• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

Overthinking: Terus Perlu Mengikut Perasaan Atau Mencari Jalan Penyelesaian?

Anda merasa menderita kerana terlalu banyak berfikir dan perkara itu perlahan-lahan membunuh diri anda kerana terlalu memikirkan segala-galanya dalam satu masa.

by Jash Lee
December 25, 2021
Share on Facebook

Pasti ramai yang bersetuju bahawa berfikir sebenarnya baik bagi melatih otak tetapi adakah ianya juga baik untuk kita memikirkan sesuatu perkara berulang kali atau secara berlebih-lebihan? Kadangkala sehingga kita terlupa akan perkara lain yang lebih penting. Wajarkah kita terus berfikiran sebegitu?

Sesetengah daripada kita lebih cenderung dan tidak dapat melupakan masalah masa lalu sehingga kita terus menyalahkan diri sendiri, bimbang ianya akan berulang lagi dan bimbang akan perkara akan datang. Oleh itu, adalah penting untuk kita ambil tahu bila kita harus menghadkan cara kita berfikir akan sesuatu perkara.

Untuk artikel kali ini, kami akan berkongsi dengan pembaca cara untuk mengatasi masalah overthinking atau kerap memikirkan sesuatu secara melampau. Jom kita tengok!

via ideapod

1. Alihkan Pemikiran Kepada Perkara Yang Lebih Menyeronokkan

Sebenarnya masih ramai yang tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya kerap overthinking. Mereka terus melayan perasaan tanpa cuba untuk mencari jalan penyelesaian. Bagi mengelakkan dari anda terus berfikir secara berlebihan, cuba alihkan fikiran anda kepada perkara yang lebih menyeronokkan.

Contohnya, melukis, bermain muzik atau apa sahaja hobi kegemaran anda yang dapat membolehkan anda melupakan masalah anda.

Apabila selalu overthinking, anda juga perlu berehat seketika bagi melapangkan minda dan anda juga boleh memohon cuti dan pergi bercuti bagi mengurangkan masalah overthinking. Rileks dan lakukan aktiviti yang menyeronokkan yang dapat membuatkan kita lupa seketika masalah yang sering kita fikirkan.

via blogspot

2. Cuba Untuk Melupakan Masa Lalu

Keterlaluan berfikir boleh berlaku apabila kita masih sukar untuk melepaskan masa lalu. Sebagai contoh, ada orang yang terlalu banyak berfikir dan tidak dapat menerima hakikat bahawa hubungan mereka dengan pasangan telah berakhir atau anda rasa sakit hati dengan seseorang dan ada rasa dendam dalam hati.

Untuk mengelakkan dari anda terlalu banyak  berfikir, anda harus cuba menerima hakikat dan melihat bahawa ada hikmah disebalik setiap kejadian yang berlaku. Cuba lupakan masa lalu dan ingat bahawa seburuk manapun masa lalu yang telah kita lalui, percayalah pasti ada pengajaran yang boleh kita ambil.

Daripada bertanya “Mengapa ini terjadi”,  dan terus menyalahkan diri sendiri sebaiknya bertanya “Apa yang harus aku lakukan?” bagi memperbaiki segalanya.

3. Rutin Senaman Pada Setiap Pagi

Kesihatan mental dan fizikal itu sangat berkait rapat. Jadi, bukan sahaja untuk tubuh badan, senaman juga mempunyai manfaat untuk kesihatan mental yang baik terutamanya ketika bersenam pada waktu pagi. Ini boleh  berlaku kerana peningkatan kadar denyutan jantung semasa senaman dapat menghalang kerosakan otak akibat terlalu banyak berfikir atau tekanan.

4. Menerapkan Mindfulness

Adakah overthinking dapat diatasi dengan bermeditasi? Sudah tentulah boleh! Tapi bukan semua teknik meditasi dapat digunakan untuk mengatasi masalah overthinking. Jika anda ingin menghilangkan masalah overthinking, cuba amalkan mindfulness.

Mindfulness merupakan teknik meditasi yang mempunyai dua bahagian utama iaitu perhatian dan penerimaan. Teknik ini secara positif akan mengubah otrak dan biologi mansusia untuk meningkatkan kesihatan fizikal dan mental. Ringkasnya, amalan mindfulness memerlukan kita lebih fokus pada apa yang kita lakukan.

Contohnya, ketika kita sedang makan, kita harus fokus pada makan bukan berselang seli sambil bermain telefon bimbit. Apabila anda berhasrat untuk menonton filem, fokus pada filem dan jangan berkhayal tentang perkara lain.

5. Menulis

Kadang-kadang kita tidak hanya boleh bergantung pada orang lain. Mungkin mereka sibuk dengan kerja dan aktiviti mereka sendiri. Selain itu, tidak semua perkara boleh diceritakan kepada ramai orang. Jadi, anda boleh mencurahkan segala fikiran dan perasaan anda dengan cara menulis.

Jika anda keliru tentang kepada siapa yang hendak diberitahu, anda boleh menulis segalanya di dalam diari, komputer riba, telefon bimbit atau kertas. Anda boleh menulis segala yang anda fikirkan!

Menulis adalah jalan yang selamat kerana tiada penilaian dari pihak lain.

Itulah antara 5 tips yang dapat kami kongsikan buat anda yang selalu overthinking. Ingat ya overthinking juga boleh meningkatkan risiko tekanan dan kemurungan.

Anda perlu lebih fokus pada masa kini, lupakan masa lalu dan lebih tenang untuk masa akan datang.

kemurunganoverthinkingterlalubanyakberfikir
https://lomp.at/01vby
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - Pinterest
Kesihatan

6 Jenis Benjolan Yang Boleh Muncul Di Sekitar Faraj, Bahaya Ke Kalau Tiba-Tiba Ada?

by Soph Azz
February 9, 2024

Pernah tak ketika kamu hendak mencuci atau tukar seluar dalam, sekitar faraj kamu seperti ada benjolan yang pelik? Kalau kamu...

Read moreDetails
Foto - Pinterest
Kesihatan

Nak Mula Makan Suplemen Blackmores? Mana Satu Sesuai Dengan Kamu?

by Soph Azz
January 26, 2023

Jangan terkejut ye, di farmasi, Watsons atau Guardian; ramai yang masih terkial-kial dan runsing untuk membeli suplemen Blackmores. Bukan apa,...

Read moreDetails
Kesihatan

7 Petua Rawatan Untuk Luka Melecet Sembuh Dengan Cepat. Adakah Perlu Ditutup Atau Dibiar Terbuka?

by Jash Lee
December 19, 2020

Luka melecet biasanya tidak akan menyebabkan banyak pendarahan dan bersifat luka ringan sehingga ianya boleh sahaja dirawat sendiri di rumah....

Read moreDetails
Foto - Yahoo! News
Kesihatan

Surah, Doa & Zikir Pilihan Bila Anak Susah Tidur, Yang Dewasa Pun Boleh Cuba!

by Soph Azz
December 21, 2022

Anak kerap meragam dan merengek sampaikan nak tidur pun susah, terutamanya pada waktu malam? Sebagai ibu bapa, apa yang kita...

Read moreDetails
Kesihatan

Hati-Hati! 10 Kopi Campuran Ini Disahkan Oleh KKM Mengandungi Racun

by Phic ARMAN
November 6, 2020

Anda mungkin salah seorang peminum! Seperti yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihanatan Malaysia (KKM) semalam di twitter, terdapat lapan kopi campuran...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  2. 2

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  3. 3

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  4. 4

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  5. 5

    Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore