Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Part Ini Yang Best Bila Staycation 2H1M Di DoubleTree By Hilton Shah Alam i-City!

by Soph Azz
December 27, 2022
Foto - DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City

Foto - DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City

Share on Facebook

Kembali dalam episod jalan-jalan ke mana lagi kali ini… Miss Murai bawakan kamu quick staycation di DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City!

Mungkin ada yang tanya kenapa dekat dan bukannya di pusat peranginan seperti pulau atau luar bandar? Mari Miss Murai kongsikan, destinasi kali ini jaraknya lebih dekat dan berada dalam bandar kerana Miss Murai hanya inap selama 2  hari 1 malam (2H1M) sahaja. Sangat singkat dan tak mahu buang masa untuk habiskan di jalan.

Nak tahu apa yang Miss Murai lakukan sepanjang 2H1M di DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City? Baca di bawah…

Kenapa DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City? 

Hotel ini menarik perhatian Miss Murai kerana ia terletak di tengah-tengah i-City. Dan hotel ini juga menawarkan 300 ruang bilik yang mesra, akses mudah ke tarikan serta kemudahan yang berdekatan. Kalau rasa malas nak keluar dari hotel, kamu juga boleh lihat pemandangan luas Shah Alam menerusi tingkap bilik saja. Paling best boleh nampak taman tema i-City tau!

Foto – Miss Murai

Bukan itu saja, kamu juga boleh berjalan kaki ke Central i-City iaity pusat beli belah yang terletak bersebelahan hotel ini, ruang salji dengan arca ais di SnoWalk dan taman air WaterWorld @ i-City.

Untuk tarikan pelancongan yang lain, kamu boleh kunjungi Masjid Biru, Taman Kesenian Islam dan Muzium Sultan Alam Shah yang perlu menaiki kenderaan dalam jarak terdekat.

Apa Yang Best Sepanjang Staycation?

Hari Pertama: Sebaik sahaja tiba di DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City, Miss Murai disambut baik dan mesra oleh petugas di hotel berkenaan. Proses untuk daftar masuk sangat mudah dan laju. Dan ketika ini, Miss Murai diberi biskut cip coklat iaitu signature hotel ini.

Miss Murai diberi bilik King Deluxe Suite, di mana bilik ini menggunakan kunci digital untuk membukanya. Sebaik melangkah masuk ke dalam bilik ini, memang tergamam lihat keluasannya (43sqm), cukup luas untuk pasangan atau keluarga dengan seorang anak kecil.

Foto – Miss Murai
Foto – Miss Murai

Dalam bilik ini terdapat bidai elektronik, ruang kerja khusus, TV, akses internet; jubah mandi, shower, tab mandi, mesin espresso, ruang makan dan tamu serta peralatan mandian mesra alam.

Foto – Miss Murai

Bagi pemandangan bilik pula, Miss Murai mendapat bilik yang berhadapan dengan taman tema i-City. Memang best pada waktu malam kerana dapat melihat lampu-lampu dari taman tema tersebut.

Foto – Miss Murai

Selepas daftar masuk dan meletakkan barang di bilik, Miss Murai terus turun ke bawah untuk ke Central i-City. Hanya berjalan kaki sekitar 5-10 minit saja, Miss Murai berjalan sambil mencuci mata dalam pusat beli-belah ini.

Sekitar pukul 6:45 petang, Miss Murai kembali ke hotel untuk nikmati makan malam di Tosca Trattoria Italiana. Buat yang tertanya-tanya, Tosca Trattoria Italiana adalah restoran Itali yang menawarkan pelbagai menu Itali yang popular. Di sini, Miss Murai menikmati beberapa hidangan seperti:

Foto – Miss Murai
  • Bruschetta Romana – toasted sour bread, topping selasih, buffalo mozzarella, tomato dan balsamic
  • Frito Miso Di Mare E – sotong goreng, udang, scallop, anak sotong yang dihidangkan bersama lemon garlic aoli dan serbuk kayu manis serta kari.
  • Burrata Con Pizza – sos tomato, keju burrata, selasih, oregano, keju mozarella
  • Rib Eye Steak – stik daging, sos lada hitam, salad, tomato, kentang bakar dan bawang putih bakar
  • Jus tembikai – jus buah segar
Foto – Miss Murai

Apa yang boleh Miss Murai katakan, Tosca Trattoria Italiana ini adalah restoran yang sesuai untuk mereka yang menginginkan suasana yang tenang, tak bising dan lebih privasi.

Hari Kedua: Pada hari terakhir, Miss Murai mulakan hari dengan sarapan pagi di restoran Makan Kitchen. Ada banyak pilihan di sini bermula dari makanan Melayu, Cina, India dan Barat. Ikut tekak dan perut masing-masing. Bagi Miss Murai sendiri, antara menu yang dijamah semasa sarapan pagi adalah nasi lemak, daging rendang, dim sum, pau, yogurt, jus, penkek dan banyak lagi. Memang sedap dan puas hati!

Foto – Miss Murai

Selepas selesai menjamah sarapan pagi, Miss Murai mengambil peluang untuk ‘melawat’ ke beberapa fasiliti menarik dalam hotel ini seperti kolam renang, gim, spa dan Lounge Axis.

Foto – Miss Murai

Psst… Di Lounge Axis, kamu boleh nikmati juadah dan makanan ringan tau seperti kopi, biskut dan pastri.

Foto – Miss Murai

Selepas puas meneroka seluruh  hotel ini, Miss Murai kembali ke bilik untuk bersiap-siap daftar keluar pada pukul 1 petang.

Apa yang  boleh Miss Murai katakan, quick staycation ini memang sangat diperlukan memandangkan ianya tak jauh dari rumah Miss Murai, tarikan pelancong dan berada dalam bandar. Bukan itu saja, lokasi yang strategik ini juga sesuai untuk pengunjung yang mempunyai keluarga, selain mereka yang datang secara berpasangan atau atas urusan kerja.

Kalau berminat nak inap di DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City macam Miss Murai, kamu boleh pergi ke [SINI].

doubletree by hiltondoubletree by hilton shah alam i-cityreview doubletree by hilton
https://lomp.at/23qrr
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Hotel

Dari Rendang Tok Sampai Burnt Cheesecake Durian, Buffet Raya Lemon Garden Shangri-La KL Kembali Lagi

by Phic ARMAN
March 29, 2026

Musim Raya memang tak lengkap tanpa jamuan besar-besaran, kan? Kali ini, MURAI nak bawa anda menjengah kemeriahan Hari Raya Open...

Read moreDetails
Foto - TRX
Jalan-Jalan

Rai Tradisi & Kebersamaan Dengan The Exchange TRX Menerusi ‘Rimbun Raya’

by Nurul A.
March 21, 2026

Sempena Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, The Exchange TRX membawakan Rimbun Raya, sebuah kempen perayaan yang...

Read moreDetails
Hotel

Stay Mewah Dengan Bijak! Ini Tawaran Eksklusif Marriott Bonvoy Sempena Visit Malaysia 2026

by Phic ARMAN
April 9, 2026

Kalau anda jenis yang percaya travel itu bukan sekadar “cukup tidur”, tapi satu bentuk reward untuk diri sendiri yang ini...

Read moreDetails
Budaya

Peminat BTS Malaysia Kecewa Sikap Orang Korea Tak ‘Tourist Friendly’, Netizen Bidas

by Phic ARMAN
April 14, 2026

Baru-baru ini, tular di Threads apabila seorang peminat kumpulan K-pop terkenal BTS dari Malaysia berkongsi pengalaman pertamanya melancong ke Korea...

Read moreDetails
Foto - redBus
Destinasi

Hari Wanita Antarabangsa: 5 Idea Percutian Solo Untuk Kamu Yang Sukakan ‘Adventure’!

by Nurul A.
March 7, 2026

Perjalanan solo bagi wanita kini bukan sekadar hashtag menarik di Instagram, ia telah menjadi satu gerakan yang mencerminkan peralihan yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  3. 3

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  4. 4

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  5. 5

    Pulai Trail KL: Hutan Tersembunyi Di Tengah Bandar Yang Ramai Tak Sedar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara