Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Pelakon Popular Terlibat Dalam Sindiket Pelacuran Kelas Atasan?

by Khai Azfar
October 20, 2020
11
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru-baru ini, menerusi laporan Utusan Malaysia mendedahkan terdapat golongan selebriti dan ‘instafamous’ tempatan terlibat dalam sindiket pelacuran kelas atasan sekaligus menjadikan mereka hidup dalam serba kemewahan dalam sekelip mata.

Dibayar Hingga RM40,000

Pendedahan tersebut dibuat sendiri oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mana menyatakan ada diantara mereka dibayar RM20,000 hingga RM40,000 untuk perkhidmatan satu malam bagi golongan VIP. Difahamkan sindiket ini dipercayai telah lama berlaku dan ianya diketahui oleh SPRM selepas salah seorang suspek yang ditahan dalam sindiket Macau Scam, menjadi orang tengah di antara selebriti dan golongan VIP.

Lanjutan itu, dalam laporan Harian Metro semalam, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mengakui kebenaran cerita kewujudan selebriti dipercayai terbabit dalam sindiket pelacuran kelas atasan seperti yang dilaporkan. Menurut presiden nya, Zed Zaidi berkata, ia hanya membabitkan segelintir kecil selebriti yang mencari kemewahan secara mudah.

Warganet Terus Membuat Spekulasi

Dalam pada itu, sejurus selepas laporan tersebut tular di media sosial, warganet terus membuat pelbagai spekulasi mengenai selebriti yang dimaksudkan termasuklah seorang pelakon popular yang  dikatakan sering kali mendedahkan kemewahannya pada umum.

Bagaimanapun dalam laporan itu, senarai nama selebriti dan instafamous yang terbabit tidak dapat didedahkan kepada umum dan SPRM hanya menegaskan, siapa yang makan cili, dia akan terasa pedasnya dan akan terus memantau laman sosial mereka.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
pelacurpelakon pelacur
Share7Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Rumah Landed Pun Ada ‘Rules’? Ini Pengajaran Daripada Kes Jenazah Dihalang Masuk Arahsia Residences

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara