Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

Pakar Patologi Serah Mahkamah Tentukan Zara Qairina Jatuh Kerana Bunuh Diri atau Sebaliknya

by Puteri Alia
September 4, 2025
Share on Facebook

Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr Jessie Hiu menyerahkan sepenuhnya kepada Mahkamah Koroner untuk menentukan sama ada kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir berpunca daripada tindakan membunuh diri atau sebaliknya berlaku atas kerelaan sendiri. Dalam prosiding inkues yang berlangsung, Dr Jessie yang dipanggil sebagai saksi pertama menyambung keterangannya pada sesi petang sebelum berdepan beberapa soalan daripada pihak peguam bela.

Ketika disoal oleh peguam Datuk Ram Singh yang mewakili salah seorang daripada lima remaja tertuduh dalam kes buli membabitkan arwah, Dr Jessie enggan memberikan jawapan khusus berhubung kemungkinan Zara Qairina terjatuh dengan sendiri ketika berada di palang besi. Beliau menegaskan bahawa keputusan muktamad mengenai punca jatuh adalah bidang kuasa penuh mahkamah untuk memutuskan.

“Jika ia bukan disebabkan kemalangan atau ditolak, ketika berdiri atau duduk di palang besi, adakah kemungkinan dia jatuh atas kemungkinan sendiri?” soal Ram Singh. “Itu terserah kepada mahkamah menentukan,” jawab Dr Jessie ringkas.

Pertanyaan tersebut kemudian diteruskan lagi dengan meminta penjelasan sama ada situasi sedemikian boleh dianggap sebagai bunuh diri. Namun, sekali lagi Dr Jessie menegaskan bahawa tafsiran berkenaan bukan dalam kapasiti beliau sebagai pakar patologi untuk ditentukan. “Sama, itu terserah kepada mahkamah menentukannya,” katanya dengan tegas.

Jawapan Dr Jessie itu sekaligus menutup prosiding inkues pada hari berkenaan sebelum disambung semula pada Isnin depan, di mana saksi dari Jabatan Kimia dijangka akan dipanggil bagi memberi keterangan. Inkues ini terus mencuri perhatian umum kerana ia bukan sahaja membabitkan isu perundangan, malah menyentuh sensitiviti masyarakat tentang gejala buli di sekolah yang kini semakin membimbangkan.

Topik Berkaitan Remaja Didakwa Buli Zara Qairina Siap Buat ‘Peace’ Ketika Dipanggil Beri Keterangan, Warden Nafi Tunjuk Trauma

Kes Zara Qairina menjadi tumpuan kerana sehingga kini masih belum terjawab persoalan mengenai punca sebenar kematiannya. Sama ada ia akibat kemalangan, perbuatan orang lain atau tindakan sendiri, semuanya masih menunggu keputusan mahkamah. Perkembangan seterusnya bakal menjadi penentu kepada keadilan yang dituntut oleh keluarga arwah dan masyarakat yang mahukan kebenaran.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Zara Qairina
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Update

Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

by Phic ARMAN
July 13, 2026

MURAI rasa ini antara kisah yang memang buat ramai naik darah. Apa yang sepatutnya menjadi rutin membeli barangan dapur bertukar...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Cipta Sejarah Di Moto3, Hakim Danish Terima Lamaran Genting SkyWorlds

  2. 2

    ‘Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Infinity Castle’ Kini Tayang Di Netflix

  3. 3

    Berwajah Cantik & Gemar Sukan Berkuda, Anak Saudara Raja Abdullah II Curi Tumpuan

  4. 4

    Tak Perlu Lagi Keluarkan Kad! Merchantrade Money Kini Boleh Tap Guna Telefon

  5. 5

    UNIQLO Lancar Koleksi Hijab Pertama Yang Dinantikan Oleh Hijabis Malaysia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara