Thursday, October 16, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

“Arwah Minta Urut Tangan”- Pembantu Peribadi Kongsi Detik Terakhir Nassier Wahab Sebelum Meninggal

by Khai Azfar
December 5, 2019
291
KONGSIAN
Share on Facebook

Industri hiburan dikejutkan dengan pemergian Dato Nassier Wahab yang menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.45 tengah malam tadi.

Industri Terkejut Dengan Pemergian Allahyarham

Berita tersebut yang mulai tular di media sosial selepas dikongsi oleh rakan-rakan artis dan pembantu peribadinya, Aliff Salim. Khabar berita tersebut ternyata mengejutkan seluruh penggiat industri dan peminat-peminat. Terdahulu, umum sedia maklum bahawa pelantun Memori Cinta Luka itu menghidapi barah gusi sejak kira-kira lima tahun yang lalu.

Muntah Darah Sebelum Meninggal 

Menerusi perkongsian laporan media tempatan, pembantu peribadinya turut terkejut dengan pemergian Allahyarham selepas secara tiba-tiba muntah darah pada jam 12.30 tengah malam tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya.

Aliff memberitahu sebelum Nassier menghembuskan nafasnya terakhir, Allahyarham sedang berehat dan memintanya untuk mengurut tangan dan belakang namun tidak lama kemudian dia telah muntah darah yang banyak sebelum dia dan isteri Allahyarham, Datin Fatimah Abd Rauf meminta bantuan doktor.

“Doktor meminta arwah menjalani rawatan menambah darah semalam (kelmarin) kerana beliau tampak terlalu pucat. Jika diikutkan, tiada apa-apa rawatan pada hari ini (semalam). Ketika sedang berehat tadi (malam tadi), arwah meminta saya mengurut tangan dan belakang badan, tetapi tiba-tiba, dia muntah darah yang banyak.

“Saya dan isteri arwah yang berada di sisinya terus meminta bantuan doktor. Tiba-tiba sahaja semuanya berlaku. Pada jam 12.45 tengah malam, doktor mengesahkan abang Nassier sudah tiada,”

Dikebumikan Pagi Ini 

Pada Julai yang lalu, Allahyarham telah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kiri dan disusuli rawatan lanjutan seperti radioterapi dan kimoterapi. Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kediamannya di Bandar Bukit Raja, Selangor, pagi ini untuk urusan pengebumian.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kediamannya di Bandar Bukit Raja, Selangor dan akan dimandikan di Masjid Batu Belah Klang sekitar jam 8.30 pagi dan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Belah Klang kira-kira jam 9.30 pagi ke 10.00 pagi hari ini. Sebagai info, Nassier menduduki tempat keempat dalam Gegar Vaganza musim kedua dan meninggalkan isteri, dan seorang anak, Intan Najihah. Al-Fatihah.

dato nassier wahabnassier wahab meninggal dunia
https://lomp.at/5scx1
Share124Tweet70SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Sarah Yasmine Beri Nasihat Buat Anak Aaron Aziz: “Jangan Biarkan Perempuan yang Otaknya ‘Glitch’ Ganggu Tenaga Kamu!”

by Aphit J.
October 11, 2025

Sebelum ini Dwi Ariana, anak kepada pelakon terkenal Datuk Aaron Aziz, tampil menjelaskan bahawa dia tidak pernah membuli pempengaruh Sharina...

Read more
Screenshot
Lokal

[VIDEO] Azhar Sulaiman Titip Rasa Bangga Leona Berjaya Beli Kereta Pertama, Curi Perhatian Netizen!

Pelakon senior, Azhar Sulaiman menitipkan ucapan tahniah di atas pencapaian anak perempuannya yang juga pempengaruh, Kasih Iris Leona yang berjaya...

Read more
by Naddy Joe
October 6, 2025
Lokal

Zizi Kirana Akui Berdebar Apabila Semakin Hampir Dengan ‘Red Zone’-“Agak Susah Dah Kami Nak Update..”

Penyanyi, Zizi Kirana berkongsi perkembangannya bersama ahli kumpulan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla yang telah tiba di Tunisia, baru-baru ini....

Read more
by Naddy Joe
September 8, 2025
Lokal

“Mak Cik Nak Kenenkan Saya Dengan Anak Dia” – Fasha Sandha Tak Kisah Lagi Tak Dikenali Lepas Berhijab

“Bukan semua orang kenal saya,” ujar Fasha Sandha dengan nada tenang. Fasha Sandha mengulas tentang satu kejadian tular membabitkan seorang...

Read more
by Puteri Alia
August 8, 2025
Berita

[VIDEO] Fazura ‘Packing’ Pakaian Fatima Untuk Melancong Dengan Fattah Amin, Netizen Tersentuh!

Pelakon dan penyanyi popular, Nur Fazura membuatkan rata-rata ibu tersentuh selepas berkongsi momennya sedang mengemas pakaian puteri sulungnya, Fatima yang...

Read more
by Naddy Joe
August 18, 2025
Lokal

Ayda Jebat Terkejut Kos Sekolah Anak Semakin Mahal-“Kaya Orang Buat Sekolah..”

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas berkongsi pendapatnya mengenai kos persekolahan anak pada masa kini yang...

Read more
by Naddy Joe
October 13, 2025
Lokal

Watie Hanifiah Menggeletar Lihat Thalita Melecur Kerana Minyak Panas-“Mulut Dia Tak Henti Tanya…”

Isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah berkongsi keadaan anak tirinya, Thalita yang melecur pada bahagian mata, pipi dan pergelangan...

Read more
by Naddy Joe
August 8, 2025
Lokal

AC Mizal Dedah Kena ‘Ragging’, Kaki Dihiris Pisau Panas, Puting Kawan Hilang Digigit

Datuk AC Mizal mengimbas kembali pengalaman pahitnya ketika menuntut di sebuah pusat pengajian tentera, mendedahkan bagaimana budaya ‘ragging’ atau orientasi...

Read more
by Puteri Alia
August 14, 2025
Lokal

Ibu Anna Jobling ‘Sekolahkan’ Netizen Gelarnya Sebagai Bab*!

kemelut antara pelakon jelita, Anna Jobling bersama ibu kandungnya, Ariz Arop masih menjadi bualan netizen selepas tular video Ariz yang...

Read more
by Naddy Joe
August 19, 2025
Lokal

Dikenenkan Dengan Fazura, Hisyam Hamid Akui Anak Sendiri Larang Kahwin Lagi

Dipuji oleh aktres jelita Fazura menerusi siaran langsung di TikTok, pelakon Hisyam Hamid tidak cepat melatah atau menyimpan sebarang sangkaan...

Read more
by Puteri Alia
July 23, 2025
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tetap Setia Walau Terluka”- Tak Lagi Ikuti Suami Di IG, Luahan Uqasha Senrose Cetus Tanda Tanya

  2. 2

    Sarah Yasmine Beri Nasihat Buat Anak Aaron Aziz: “Jangan Biarkan Perempuan yang Otaknya ‘Glitch’ Ganggu Tenaga Kamu!”

  3. 3

    “Wayang” Konon! Individu Pertikai Misi GSF Dikecam, Aqasha ‘Sound’ Pedas: “Cakap Pandai, Usaha Tak Ada!”

  4. 4

    [VIDEO] Fatima Dah Tak Sabar Nak Menari, Gelagat Comelnya Buat Ramai Cair!

  5. 5

    Jebat Jayden “Bantai” Ayah Sendiri? Aksi Tinju Anak Sharnaaz Ahmad Curi Tumpuan Jojo!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem