Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

Penggemar Sayur Kangkung? Ini 5 Khasiatnya Yang Mungkin Anda Tak Tahu

by Aphit J.
December 27, 2020
Share on Facebook

Sebut saja kangkung pasti ramai yang membayangkan kangkung goreng belacan, kangkung goreng ikan masin dan sebagainya. Kangkung merupakan makanan yang sering dihidangkan di meja makan rakyat Malaysia dan ini merupakan khasiat dan sebab kenapa anda perlu makan kangkung menurut Sonora.ID.

Mengatasi Rambut Gugur

via Skymet Whether

Sekiranya anda mengalami masalah keguguran rambut, cubalah menyelesaikannya dengan memakan kangkung. Selain mengatasi keguguran rambut, kangkung juga dapat meningkatkan kualiti dan volume rambut sehingga pertumbuhannya dapat dimaksimumkan.

Baik Untuk Kesihatan Mata

via Optometris Clinic

Dengan kandungan vitamin A, lutein dan karotenoid, kangkung berupaya untuk membantu dalam meningkatkan lagi kesihatan mata. Menurut Sonora.ID, glutathione yang terdapat pada kangkung berfungsi mencegah berlakunya katarak.

Mencegah Penuaan

via GQ

Terdapat pelbagai jenis nutrien seperti vitamin C, zat besi, dan kandungan vitamin A yang cukup tinggi dalam kangkung yang dapat membantu mencegah penuaan.

Antioksidan yang terkandung dalam kangkung juga berguna untuk melawan radikal bebas sekaligus mampu meningkatkan kekuatan kulit untuk menangani kesan cahaya matahari.

Melindungi Kesihatan Jantung

via Your Valley

Antioksidan yang terdapat dalam kangkung diperlukan oleh tubuh untuk mencegah kolesterol serta menghindari risiko strok, serangan jantung dan arteri tersumbat.

Selain itu, magnesium dalam kangkung juga berfungsi menurunkan tekanan darah agar kesihatan jantung dapat dijaga.

Meningkatkan Sistem Imunisasi

via PaTTan

Manfaat kangkung tidak hanya berguna untuk melindungi kesihatan jantung, tetapi juga menjaga sistem kekebalan tubuh. Menurut Sonora.ID, kangkung dapat membantu meningkatkan jumlah bahan toksik yang dibuang oleh tubuh badan.

Jadi bagi anda yang menolak pemakanan berunsurkan kangkung, mungkin patut cuba untuk mula memakannya. Ini kerana banyak khasiat yang terdapat pada kangkung itu sendiri.

kebaikan kangkungpetua masakantips kesihatan
https://lomp.at/p45g9
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Kesihatan

6 Jenis Buah-Buahan Pilihan MURAI, Bagus Untuk Kurangkan Dahaga Ketika Bulan Puasa!

by Nurul A.
March 4, 2026

Secara peribadi, MURAI rasakan masalah biasa yang ramai orang hadapi ketika bulan puasa adalah dehidrasi. Bayangkan lebih daripada 10 jam...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara