Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

“Padahal Wang Simpanan Ada, Makan Pun Tak Kurang” – Bekas Isteri Dedah Tegar Septian Kerap Pinjam Duit

Bekas isteri penyanyi Indonesia yang juga peserta Big Stage 2022 Tegar Septian, Sarah Sheilka membuat pengakuan bahawa dia telah membaca perbualan bekas suaminya itu di WhatsApp dan ruangan DM Instagram.

by Arsiqin Yusof
June 29, 2022
Share on Facebook

Bekas isteri penyanyi Indonesia Tegar Septian, Sarah Sheilka membuat pengakuan bahawa dia telah membaca perbualan bekas suaminya itu di WhatsApp dan ruangan DM Instagram.

Mesej Mahu Pinjam Wang?

Berdasarkan apa yang telah dibacanya, Sarah mendapati bahawa Tegar yang juga bintang Big Stage 2022 seakan kerap meminjam wang daripada ramai orang dengan alasan ingin menyara keluarga.

“Pertama sekali, saya mahu jujur yang buat story cakap WhatApp dan Instagram Tegar digodam itu adalah saya, kerana saya baca mesej (di kedua platform berkenaan) dia meminjam wang ramai orang dengan alasan kasihan isteri dan anak dan mahu membayar rumah dan sebagainya,” luah Sarah di Instagram Story.

Bagaimanapun Sarah akui hairan kerana menurutnya, mereka masih mempunyai wang simpanan dan tak pernah tak cukup makan.

“Padahal wang simpanan ada, Tegar pun tahu perkara itu. Alhamdulillah makan juga tak kekurangan sama sekali dan sekarang wang simpanan sudah dibahagikan sama rata.

“Mulai detik ini, saya sudah tidak bertanggungjawab atau tahu menahu kalau Tegar ada pinjam lagi wang kepada sesiapapun apalagi menggunakan alasan saya dan Abidzar,” jelasnya lagi.

Via Instagram – Sarah Sheilka

Pengumuman Mengejutkan

Terdahulu, Tegar telah mengumumkan berita penceraiannya menerusi video di Instagram Story semalam.

Kata Tegar, keputusan itu dibuat disebabkan beberapa sebab termasuklah masalah kewangan.

Tegar dan Sarah mendirikan rumah tangga pada Mac 2020. Hasil perkongsian hidup, mereka mempunyai seorang anak lelaki, Abidzar Oktaviano Putra Septian yang kini berusia dua tahun.

https://lomp.at/di5pn
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Indonesia

Konsert ‘Senandung Di Kuala Lumpur’ Bakal Gegar Ibu Kota Pada Mei Ini

by Naddy Joe
February 20, 2026

 Peminat muzik berjiwa retro dan jazz-pop bakal disajikan dengan sebuah pengalaman istimewa menerusi konsert “Senandung Ria Di Kuala Lumpur”, anjuran...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Sheikh Muszaphar Terharu Lihat Ibu Masih Bertenaga Ketika Saie-“Siap Lari Anak Lagi..”

by Naddy Joe
February 4, 2026

Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor meluahkan rasa kagum dengan ibunya yang masih bertenaga biarpun sudah berusia 81 tahun...

Read moreDetails
Lokal

A. Aida Anggun Bertudung, Rakan Selebriti & Peminat Titip Rasa Syukur

by Naddy Joe
March 3, 2026

Penerbit terkenal, Datuk A. Aida mencuri perhatian netizen dan rakan selebriti selepas berkongsi penampilan terkininya di media sosial, baru-baru. Menerusi...

Read moreDetails
Lokal

Fazley Yaakob Puji Sikap Khairul Aming Ketika Datang Ke Restorannya-“Tak Ada Angin Sombong, Tak Ada Ego..”

by Naddy Joe
March 6, 2026

Penyanyi dan chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob memuji sikap personaliti media sosial dan usahawan, Khairul Aming yang sangat baik dan...

Read moreDetails
Spotlight

Pesan Yang Jadi Kenyataan… Isteri Tak Lupa Kata-Kata Terakhir Along Eyzendy

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah yang MURAI rasakan saat membaca perkongsian balu kepada pelakon Allahyarham Along...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara