Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

“Arwah Minta Urut Tangan”- Pembantu Peribadi Kongsi Detik Terakhir Nassier Wahab Sebelum Meninggal

by Khai Azfar
December 5, 2019
16
KONGSIAN
Share on Facebook

Industri hiburan dikejutkan dengan pemergian Dato Nassier Wahab yang menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.45 tengah malam tadi.

Industri Terkejut Dengan Pemergian Allahyarham

Berita tersebut yang mulai tular di media sosial selepas dikongsi oleh rakan-rakan artis dan pembantu peribadinya, Aliff Salim. Khabar berita tersebut ternyata mengejutkan seluruh penggiat industri dan peminat-peminat. Terdahulu, umum sedia maklum bahawa pelantun Memori Cinta Luka itu menghidapi barah gusi sejak kira-kira lima tahun yang lalu.

Muntah Darah Sebelum Meninggal 

Menerusi perkongsian laporan media tempatan, pembantu peribadinya turut terkejut dengan pemergian Allahyarham selepas secara tiba-tiba muntah darah pada jam 12.30 tengah malam tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya.

Aliff memberitahu sebelum Nassier menghembuskan nafasnya terakhir, Allahyarham sedang berehat dan memintanya untuk mengurut tangan dan belakang namun tidak lama kemudian dia telah muntah darah yang banyak sebelum dia dan isteri Allahyarham, Datin Fatimah Abd Rauf meminta bantuan doktor.

“Doktor meminta arwah menjalani rawatan menambah darah semalam (kelmarin) kerana beliau tampak terlalu pucat. Jika diikutkan, tiada apa-apa rawatan pada hari ini (semalam). Ketika sedang berehat tadi (malam tadi), arwah meminta saya mengurut tangan dan belakang badan, tetapi tiba-tiba, dia muntah darah yang banyak.

“Saya dan isteri arwah yang berada di sisinya terus meminta bantuan doktor. Tiba-tiba sahaja semuanya berlaku. Pada jam 12.45 tengah malam, doktor mengesahkan abang Nassier sudah tiada,”

Dikebumikan Pagi Ini 

Pada Julai yang lalu, Allahyarham telah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kiri dan disusuli rawatan lanjutan seperti radioterapi dan kimoterapi. Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kediamannya di Bandar Bukit Raja, Selangor, pagi ini untuk urusan pengebumian.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kediamannya di Bandar Bukit Raja, Selangor dan akan dimandikan di Masjid Batu Belah Klang sekitar jam 8.30 pagi dan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Belah Klang kira-kira jam 9.30 pagi ke 10.00 pagi hari ini. Sebagai info, Nassier menduduki tempat keempat dalam Gegar Vaganza musim kedua dan meninggalkan isteri, dan seorang anak, Intan Najihah. Al-Fatihah.

dato nassier wahabnassier wahab meninggal dunia
https://lomp.at/5scx1
Share14Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @hajiwon1023 (IG)
Korea

Semakin Kurus ‘Melidi’, Penampilan Baru Aktres Ha Ji Won Buat Peminat Bimbang

by Nurul A.
March 13, 2026

Aktres Korea Selatan, Ha Ji Won telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminatnya selepas melihat penampilan terbarunya. Semasa mempromosikan drama terbarunya...

Read moreDetails
Berita

Marshall Hidupkan Suasana Dengan Bromley 450

by Naddy Joe
April 11, 2026

Marshall memperluaskan rangkaian speaker parti dengan pelancaran Bromley 450. Mewarisi rekaan ikonik Marshall seperti model lebih besar, Bromley 750, speaker...

Read moreDetails
Foto - @jefrinichol (Threads)
Indonesia

Jefri Nichol ‘Belanja’ Foto Siluet Di Pantai, Tapi Komen ‘Kelate’ Buat Netizen Terhibur!

by Nurul A.
April 2, 2026

Perkongsian terbaru pelakon Indonesia, Jefri Nichol kembali mencuri perhatian ramai. Kali ini Jefri dilihat memuat naik beberapa keping gambar bersileut...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Mekyun Perjelas Sebab Dia & Keluarga Tidak Lafaz Doa Di Bulan Ramadan

by Naddy Joe
February 26, 2026

Pempengaruh media sosial, Mekyunn tampil memberi respon terhadap salah seorang netizen yang mempersoalkan dia dan keluarga yang tidak melafazkan Bismillah...

Read moreDetails
Foto - @tareqfit91 (IG) / @w4w4_zainal (IG)
Lokal

Tareq Fit Tegur Aeril Zafrel- “Jangan Jadi Dayus, Tak Rasa Cemburu Ke?”

by Nurul A.
March 31, 2026

Kali ini pempengaruh kecergasan, Tareq Fit kembali mencuri perhatian apabila membuat hantaran berbentuk teguran kepada pelakon dan usahawan Aeril Zafrel....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  2. 2

    RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

  3. 3

    Aliff Syukri Dedah Pekerja Curi Wang Syarikat RM15K?-“Patut Tak Saya Spill Muka Dia..”

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara