Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update #ApaPlan

Pengalaman 5 Hari Di Macao Mesra Muslim Yang Mengagumkan

by Jash Lee
June 7, 2025
23
KONGSIAN
Share on Facebook

Pertama sekali Murai Malaysia ingin mengucapkan terima kasih kepada AirAsia dan Macao Government Tourism Office (MGTO) atas tajaan penuh dalam Trip Muslim Friendly yang meliputi penerbangan, pengangkutan, penginapan, makanan, dan kemudahan lain. Pengalaman lima hari di Macao adalah perjalanan yang penuh warna aktiviti, menggabungkan warisan budaya, keindahan semula jadi, dan kemewahan moden.

Hari 1  (14 Mei – Rabu)

Perjalanan bermula dengan penerbangan Air Asia AK188 dari Kuala Lumpur pada jam 10 pagi, tiba di Macao pada 2:05 petang. Selepas check-in di Studio City Hotel, kunjungan pertama kami adalah ke Macao Science Centre untuk melihat pameran interaktifnya. Kemudian kami ke Poly Museum di MGM Macao. Malam itu, kami makan malam di Rossio MGM dengan menu halal yang menawarkan cita rasa tempatan yang autentik, diikuti rehat selepas perjalanan panjang.

Hari 2  (15 Mei – Khamis)

Hari dimulakan dengan sarapan di hotel, diikuti perjalanan ke Barra dengan menaiki Light Transit Railway selama lebih kurang 30 minit dan selepas dari itu kami ke handcraft workshop untuk membuat cenderamata berbentuk tart telur untuk dibawa pulang ke Malaysia. Seterusnya kunjungan ke Macao Tower. Murai Malaysia menikmati pemandangan kota dari dek pemerhatian dan diikuti makan tengah hari di 360 cafe.

Petang kami pergi ke Macao Museum, Mount Fortress, Senado Square, MinM Plaza dan Ruins of St. Paul’s mempamerkan keindahan sejarah Macao. Aktiviti terakhir kami adalah menaiki Open Top Bus pada malam hari untuk melihat keindahan kota Macao yang amat bersinar sebelum menikmati makan malam halal di ZamZam Restaurant di Regency Art Hotel.

View this post on Instagram

A post shared by Fikry Muhaitson™ (@fimuuuuuuuuu)

Hari 3  (16 Mei – Jumaat)

Hari ini penuh dengan eksplorasi budaya. Kunjungan ke Taipa Grande Viewing Platform dan Cunha Food Street menawarkan pemandangan menakjubkan dan makanan jalanan. Puncaknya adalah melihat kehidupan panda di Macao Giant Panda Pavilion. Kami makan tengahari di Panorama, Grand Coloane Resort, Kemudian kami berkunjung ke Coloane Village, mencuba tart telur Stowe yang terkenal dan menaiki Cruise dari situ untuk ke Barra.

Perjalanan kami diteruskan untuk melihat bangunan lama yang masih kekal di Moorish Barracks Mandarin House, Lilau Square dan St.Augustine Square. Kemudian kami kembali ke Studio City Hotel untuk merasai permainan di Legend Heroes Park dan menaiki Golden Reel yang menjadi tumpuan utama di hotel tersebut.

Selepas menikmati makan malam Beijing Kitchen di Grand Hyatt Hotel, kami akhiri aktiviti harian dengan melihat persembahan The House of Dancing Water yang merupakan pertunjukkan air terbesar yang menggabungkan akrobatik, tarian dan efek khusus berbentuk teater.

View this post on Instagram

A post shared by Fikry Muhaitson™ (@fimuuuuuuuuu)

Hari 4  (17 Mei – Sabtu)

Hari bermula dengan lawatan ke satu-satunya Masjid dan perkuburan islam di Macao. Kemudian kami ke Three Lamps District dan Macao Grand Prix Museum, memberi gambaran tentang sejarah dan sejarah motorsport dimana mereka mengadakan aktiviti setiap tahun. Kami Makan tengah hari di Lou Lan Restaurant (halal tersertifikasi) diikuti pengalaman Go Kart yang mengujakan. Kami makan malam di MGM Cotai dan kemudian menikmati pertunjukkan 2049 show yang mengagumkan serta memukau kami dari segi keunikkan persembahan dan suara.

Hari 5  (18 Mei – Ahad)

Pada Hari terakhir selepas check out hotel, kami makan tengah hari di Vegetarian Farm Restaurant (halal tersertifikasi)dan meneruskan penerbangan balik pada 2:35 petang, tiba di Kuala Lumpur pada 6:30 petang dengan menaiki penerbangan Air Asia AK189. Pengalaman ini meninggalkan kenangan indah tentang keramahan Macao dan pengalaman yang pelbagai.

Jika anda mencari destinasi yang menggabungkan kemewahan, sejarah, dan keselesaan, Macau adalah pilihan yang tepat. Rancang perjalanan anda ke Macao sekarang dan rasai sendiri pengalaman yang pasti membuatkan anda jatuh cinta dengan kota ini.

AirAsia ‘Kunci’ Harga Rendah Musim Perayaan, Ini 3 Hal Yang Ramai Tak Perasan Tapi Penting
airasiaItinerary 5 Hari Di MacaoMacaoMacao Goverment Tourism OfficeMGTO
https://lomp.at/ex6rk
Share9Tweet6SendShare

KINI TRENDING

Jalan-Jalan

Vietjet Perkenal Diskaun Istimewa! Masa Terbaik Rakyat Malaysia ‘Lock’ Percutian 2026

by Phic ARMAN
January 27, 2026

Cuti panjang dan musim perayaan 2026 makin dekat,  memang waktu paling ideal untuk rakyat Malaysia mula ‘lock’ percutian. Lagi best,...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Kenapa Vietjet Air Dipilih Jadi Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia 2026?

by Phic ARMAN
March 24, 2026

Vietjet Air sekali lagi buat gegar dunia penerbangan bila dinobatkan sebagai World’s Best Ultra Low-Cost Carrier 2026 di Airline Excellence...

Read moreDetails
Destinasi

Buffet Ramadan Di LEGOLAND Hotel Hidang Lebih 200 Menu Pikat Seisi Keluarga

by Ayu Kamaruddin
January 29, 2026

Bila sebut buffet Ramadan, kebiasaannya orang akan cari yang lengkap, selesa dan sesuai untuk seisi keluarga. Menariknya tahun ini, LEGOLAND...

Read moreDetails
Hotel

Tak Payah Terbang! Rasa Yogyakarta Datang Terus Ke Penang Marriott Hotel

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Ada satu benda MURAI percaya… kalau bau rempah dah sampai dulu sebelum kita nampak makanan, confirm malam itu tak akan...

Read moreDetails
Foto - redBus
Destinasi

Hari Wanita Antarabangsa: 5 Idea Percutian Solo Untuk Kamu Yang Sukakan ‘Adventure’!

by Nurul A.
March 7, 2026

Perjalanan solo bagi wanita kini bukan sekadar hashtag menarik di Instagram, ia telah menjadi satu gerakan yang mencerminkan peralihan yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara