maaf) lah kepada beberapa founder(pemilik jenama fesyen). “Baju Melayu” yang bermurah hati nak memberi Baju Melayu pada Otam”

“Otam perhatikan beberapa tahun kebelakangan ini terlalu banyak “kerosakan” nilai serta keunikan yang ada pada Baju Melayu ini telah diolah mengikut citarasa serta fesyen terkini seperti tiada poket bawah kiri dan kanan,terlalu ketat hingga menunjuk susuk tubuh serta kekurangan butang baju dan secara tak langsung telah merosak kan nilai adat budaya serta keunikan Baju Melayu ini” tulisnya

Kongsi Makna Baju Melayu 

Dalam pada itu, Otam turut berkongsi maksud sebenar rekaan Baju Melayu yang mana setiap daripada perincian tersebut mempunyai kisahnya yang tersendiri.

“Kalau kite tak bendung,siapa lagi yang nak menjaga keunikan pada Baju Melayu peninggalan datuk nenek moyang kita?”
“Disini Otam lampirkan info lengkap perihal Baju Melayu” katanya lagi

Rata-rata pengikutnya termasuk penyanyi Bob Yusof memuji tindakan Otam yang berpendirian tegas demi mengekalkan budaya Melayu biarpun berkemungkinan ada diantara penaja tersebut sanggup membayarnya untuk membuat ulasan (review) di laman Instagram.

https://www.instagram.com/p/CNoZHUwFv1K/

Sekadar info, Otam Blurr yang terkenal dengan imej Kak Kuntum Janda sebelum ini terlebih dahulu ‘mengisi tempat’ sebagai antara pengamal media sosial yang terawal membuat pelbagai video parodi yang lucu di media sosial.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
otam blurr
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Mereka Juga Selayaknya Terima Penghargaan Ini”- UAI Terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah

  2. 2

    Nourul Beri Pesanan Terbuka Buat Noor Azizah- “Mudah Bercakap Bila Sudah Selamat”

  3. 3

    Bakal Jadi ‘Hotspot’ Majlis Kahwin! Istana Sakura Hall Rasmi Dibuka Dengan Gaya Glamor

  4. 4

    [REVIEW] Dr Anwar Naha Dalang Kematian Ahyan Atau Sekadar ‘Umpan’? Episod 7 GBGTH Cetus Teori Baharu

  5. 5

    Masuk Je Terus Jumpa Kucing! Izawa Dessert Cat Cafe Jadi Tarikan Unik Di George Town, Pulau Pinang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara