• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

Pekerja Alami Kesihatan Mental Minta Cuti, Majikan Pula Suruh Pergi Darussyifa’

Respon yang diberikan majikan menambahkan lagi tekanan yang dialami.

by Puteri Alia
October 12, 2021
Foto - Help Guide

Foto - Help Guide

Share on Facebook

Masalah kesihatan mental bukan satu isu kecil yang boleh dibiarkan begitu saja, jika masalah ini tidak di ambil peduli dari awal bahananya boleh membawa mudarat untuk jangka masa yang panjang pada diri.

Namun sayang, apabila diri ingin berehat seketika dari bekerja demi menangani masalah kesihatan mental, majikan pula yang bersikap tidak prihatin. Itulah yang dialami oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Hafeez Ethan.

Majikan Suruh Pergi Darussyifa’ Tangani Kesihatan Mental

Pengguna Twitter tersebut dikatakan telah berkongsi masalah kesihatan mental kepada majikannya dan mahu berehat seketika dari bekerja, namun respon yang diberikan majikan menambahkan lagi tekanan yang dialami.

“Aku cakap pasal isu mental aku dekat bos aku, sebab aku nak berehat seketika. Aku didiagnos dengan PDD (Persistent Depressive Disorder). Kau tahu dia boleh cakap apa? Dia suruh aku pergi Darussyifa. Susah sial nak ‘educate’ manusia selagi tak kena batang hidung sendiri. Pu****k.” Ciapnya di Twitter

Foto – Twitter @HafeezEthan

Bukan itu sahaja, Hafeez turut meluahkan sikap pengurus sumber manusia di tempat kerjanya membuatkan dirinya semakin tertekan.

“Kemudian aku hubungi Sumber Manusia (HR) aku, nak tanya pasal ‘leave’. Dia ‘gay boy’. Dia punya respon?

“Awak jangan tertekan tertekan, pukul 6 kejap lagi saya nak jogging dekat KLCC. Awak nak ikut saya? Atau awak boleh datang rumah saya, kita boleh bersembang”

Lagi mental si*l aku dengan barua-barua ni, aku nak rehat je b**i.” Ciapnya lagi

Netizen Kongsi Pengalaman Sama

Masalah yang sedang dihadapi pengguna Twitter ini menarik perhatian ramai warganet, dan rata-rata mereka juga mempunyai masalah yang serupa dan turut berkongsi kisah mereka diruangan komen tersebut.

Foto – Twitter

“Aku didiagnos dengan MDD (Major Depressive Disorder) dan anxiety, jadi kerap kena serangan panik dan anxiety juga.

Masa awal-awal aku kena tu seseorang suruh jumpa ustaz jadi sebabkan aku penat nak terangkan keadaan aku dekat dia, aku ikut je lah hahahah. Jadi ustaz tu kasi aku minum air tawar, alhamdulillah sampai sekarang depressed”

“Aku ada bipolar. Mak aku beria bawa pergi syifa. Akhirnya ustaz tu kata kena bawa pergi jumpa doktor, “anak makcik bukan kena gangguan syaitan ke apa” Ciap mereka

Foto – Twitter

“Aku pula cakap pasal tanda anxiety dan tekanan dengan pengurus aku yang suka ‘push sales’….. Dia suruh aku bergaul dengan kumpulan yang positif.. Pilih kawan yang positif.. Katanya kalau kumpulan positif, pasti tak ada anxiety, tekanan dan sebagainya.”

“Bos aku pun lebih kurang macam ni, bagitahu dekat dia, dia potong aku secara biadap siap cakap “orang lain pun kerja banyak juga, ok je”.. Maka aku letak jawatan penuh hormat… Lepas aku letak jawatan, ada 3 orang letak jawatan. Tu pun dia tak sedar diri lagi.” Ciap mereka lagi

Masalah kesihatan mental tak boleh dibuat main, majikan harus bersikap lebih prihatin dan beri perhatian serius terhadap kesihatan pekerja.

Apa pendapat anda?

kesihatan mentalmajikanPDDpekerja
https://lomp.at/zv87b
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Dalam masyarakat kita, isu gelaran atau panggilan kepada individu berdasarkan rupa bentuk badan atau penampilan sering menjadi topik sensitif. Apa...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore