• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Selera

Penat Masak? Ini Cadangan 7 Sajian Yang Boleh Dihantar Terus Ke Rumah Anda

by Aphit J.
March 28, 2020
Share on Facebook

Dalam situasi COVID-19 yang agak mencabar sekarang ini, perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ditetapkan oleh kerajaan wajib dipatuhi oleh semua rakyat Malaysia. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di rumah ketika tempoh PKP ini dan salah satunya adalah memasak.

Sekiranya anda ingin berehat seketika daripada memasak, halaman Have Halal Will Travel ada menyenaraikan beberapa pilihan makanan yang masih beroperasi dan yang menariknya makanan ini akan dihantar terus ke hadapan pintu rumah anda.

Nando’s

via Order Online

Agak sedikit restoran di Kuala Lumpur yang menyajikan makanan ayam peri-peri dan salah satu yang terbaik adalah Nando’s. Nando’s yang khusus dalam masakan Portugis akan menyajikan kepada anda pelbagai pilihan ayam peri-peri (pilih tahap pedas dari biasa hingga extra hot), burger keju yang rangup dan juga roti Portugis.

Jika anda berhajat untuk seluruh keluarga di rumah, dapatkan set Jumbo yang dilengkapi dengan 2 ayam dan 5 hidangan sampingan yang cukup untuk 4-6 orang.

Alamat: Rujuk senarai cawangan Nando’s

Perkhidmatan Bawa Pulang: Tersedia di restoran terpilih (klik pautan untuk melihat senarai penuh)

Perkhidmatan Penghantaran: Melalui Grab Food dan Food Panda

McDonalds

via Business Insider

Mulakan sarapan anda dengan sausage egg McMuffin, big breakfast dan hotcakes. Jangan lupa untuk makan tengahari dan makan malam anda. McDonalds ada menyediakan pelbagai pilihan burger dan ayam goreng yang sedang menjadi kegilaan orang ramai.

Alamat: Rujuk senarai cawangan McDonalds

Perkhidmatan Bawa Pulang: Tersedia di semua restoran yang beroperasi

Perkhidmatan Penghantaran: Melalui McDelivery, Grab Food dan Food Panda

KFC

via Prime News

Ayam goreng rangup KFC tidak dapat dinafikan lagi kesedapanya sehingga menjilat jari. Ia juga cara yang cepat dan mudah untuk memastikan keluarga anda kenyang dengan membeli bucket ayam goreng KFC. KFC juga ada menyediakan menu lain seperti burger Zinger, popcorn ayam, nugget dan kentang goreng keju.

Alamat: Rujuk senarai cawangan KFC

Perkhidmatan Bawa Pulang: Tersedia di semua restoran yang beroperasi

Perkhidmatan Penghantaran: Melalui KFC Delivery, Grab Food dan Food Panda

A&W

via Narcity

Satu lagi cara yang akan membawa ke nostalgia ketika kecil adalah makan dari A & W. Anda mungkin tidak dapat menikmati root beer float sekiranya melalui perkhidmatan penghantaran, tetapi mereka akan memberikan sebotol root beer bersama dengan kentang, burger Mozza dan chicken coney. A&W juga menyajikan sandwic ayam dan ikan serta ayam Golden Aroma yang sesuai untuk anak-anak.

Alamat: Rujuk senarai cawangan A&W

Perkhidmatan Bawa Pulang: Tersedia di restoran terpilih (klik pautan untuk melihat senarai penuh)

Perkhidmatan Penghantaran: Melalui Grab Food dan Food Panda

Domino’s Pizza

via Vida Magazine

Domino’s Pizza merupakan kegemaran sepanjang masa untuk dimakan samada ketika siang dan makan malam bersama keluarga. Cepat dan mudah, anda boleh menikmati pelbagai jenis piza dari Ultimate Hawaiian hingga Meat Mania. Sebagai pencuci mulut, jangan lupa Banana Kaya yang memberikan keunikan apabila hirisan pisang dipanggang bersama kaya pandan.

Alamat: Rujuk senarai cawangan Domino’s Pizza

Perkhidmatan Bawa Pulang: Tersedia di semua restoran yang beroperasi

Perkhidmatan Penghantaran: Tersedia di semua restoran yang beroperasi

Pizza Hut

via Pizza Hut

Pizza Hut pasti membawakan kegembiraan kepada keluarga anda. Pilihan piza yang hangat dan sedap seperti Hawaiian Supreme, Chicken Pepperoni, dan Super Supreme sudah cukup membuatkan anda kenyang. Anda juga boleh mendapatkan makanan sampingan yang lazat seperti drumet panggang, onion ring, roti bawang putih dan sup cendawan.

Alamat: Rujuk senarai cawangan Pizza Hut

Perkhidmatan Bawa Pulang: Tersedia di semua restoran yang beroperasi

Perkhidmatan Penghantaran: Tersedia di Pizza Hut Delivery

Texas Chicken

via Grab

Seperti namanya, Texas Chicken mengkhususkan ayam goreng sebagai menu utama. Sesuai untuk kanak-kanak, mereka boleh menikmati tender chicken dan nuggets. Ayam goreng klasik  dan beberapa olahan sepeti Tender Wrap, Mexicana Wrap, Spicy Tex Supreme burger dan banyak lagi. Jangan terlupa dengan makanan tambahan seperti biskut mentega madu yang terkenal, Jalapeno bombers dan kentang putar.

Alamat: Rujuk senarai cawangan Texas Chicken

Perkhidmatan Bawa Pulang: Tersedia di semua restoran yang beroperasi

Perkhidmatan Penghantaran: Melalui Grab Food dan Food Panda

Menarik bukan? Selepas ini tidak ada lagi masalah bosan dengan menu yang sama. Untuk golongan suami, boleh mencuba makanan di atas bagi meringankan beban isteri.

cara masak mudahfast foodfood deliverytip masak mudah
https://lomp.at/7fuiz
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - Lubok Resepi (FB)
Selera

Tak Lengkap Bulan Ramadan Tanpa Bubur Lambuk- Ini Resepi Paling Senang & Sedap!

by Nurul A.
February 15, 2026

Jujur MURAI beritahu, memang tak lengkap bulan Ramadan jika tiada menu bubur lambuk. Menu ini boleh dikatakan hampir setiap hari...

Read moreDetails
LifeXplore

Ramadan 2026: Kambing Golek di Alamanda Putrajaya Dijangka Jadi Rebutan Ramai

by Phic ARMAN
January 7, 2026

Setiap kali Ramadan menjelang, ada satu perkara yang sering menjadi buah mulut. Makanan yang buat orang sanggup datang awal, beratur...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Wow, Sedapnya! Kenali 3 Kuih Tradisional Terengganu Yang Hampir Pupus

by Farah Fatihah
January 5, 2026

Siapa je tak kenal kuih tradisional Terengganu, sedap kan? Dari Che Abbas Demam sampai Bantal Buruk, setiap kuih ada cerita...

Read moreDetails
Foto - NakNak
Selera

Makan Tanpa Waswas, NakNak Kini Disahkan Halal!

by Nurul A.
February 15, 2026

Berita baik untuk peminat NakNak! Peminat NakNak kini mempunyai lebih banyak sebab untuk bergembira apabila restoran servis pantas (QSR) berinspirasikan...

Read moreDetails
LifeXplore

Rahsia Lidah Bakar Di Sebalik 100 Sajian Bufet Eksklusif Putrajaya Marriott Hotel

by Phic ARMAN
January 14, 2026

Baru-baru ini, MURAI berkesempatan menghadiri sesi preview bufet Ramadan di Putrajaya Marriott Hotel, dan jujurnya... pengalaman kali ini memang lain...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  3. 3

    [VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Terharu!

  4. 4

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

  5. 5

    [VIDEO] “Cantiknya Anak Awie”- Wajah Arni Nazira Zaman Muda Kembali Jadi Sebutan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore