• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

Pelawak Dan Pelakon Nabil Ahmad Sebenarnya OKU?

by Jash Lee
January 31, 2021
Share on Facebook

Mungkin ramai yang tidak tahu akan nasib malang yang telah menimpa pelakon dan pelawak terkenal Nabil Ahmad sewaktu bekerja sebagai seorang Mat Dispatch suatu ketika dahulu.

Mengimbas kembali kenangan pahit yang telah menimpanya, Nabil berkata kemalangan itu berlaku ketika dia berumur 19 tahun. Kata Nabil, disebabkan kemalangan itu juga, dia terpaksa berpaut pada sesuatu benda untuk kembali berdiri sekiranya duduk dalam jangka masa yang lama.

Membuka akan rahsia hidupnya, Nabil mengakui bahawa pada usia yang begitu muda iaitu 15 tahun dia sudah mula bekerja di warung.

“Saya masih bersekolah pada masa itu, tetapi semuanya saya tanggung sendiri. Yuran sekolah pun saya yang bayar sendiri. Kemudian pada umur 16 ke 17 tahun, saya bekerja di sebuah kedai yang menjual nasi lemak. Selepas itulah baru saya menjadi seorang dispatch.”

via youtube

“Pada umur 19 tahun, saya hanya terlantar selama setahun kerana telah mengalami kemalangan. Paha saya patah dan inilah yang menyebabkan saya sebenarnya cacat. Ramai orang yang merasa pelik apabila melihat saya masuk ke tandas OKU. Memang mengejutkan kerana jika dilihat dengan mata kasar, saya di kaca televisyen nampak begitu sempurna. Tapi sebenarnya semua orang tidak tahu bahawa saya tidak boleh bangun dengan cepat sehinggalah ke hari ini.” Kenyataan eksklusif ini telah didedahkan sendiri oleh Nabil menerusi rancangan ‘Rumah No 107’.

“Sebenarnya, orang tak tahu bahawa saya selepas membuang tak boleh bangun terus secara mendadak sehinggalah ke hari ini.  Selepas saya duduk di dalam tandas untuk satu tempoh yang agak lama, saya akan susah untuk bangun dan terpaksa berpaut pada sesuatu.”

via erakini.bbn.my

“Badan saya ada besi yang bermula dari tulang pinggul hingga ke bahagian tulang paha. Gigi depan saya juga adalah gigi palsu sebab gusi saya patah susulan kemalangan sewaktu saya bekerja sebagai dispatch,” kongsi Nabil.

nabilahmad artisOKU artismalaysia
https://lomp.at/lj23p
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - Pinterest
Kesihatan

6 Jenis Benjolan Yang Boleh Muncul Di Sekitar Faraj, Bahaya Ke Kalau Tiba-Tiba Ada?

by Soph Azz
February 9, 2024

Pernah tak ketika kamu hendak mencuci atau tukar seluar dalam, sekitar faraj kamu seperti ada benjolan yang pelik? Kalau kamu...

Read moreDetails
Foto - Pinterest
Kesihatan

Nak Mula Makan Suplemen Blackmores? Mana Satu Sesuai Dengan Kamu?

by Soph Azz
January 26, 2023

Jangan terkejut ye, di farmasi, Watsons atau Guardian; ramai yang masih terkial-kial dan runsing untuk membeli suplemen Blackmores. Bukan apa,...

Read moreDetails
Kesihatan

7 Petua Rawatan Untuk Luka Melecet Sembuh Dengan Cepat. Adakah Perlu Ditutup Atau Dibiar Terbuka?

by Jash Lee
December 19, 2020

Luka melecet biasanya tidak akan menyebabkan banyak pendarahan dan bersifat luka ringan sehingga ianya boleh sahaja dirawat sendiri di rumah....

Read moreDetails
Foto - Yahoo! News
Kesihatan

Surah, Doa & Zikir Pilihan Bila Anak Susah Tidur, Yang Dewasa Pun Boleh Cuba!

by Soph Azz
December 21, 2022

Anak kerap meragam dan merengek sampaikan nak tidur pun susah, terutamanya pada waktu malam? Sebagai ibu bapa, apa yang kita...

Read moreDetails
Kesihatan

Hati-Hati! 10 Kopi Campuran Ini Disahkan Oleh KKM Mengandungi Racun

by Phic ARMAN
November 6, 2020

Anda mungkin salah seorang peminum! Seperti yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihanatan Malaysia (KKM) semalam di twitter, terdapat lapan kopi campuran...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore