Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Pecah Amanah, Jason Lo Didakwa Guna Wang Syarikat Rakaman

by Khai Azfar
September 2, 2020
Share on Facebook

Penyanyi Jason Jonathan Lo atau lebih dikenali sebagai Jason Lo dan rakannya telah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas pertuduhan pecah amanah wang sebuah syarikat rakaman tahun lalu.

Untuk Kegunaan Sendiri 

Difahamkan, wang tersebut berjumlah lebih RM200,000 dan penyanyi itu serta rakannya, Muhammad Yakub Hussaini, 47, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Datin Sabariah Othman.Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka adalah pengarah syarikat Fat Boys Records Sdn Bhd yang diamanahkan wang berjumlah RM232,500 dan didakwa melakukan pecah amanah dengan menggunakan wang syarikat berkenaan untuk kegunaan sendiri.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di syarikat berkenaan di Mont Kiara, di sini pada 24 April dan 14 Mei 2019 mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat serta denda, jika disabit kesalahan.

Diikat Jamin RM30,000

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noorhani Muhmmed Ayub menawarkan jaminan RM30,000 kepada setiap tertuduh.Peguam Alfred Chong yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon jaminan dikurangkan kepada RM5,000 dan memberitahu anak guamnya juga akan mematuhi segala syarat yang akan ditetapkan oleh mahkamah.

Jason Lo. File Picture

Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM30,000 setiap seorang dan menetapkan 2 Oktober untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen. Pada November tahun lalu, Jason Lo telah dituduh di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menceroboh sebuah rumah dan memasukkan dadah jenis methamphetamine ke dalam badannya. Bagaimanapun dia mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu.

jason lo
https://lomp.at/ukbvn
Share4Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gossip

Janna Nick Tampil Mohon Maaf, Undang Pelbagai Reaksi Netizen-“Diam Lebih Baik…”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil membuat permohonan maaf disebabkan hantarannya yang boleh mencetuskan spekulasi mana-mana pihak. Permohonan maaf tersebut dibuat selepas...

Read moreDetails
Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara