Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Pengarah Urusan Mydin Akui Lebih Puas Makan Di Restoran Biasa Dari Bufet Hotel 5 Bintang

by Puteri Alia
April 12, 2022
via (IG) Dato Wira Dr Haji Ameer Ali Mydin

via (IG) Dato Wira Dr Haji Ameer Ali Mydin

Share on Facebook

Satu perkongsian milik Pengarah Urusan Mydin, Dato Wira Dr Haji Ameer Ali Mydin di akaun Instagram beliau jadi tumpuan ramai di media sosial.

Lebih Puas Makan Secara Sederhana

Dalam muatnaik terkini Dato Ameer, beliau mengakui menikmati makanan secara ringkas dan bersederhana lebih nikmat daripada makan di bufet hotel lima bintang.

Pemilik gedung pasaraya Mydin ini mendedahkan, beliau tidak mengunjungi mana-mana bufet ramadhan pada tahun ini untuk berbuka puasa kerana merasakan ianya satu pembaziran.

Berdasarkan foto yang dikongsikan, beliau kelihatan tersenyum gembira menikmati sekeping roti tosai bersama aneka kuah dan secawan teh tarik kurang manis selepas solat terawih bersama isteri beliau malam semalam.

via (IG) Dato Wira Dr Haji Ameer Ali Mydin

“Selepas terawih, tosai gandum yang bagus dan secawan kurang kurang kurang manis teh tarik bersama pasangan saya. – Perkara ringkas dalam hidup sangat memuaskan – Menikmatinya lebih dari buka puasa bufet 5 bintang (satu pun tak pergi tahun ini, rasa membazir)” tulisnya

Netizen Puji Pemilik Mydin

Melihat perkongsian di Instagram pemilik gedung pasaraya terbesar di Malaysia ini, ramai pengguna media sosial memuji sikap bersederhana Dato Ameer makan di kedai makan biasa dan bersetuju dengan kapsyen yang ditulis beliau.

via (IG) Dato Wira Dr Haji Ameer Ali Mydin

“Tuhan berkati anda dan keluarga anda”

“Itulah kehidupan Dato’… Terbaik”

“Nikmat Dato”

“Menarik ni Datuk! Salam Ramadhan kepada anda dan keluarga Datuk”

“Yang ringkas sentiasa terbaik, bufet adalah membazir. Salam Ramadhan kepada anda dan keluarga” komen mereka

Amalan makan secara bersederhana dan berpada-pada itu lebih baik, betul tak? Apa pun terbaiklah Dato!

bufetDato Wira Dr Haji Ameer Ali Mydinrestoran
https://lomp.at/4vc84
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @iamellymazlein (IG)
Lokal

“Saya Terharu & Rasa Dihargai”- Gaya Tudung Dipuji, Elly Mazlein Tekad Jadi Muslimah Terbaik

by Nurul A.
January 23, 2026

Pelakon, pengacara dan penyanyi Elly Mazlein meluahkan rasa tersentuh dan terharu apabila mendedahkan dia telah menerima pujian daripada pendakwah Ustazah...

Read moreDetails
Foto - @mfmirafilzah (IG)
Lokal

Mira Filzah Ambil Tindakan Selepas Wajah Disalah Guna AI

by Nurul A.
January 16, 2026

Pelakon Mira Filzah mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan kandungan yang dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan...

Read moreDetails
Berita

Chef Wan Perjelas Isu Cuit Iddin Ramli Ketika Baca Doa Sebelum Azan Maghrib-“Saya Diberi Arahan Oleh Kru Produksi…”

by Naddy Joe
February 25, 2026

Chef selebriti, Datuk Chef Wan tampil memberikan penjelasan selepas tular video di media sosial yang memaparkan tindakannya mencuit pendakwah selebriti,...

Read moreDetails
Foto - @remyishak (Threads)
Lokal

Tuduh Sumber Rezeki Tak Halal, Remy Ishak Bidas Tareq Fit- “Sejarah Hitam Apa Hantui Hidup Anda?”

by Nurul A.
February 24, 2026

Kenyataan berbalas jurulatih kecergasan, Tareq Fit terhadap teguran pelakon Kamal Adli nampaknya telah mencuri perhatian orang ramai termasuklah pelakon senior...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Shahrol Shiro Tidak Tersalah Hantar Anak Ke Sekolah Lain, Namun Lain Pula Yang Jadi?

by Naddy Joe
January 12, 2026

Nama pelawak dan pelakon, Shahrol Shiro sebelum ini mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi pengalamannya yang secara tidak sengaja tersalah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  5. 5

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore