• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Otam Blurr Terkenal Kerana Perangai ‘Gila-Gila’

by Khai Azfar
June 6, 2018
Share on Facebook

Sebelum munculnya Faiz Roslan dan pengamal media sosial yang lain, Otam Blurr yang terkenal dengan imej Kak Kuntum Janda terlebih dahulu ‘mengisi tempat’ sebagai antara mereka yang terawal membuat pelbagai video parodi yang kelakar!

Malah Faiz juga pernah meminta nasihat dan tips untuk membuat video sepertinya sebelum popular. Walaupun begitu, Otam atau nama sebenarnya Mohd Rustam Johari punyai identiti dan caranya tersendiri.

View this post on Instagram

A post shared by Otam Blurr (@otamblurr)

Kecewa Terpalit Dengan Kontroversi Faiz Roslan

Otam ketika dihubungi murai.my mengenai isu video Faiz Roslan sebelum ini, dia mengaku turut terpalit dengan kontroversi berkenaan dan kecewa dengan sikap pengamal media sosial itu. Bagi Otam, jika seseorang itu telah membuat salah secara terang-terangan, mereka haruslah bertanggungjawab sepenuhnya dan tidak perlu menegakkan benang yang basah.

“Kes dia ini sebenarnya besar dan agak keterlaluan sehingga kami yang tiada kena-mengena pun terpalit dengan isu dia. Kami agak kecewa kerana disebabkan itu, netizen turut mencemuh kami. Namun buat mereka yang mengikuti perkembangan kami terdahulu, sentiasa memberikan kata semangat dan mempertahankan kami”

Tambahnya juga, dia sendiri turut melakukan parodi seumpama itu(berpakaian wanita) namun ianya hanyalah sekadar hiburan semata-mata dan masih tahu akan hukum batasnya.

Bagi Otam, sekiranya dia sendiri telah melakukan sesuatu kesilapan secara tidak sedar, segala teguran dan nasihat dialu-alukan dan diterima secara terbuka.

Kakak Otam Kini Popular

Siapa sangka, dengan membuat video-video tersebut Otam kini dikenali ramai. Malah popularitinya itu juga turut terkena tempias pada kakak kandungnya yang dikenali sebagai Onye.

https://www.instagram.com/p/BjmiP_SgXhWvA8sEntcoIl3YVMKtt5ylJkEKR80/?taken-by=masturaonye

Untuk anda yang tidak tahu, Onye atau nama sebenarnya Mastura juga kini turut memuat naik pelbagai video mengenai diri dan ahli keluarganya.

“Masa buat Dubsmash, Otam tak sangka akan popular sehingga disunting menjadi salah seorang pelakon dalam iklan raya Traveloka. Ketika itu, keluarga terutamanya Ayah Otam yang paling gembira sehingga heboh seluruh kampung”

“Alhamdulillah kami dilahirkan dalam keluarga yang sederhana dan penuh dengan keceriaan. Kakak Otam sebenarnya seorang ibu tunggal dan mempunyai empat orang cahaya mata. Dia sememangnya tidak suka dengan tekanan dan suka dengan gelak tawa. Boleh katakan keluarga kami agak gila-gila cuma yang lain sahaja yang malu untuk beraksi di hadapan kamera”

Menurut Otam, kesemua video yang dirakam sememangnya berdasarkan realiti yang sebenar. Malah sikap kesemua ahli keluarganya yang suka berjenaka antara satu sama lain merupakan kekuatan dan punca mengapa mereka begitu rapat.

View this post on Instagram

A post shared by Otam Blurr (@otamblurr)

Jelas Otam lagi, inilah kehidupan sebenar orang Melaka yang sememangnya kedengaran agak kasar namun sedikit pun tidak mengambil hati kerana mereka menganggap ianya sebagai satu hiburan semata-mata.

https://www.instagram.com/p/BjmiP_SgXhWvA8sEntcoIl3YVMKtt5ylJkEKR80/?taken-by=masturaonye

Bakal Muncul Dengan Video Terbaru

Ketika ditanya adakah dia akan terus berhenti membuat video parodi kerana kontroversi tersebut, menurut Otam dia akan terus berkarya dan menghasilkan pelbagai video yang menarik.

View this post on Instagram

A post shared by Otam Blurr (@otamblurr)

Untuk Aidilfitri ini juga khabarnya Otam sudah merancang untuk membuat video lagu raya bersama-sama dengan pemuzik dari Melaka untuk tahun yang ketiga.Sama-sama kita nantikan!

kak kuntum jandaotam blurr
https://lomp.at/4gs6c
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

via AI Generated
LifeXplore

Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing

by Farah Fatihah
January 18, 2026

Bila dengar nama negeri Selangor, ramai terus teringat "shopping mall" yang besar, jalan sesak dan suasana bandar yang sibuk. Tapi...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

by Farah Fatihah
January 17, 2026

Kalau kalian nak tahu, untuk rasa suasana macam melihat "sakura Jepun", sebenarnya tak perlu pun pergi jauh sampai ke Jepun....

Read moreDetails
Lokal

Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

by Naddy Joe
January 14, 2026

Pelakon, Adam Corrie membuat perkongsian di media sosial mengenai dirinya yang tidak menghantar anak lelakinya itu untuk belajar di sekolah...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

by Iffah Najwa
January 14, 2026

Satu perkongsian di Reddit baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila seorang pengguna mendakwa menemui serpihan seperti logam di dalam makanan...

Read moreDetails
VIA X @PerlisPermai
LifeXplore

Masuk RM2 Jer! View Bukit Chabang Mari, Perlis Dah Macam Switzerland,

by Farah Fatihah
January 17, 2026

Bukit Chabang Mari merupakan salah satu tarikan pelancongan yang semakin mendapat perhatian di Perlis, terutamanya bagi mereka yang sukakan suasana...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing

  2. 2

    Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

  3. 3

    Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

  4. 4

    “Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

  5. 5

    Masuk RM2 Jer! View Bukit Chabang Mari, Perlis Dah Macam Switzerland,

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore