Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

‘Terima Kasih Banyaklah’ – Pak Cik Kena ‘Sound’ Dengan Carl Samsudin Luah Tidak Berkecil Hati

by Puteri Alia
July 29, 2021
Foto - Instagram @hilmyashley

Foto - Instagram @hilmyashley

Share on Facebook

Masih tular mengenai kisah warga emas yang dimalukan oleh usahawan butik tempatan, orang ramai masing-masing berkongsi pandangan betapa sedihnya mereka terhadap nasib warga emas tersebut.

Menerusi carian Murai MY di Instagram, wartawan dari Bernama @hilmyashley telah memuatnaik video temubual eksklusif bersama warga emas berkenaan dan menyelidik serba sedikit perihal warga emas yang tinggal di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur ini.

Warga Emas Tidak Berkecil Hati

View this post on Instagram

A post shared by Hilmy Ashley (@hilmyashley)

Berdasarkan video yang dikongsikan wartawan Bernama di Instagram, warga emas yang dikenali sebagai Abdul Hadi, 64 tahun ini menjelaskan bahawa dirinya tidak berkecil hati terhadap apa yang dikatakan oleh usahawan tersebut.

Malah pakcik Abdul Hadi ini mengakui apa yang dikatakan oleh usahawan itu ada betulnya bahawa tuhan tidak dapat mengubah nasib diri sendiri, melainkan diri sendiri yang cuba mengubahnya.

“Tak ada. Ikhlas.

Dia cakap, bukan tuhan mengubah nasib kita, kita sendiri mengubah nasib kita.

Terima kasih banyaklah, saya tak boleh balas saya hanya berserah kepada tuhan.

Memang itu saja dia betul. Bukan tuhan mengubah nasib kita, kita sendiri ubah.” Jelas pakcik Abdul Hadi

Netizen Sebak Dan Mendoakan Untuk Warga Emas

Di Instagram Murai MY juga ada memaparkan secebis dari klip video dari temubual ekslusif, yang dimuatnaik di Instagram wartawan Bernama tersebut.

Berdasarkan komen yang dimuatnaik diruangan komen Instagram Murai MY, orang ramai menyatakan rasa sebak dan mendoakan agar pakcik Abdul Hadi ini dilimpahkan rezeki melimpah ruah dan diberi kesihatan yang kuat.

Foto – Instagram Murai MY

“Pakcik semoga pakcik sentiasa di lindungan rahmat Allah. Semoga pakcik dipermudahkan rezeki, senang lepas ini. Aamin. ” Luas pengguna pertama

“Allahu semoga pakcik diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki selalu. rasa sebak sebab teringat ayah emak di kampung. Semoga sentiasa dilindungi Allah SWT.” Luah pengguna kedua

“Moga perjalanan hidup pakcik selepas ini dipermudahkan, dikurniakan rezeki dan kesihatan yang baik-baik sahaja.” Luah pengguna ketiga

Dan tidak kurang juga ada yang mengingati bapa masing-masing, tatkala melihat wajah serta kedaifan yang dilalui warga emas ini.

Foto – Instagram Murai MY

“Orang tua-tua ini kalau dia orang kecil hati, dia orang akan simpan demi menjaga hati orang muda. Ayat disusun cantik demi menjaga hati kita. Mereka kecil hati tak mengapa, jangan kita yang terluka dengan kata-kata mereka. Aduh siapa potong bawang ini. Saya rindu abah saya.” Luah pengguna pertama

“Sedih tengok pakcik, ingat arwah bapa.” Luah pengguna kedua

“Teringat bapa den dekat maeps, tengah kuarantin.” Luah pengguna ketiga

Murai MY juga mendoakan semoga perjalanan hidup pakcik selepas ini dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik. InshaAllah, amin.

Abdul Hadibella ammaracarl samsudinpusat transit gelandangan kuala lumpurWarga Emas
https://lomp.at/jyrqt
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @therealmiasara (IG)
Lokal

Niat Baik Disalah Tafsir, Mia Sara Hadapi Anxiety Sehingga Cederakan Diri

by Nurul A.
January 30, 2026

Nampaknya konflik antara pelakon Mia Sara Nasuha dan Puteri Balqis Ashikin tak berpenghujung. Dan kali ini, MIa menjadi tumpuan ramai...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Siti Nurhaliza Titip Rasa Syukur Dijemput Ke Majlis Tadabbur Di Istana Selangor

by Naddy Joe
February 16, 2026

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menitipkan rasa syukur apabila berpeluang menghadiri Majlis Tadabbur Al-Quran di Istana Selangor, Kuala Lumpur,...

Read moreDetails
Lokal

“Takkan Ada Lagi Abah Yang Sama…”-Azar Azmi Mohon Doa Orang Ramai

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Azar Azmi tampil menitipkan ucapan terima kasih buat orang ramai yang membantu individu rapat yang digelar sebagai 'Abah' yang...

Read moreDetails
Foto - @sashaabdulaziz (IG)
Lokal

[VIDEO] Kongsi Rawatan Bahagian Intim, Hantaran Sasha Abdul Aziz Buat Ramai ‘Triggered’

by Nurul A.
January 21, 2026

Tak habis-habis cetuskan kontroversi. Kali ini nama usahawan dan pempengaruh media sosial, Sasha Abdul Aziz menjadi bualan ramai selepas berkongsi...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Ieda Moin & Rakan Selebriti Di Sisi Amyza Aznan, Netizen Sebak

by Naddy Joe
February 24, 2026

Pelakon dan pelawak, Ieda Moin mencetuskan rasa sebak netizen selepas memuatnaik satu video di media sosial saat mengetahui anak sahabatnya...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara