Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Insentif

Penjawat Awam Perlis Terima Bantuan Raya RM1,500, Akan Dikreditkan 13 Mac Ini

by Ayu Kamaruddin
March 11, 2026
24
KONGSIAN
Share on Facebook

Berita baik buat penjawat awam di negeri Perlis, kerajaan negeri mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2026 sebanyak RM1,500 secara one-off.

Bantuan khas ini diberikan kepada semua penjawat awam negeri Perlis termasuk yang berstatus lantikan tetap, kontrak, sementara serta pekerja MySTEP.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah yang memaklumkan bahawa bayaran bantuan itu akan disalurkan pada 13 Mac ini.

Menurut beliau, pemberian bantuan khas ini bertujuan menghargai jasa serta komitmen penjawat awam negeri yang sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Selain itu, sumbangan ini juga diharap dapat menyuntik semangat dan meningkatkan prestasi kerja seluruh penjawat awam negeri Perlis untuk terus memberikan khidmat bakti terbaik kepada rakyat,” katanya.

Dalam masa sama, bantuan ini juga diharap dapat membantu meringankan sedikit beban kewangan penjawat awam terutama dalam membuat persiapan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

“Saya berharap, dengan sumbangan ini, ia sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban perbelanjaan penjawat awam kita dalam membuat persiapan meraikan Aidilfitri yang bakal tiba” katanya.

Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri yang berlangsung di Perlis.

Hargai Jasa Penjawat Awam

Menurut Abu Bakar Hamzah, kerajaan negeri sentiasa menghargai peranan penting penjawat awam dalam memastikan pentadbiran negeri berjalan dengan lancar.

Topik Berkaitan “Gelap Gelita, Bintang Jelas Terang"- Padang Terap Perlis Rupanya Syurga Stargazing Asia

Selain membantu dari segi kewangan, kerajaan negeri juga berharap insentif ini dapat menyuntik semangat kepada penjawat awam untuk terus meningkatkan prestasi kerja serta memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

View this post on Instagram

Bukti Keprihatinan Kerajaan Negeri

Pada masa sama, inisiatif pemberian bantuan khas ini turut mencerminkan keprihatinan kerajaan negeri terhadap kebajikan penjawat awam.

Langkah ini dilihat sebagai usaha untuk memastikan kesejahteraan warga kerja kerajaan negeri sentiasa terjaga, terutama ketika kos sara hidup yang semakin meningkat ketika ini.

Dengan adanya bantuan khas ini, sekurang-kurangnya dapat membantu penjawat awam membuat sedikit persiapan raya seperti membeli keperluan keluarga, pakaian raya atau persiapan pulang ke kampung.

Bagi Murai, bantuan seperti ini sememangnya amat dinantikan setiap kali menjelang Aidilfitri. Walaupun hanya diberikan sekali sahaja, sekurang-kurangnya ia mampu memberikan kelegaan kepada penjawat awam dalam menguruskan perbelanjaan menjelang musim perayaan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2026perlis
Share10Tweet6SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Cari Kerja Sambil Berhibur? Khai Bahar Bakal Gegarkan Kuantan & Lebih 500 Peluang Kerja Menanti

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Kalau anda ingat Karnival Kerjaya cuma tempat berjalan dari satu booth ke satu booth sambil pegang resume, kali ini lain...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  2. 2

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  3. 3

    [REVIEW] Kudrat 1968: High Council, Ada Beberapa Perkara Yang Kurang Kena

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara