Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Padanlah Kulit Wanita Thailand Makin Gebu & Mulus Kalau Ini Yang Mereka Asyik Pakai…

by Soph Azz
November 1, 2023
Foto - Twitter

Foto - Twitter

Share on Facebook

Tak kiralah aktres, penyanyi atau wanita tempatan, kalau kamu lihat wanita Thailand kan, memang gebu, mulus dan cerah saja kulitnya. Sampaikan ada yang tertanya-tanya apa produk atau rawatan yang mereka lakukan untuk mengekalkan keadaan kulit seperti itu.

Kalau kamu nak tahu, sebenarnya kebanyakan wanita Thailand ini mereka lebih gemar mengamalkan petua turun temurun. Petua yang paling popular adalah masker beras pulut.

Foto – Pinterest

Sekadar info, berat pulut ini sering digunakan sebagai masker bagi merawat masalah kulit kering, jerawat, jeragat dan juga kulit kusam.

Sekiranya kamu inginkan kulit wajah seperti wanita Thailand, rajinkanlah diri untuk melakukan masker beras pulut. Bahan-bahannya pula boleh didapati dari dapur kamu sendiri.

Bahan-bahan masker beras pulut:

Foto – Petua Ibu (Facebook)
  • Beras pulut (4 sudu besar)
  • Putik bunga ros (2 sudu besar)
  • Susu tepung (1 sudu besar)
  • Air mawar

Cara penyediaan masker beras pulut 

Foto – Petua Ibu (Facebook)
  • Kisar kering beras pulut, putik bunga ros dan susu tepung sehingga menjadi halus.
  • Selepas kisar menjadi halus, bancuh bahan tersebut bersama dengan air mawar ikut tahap kepekatan yang diinginkan untuk mudah disapu di wajah.
  • Setelah selesai dibancuh, sapu bancuhan masker tadi ke seluruh wajah.
  • Biarkan kering atau sekurang-kurangnya 30 minit.
  • Sebelum bilas dengan air, basahkan sedikit masker tersebut dan urut wajah seketika.
  • Akhir sekali bilas dengan air sehingga bersih.

Nasihat Miss Murai, masker beras pulut ini perlu dilakukan sebanyak 2-3 kali seminggu untuk lihat keberkesanannya. Selamat mencuba!

masker beras pulutrahsia kecantikan wanita thailandtips cantik wanita thailand
https://lomp.at/s0uh5
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @missfazura (IG)
Kecantikan

Tak Perlu ‘Over’ Kontur, Ini Cara Paling Senang & Cepat Capai Hidung Mancung Sebelum Raya!

by Nurul A.
March 12, 2026

Apabila menyentuh mengenai ciri wajah, bahagian yang sering menjadi kebimbangan para wanita adalah hidung. Bukan apa, MURAI dapati ramai juga...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

  4. 4

    Pesta Songkran Di Petaling Jaya Cetus Tanda Tanya, Kelakuan Pengunjung Tak Senonoh- “Bau Arak Bacin”

  5. 5

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara