• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Peminat Terkejut Hairul Azreen Pandai Menyanyi!

by Khai Azfar
October 21, 2020
Share on Facebook

Minggu kelima The Masked Singer Malaysia yang berlangsung pada Jumaat lalu ternyata menggamatkan suasana apabila identiti si ayam jantan menepati tekaan para juri bahawa figura tersebut adalah pelakon popular, Hairul Azreen.

Janna Nick Teka Dengan Tepat

Menariknya lagi, Janna Nick yang merupakan juri jemputan menggantikan Ella pada minggu itu juga dapat meneka identitinya dengan tepat, kerana pernah berkerjasama dengan bintang filem Paskal itu. Hairul ternyata telah ‘kantoi’ apabila sering melakukan ‘signature pose’ yang dapat dikesan pihak juri.

Hairul menyatakan dia tidak menyangka kostum yang dipakainya itu boleh menjadi kesukaan ramai terutamanya kanak-kanak malah suami kepada pelakon dan pengacara Hanis Zalikha ini juga menerima sekiranya nama Ayam Jantan melekat sebagai panggilan.

“Penat saya naikkan nama Jerung Paskal. Tapi sekarang Ayam Jantan yang melekat. Tapi okay la saya takda masalah pun,” katanya.

Peminat Terkejut

Dalam pada itu, rata-rata peminat meluahkan rasa terkejut apabila tidak menyangka bahawa pelakon yang sinonim dengan filem aksi itu sebenarnya mempunyai bakat dalam bidang nyanyian.Sebagai kenangan, Hairul turut berkongsi video nyanyiannya di laman Instagram.

View this post on Instagram

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen)

Dengan markah terendah sebanyak 72%, Hairul Azreen yang mempersembahkan lagu Cinta Dewa Dewi (nyanyian asal kumpulan Spider) tersingkir dari program nyanyian anjuran Astro Warna itu dan mendedahkan identitinya kepada para juri dan penonton.

Kini, tinggal 7 sahaja lagi selebriti di sebalik topeng – Orang Utan, Rajah Brooke, Wau, Enggang, Reno, Rafflesia dan Bunga Raya yang akan berentap demi gelaran juara pertama The Masked Singer Malaysia.

Hairul AzreenHairul Azreen The Masked SIngerthe masked singer
https://lomp.at/r7zfk
Share3Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Musik

Kumpulan Baharu Inferno3 Muncul Dengan Single Debut Berjudul ‘Money

by Phic ARMAN
January 25, 2026

Industri muzik tempatan makin meriah dengan kehadiran Inferno3, trio remaja berbakat terdiri daripada Hannis (15), Hannah (17) dan Eva (17)....

Read moreDetails
Musik

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bayangkan anda tiba di MITEC, Kuala Lumpur hujung minggu ini. Suasana terus hidup dengan bunyi muzik, lampu warna-warni dan orang...

Read moreDetails
Musik

‘Mungkin Ada Ramai Yang Pendam Perasaan’- Ella Ajak Healing?

by Phic ARMAN
January 18, 2026

Stadium Merdeka bakal berubah menjadi ‘ruang penyembuhan’ terbesar di Kuala Lumpur pada 24 Januari 2026 apabila Healing Nite 2026 berlangsung...

Read moreDetails
Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Musik

Hip Hop Tamizha Gegarkan Stadium Merdeka Dengan Pertunjukan Drone Mega

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Selepas kejayaan besar konsert U1 sebelum ini, Don’t Run Away Asia (DRA) sekali lagi membuktikan kemampuan mereka sebagai penganjur konsert...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  3. 3

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  4. 4

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

  5. 5

    Fenomena ‘Reseller’ Di Kedai Barangan Terpakai Cetus Rasa Tidak Selesa Pengunjung

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore