Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita Dunia

Pelarian Rohingya Trauma Ketakutan Di Indonesia, Kali Ini Mereka Tidak Menjangka Diusir Secara Kekerasan

by Puteri Alia
December 29, 2023
Share on Facebook

Tindakan sekumpulan mahasiswa di Aceh, Indonesia melakukan pengusiran besar-besaran terhadap pelarian Rohingya di negeri itu, pada Khamis, mengakibatkan sebahagian besar pelarian terbabit trauma dan ketakutan

Memetik laporan Harian Metro, seorang pelarian berkata, dia tidak menjangka mereka diberi layanan sedemikian.

“Sebagai saudara seagama, saya tidak sangka mereka memperlakukan kami secara tidak berperikemanusiaan seperti itu,” katanya yang tidak didedahkan identiti.

Seorang lagi pelarian dikenali sebagai Rohimatun, 27, berkata, tindakan yang dibuat itu sangat menakutkan.

Menurutnya, anak lelakinya yang terkejut dalam kejadian itu terus sakit dan demam.

“Apabila mahasiswa datang beramai-ramai menyerang kami, membaling semua pakaian, beg dan segala-galanya ke atas kami, walaupun dalam beg itu ada al-Quran, ada Iqra, tetapi semuanya dilemparkan ke atas kami.

“Kami sangat takut dan dalam kesakitan sehingga menangis. Kerana kita adik-beradik seagama, saya tidak sangka mereka memperlakukan kami secara tidak berperikemanusiaan seperti itu,” katanya yang juga ibu tunggal anak tiga.

Rohimatun menjelaskan sebab dia berada di Aceh adalah kerana ancaman berterusan di Kem Cox Bazar, Bangladesh.

Menurutnya lagi, di Aceh, dia mempunyai harapan untuk masa depan yang lebih baik untuk anak-anaknya.

Sebelum ini, dia melarikan diri ke Bangladesh kerana pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di kampung halamannya di Myanmar pada 2017.

“Saya pergi membawa tiga anak bersama dan berpisah dengan suami. Kemudian, ketika berada di Bangladesh, saya mendapat tahu suami saya mati ditembak ketika menyelamatkan diri, tetapi saya tidak pernah melihat mayatnya,” kata Rohimatun.

Seorang lagi pelarian Muhammad Syakhi di kem pelarian bersama isteri dan dua anaknya tidak dapat menahan kesedihan atas perlakuan mahasiswa itu.

“Saya terpaksa melarikan diri ke Aceh kerana tiada jaminan keselamatan di kem pelarian di Bangladesh. Setiap hari ada penculikan, tembak-menembak dan ramai mati. Pada mulanya saya ke Aceh kerana mendengar bahawa orangnya baik.

“Tapi, nampaknya berbeza. Kami sangat takut, apa yang kami bayangkan di sini berbeza, sebab itu kami menangis,” katanya.

Rohingya
https://lomp.at/zcq8b
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  2. 2

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  3. 3

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara