Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Pemandu Pelancong Dan Netizen Label Istanbul Kota ‘Scammers’?

Pemandu pelancong dan warganet kongsi kisah gelap melancong di bandar bersejarah

by Puteri Alia
October 3, 2022
via Travel Deeper/Janine's Journeys/Time Out

via Travel Deeper/Janine's Journeys/Time Out

Share on Facebook

Tular di media sosial baru-baru ini di mana terdapat ciapan dari salah seorang pengguna laman Twitter berkongsi serba sedikit tentang sisi gelap bandar Istanbul, Turki.

Digelar Sebagai Kota ‘Scammer’

Menurut individu yang dikenali sebagai @callmefye ini, dia berkongsi beberapa informasi dan juga pengalamannya tentang penipuan yang sering berlaku di bandar penuh bersejarah itu.

“Lagi sekali saya cakap Istanbul adalah kota scammers. Ada yang nyata korang boleh sedar terus. Ada yang scam yang korang tak boleh sedar. Ada scam separa sedar.” Ciapnya

Menurut individu ini yang juga merupakan seorang pemandu pelancong, menasihati orang ramai yang ingin ke kota tersebut tidak menggunakan perkhidmatan teksi mereka kerana harga yang perlu dibayar berlainan dari apa yang diberitahu.

“Sedaya upaya jangan gunakan khidmat teksi. Saya pernah naik masa melancong sendiri dulu. Sebelum masuk, saya tanya harga dia bagitahu, saya setuju. Kami pun gerak. Separuh jalan tiba-tiba dia berhenti dan ambil seseorang (kawan dia) duduk depan. Bila sampai destinasi dia sebut harga lain. Saya persoalkan. Kawan dia tadi turun dan jaga pintu dan ugut.”

Bukan itu saja, pemandu pelancong ini juga mendedahkan warga kota tersebut juga terkenal dengan menggunakan taktik pukau bagi menipu pelancong asing.

via Twitter Tag Jones

Netizen Setuju Istanbul Bandar ‘Scammers’

Perkongsian pemandu pelancong ini menarik perhatian pengguna laman Twitter yang lain, dan rata-ratanya ramai juga yang bersetuju dengan apa yang dikongsikan oleh individu berkenaan berdasarkan pengalaman yang pernah mereka lalui ketika berada di Istanbul.

“Betul. Dekat sana kalau ada tawar rumah sewa jangan percaya. Nasib tak baik duduk serumah dengan lelaki.”

“Betul sangat. Pertama kali datang cuba guna aplikasi teksi tapi teksi tak ada kosong. Jadi naik je lah teksi kuning. Dah bagitahu destinasi dan siap buka peta tunjuk dekat pemandu. Tiba-tiba dia bawa pergi kedai makan (geng-geng teksi lepak) sebab dia lapar dan akhirnya kita kena bayar untuk makanan dia.” Ciap warganet

via Twitter

“Pernah terkena juga. Masuk satu kedai, lepas tu rakan-rakan dia lagak seperti gangster tak bagi keluar kalau tak beli.”

“Memang Istanbul Scam pun, kan ada viral dulu budak perempuan cari rumah sewa kena scam dengan mamat Istanbul ni kena duduk dengan rakan serumah lelaki.” Ciap mereka

Bahaya betul, jadi bagi yang nak melancong ke luar negara perlu berhati-hati terutama yang mengembara secara solo. Bagus kalau guna agensi pelancongan yang boleh dipercayai dan diiktiraf sebagai pemandu pelancong anda.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
istanbulScammersturki
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Le Méridien Putrajaya
Hotel

Ulang Tahun Ke-10, Le Méridien Putrajaya Tawar Penginapan Terpilih & Pengalaman Kulinari

by Nurul A.
August 20, 2026

Le Méridien Putrajaya menandakan ulang tahun ke-10nya dengan koleksi tawaran penginapan dan santapan terhad dari Ogos hingga September ini. Diinspirasikan...

Read moreDetails
Bintan
Destinasi

Satu Pulau, Dua Resort Marriott- Ini Cara Terbaik Untuk Teroka Pulau Bintan

by Nurul A.
July 31, 2026

Bintan telah lama diiktiraf sebagai salah satu destinasi pulau yang paling mudah diakses di Asia Tenggara, semuanya hanya dengan menaiki...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  2. 2

    Lebih 300,000 Tonton Aksi Shila Amzah Di China, Tapi Kisah Di Sebaliknya Lagi Menarik

  3. 3

    Dari Nasi Lemak Ke Sambal Petai, Village Park Buka ‘Chapter’ Baharu Selepas 24 Tahun

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara