Filem seram kerjasama Malaysia-Thailand, ‘Kong Tao’ bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 19 Mac 2026. Bersempena tayangan filem ini, barisan pelakon akan memulakan siri promosi di Malaysia termasuk dua acara tayangan perdana di Pulau Pinang (17 Mac) dan Kuala Lumpur (18 Mac).
Pelakon terkenal Hong Kong Philip Keung, pelakon popular Thailand Kao Supassara Thanachat yang digelar sebagai “versi Thailand Nini Ou-Yang”, pelakon Singapura Glenn Yong dan Mayiduo, serta pelakon tempatan Eric Lay akan hadir ke tayangan perdana tersebut untuk berinteraksi dengan peminat dan meraikan pelancaran filem seram antarabangsa ini.
Butiran Tayangan Perdana
1. Pulau Pinang:
- Tarikh: 17 Mac (Selasa)
- Masa: 7.30 malam
- Tempat: Mega Cineplex Prai Foyer, Megamal Pinang
2. Kuala Lumpur:
- Tarikh: 18 Mac (Rabu)
- Masa: 7.30 malam
- Tempat: TGV Cinema, Sunway Pyramid
Peminat yang ingin menyertai tayangan perdana boleh mengikuti laman media sosial rasmi (Instagram/ Facebook) filem ini untuk mengetahui cara memenangi tiket tayangan perdana.
Tarikh Acara Lawatan Promosi
- 17 Mac 2026 (6 petang)- Gurney Plaza, Pulau Pinang
- 20 Mac 2026 (2 petang)- Aeon Bukit Tinggi, Klang
- 20 Mac 2026 (4.30 petang)- Sunway Velocity, Kuala Lumpur
- 20 Mac 2026 (8 malam)- AEON Cheras Selatan, Selangor
Sinopsis Filem ‘Kong Tao’
Kisah filem ini berkisar tentang satu kejadian misteri melibatkan “kes ilmu hitam beramai-ramai dalam kalangan pelajar”. Seorang wartawan Thailand bernama Fon (Kao Supassara Thanachat) menyiasat kes aneh yang berlaku bertahun-tahun lalu.
Dalam penyiasatannya, beliau bertemu empat YouTuber iaitu Chenxin (Glenn Yong), Wei Kang, Potato dan Weien yang pernah ke Thailand untuk meneroka fenomena paranormal.
Namun selepas pulang ke negara asal, mereka mula mengalami kejadian aneh, malah Wei Kang meninggal dunia secara misteri. Fon mengesyaki mereka telah terkena sumpahan dan mendapatkan bantuan seorang bomoh putih untuk mematahkan sihir tersebut, sekali gus menghampiri kebenaran yang tersembunyi.
‘Kong Tao’ dibintangi oleh Philip Keung, Kao Supassara Thanachat, Bront Palarae, Yumi Wong, dan Glenn Yong, bersama Eric Lay, Mayiduo, Freddie Wong, Dato’ Chiah Chye Kee, Tony Eusoff dan lain-lain.







