• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight

Penyampai Radio DJ Sonic Dedah Sikap Sebenar Fazura Yang Ramai Tak Tahu

by Phic ARMAN
September 27, 2019
Kredit Foto: DJ Sonic

Kredit Foto: DJ Sonic

Share on Facebook

Nur Fazura Sharifuddin, atau lebih dikenali dengan nama Fazura sememangnya salah satu selebriti di Malaysia yang mempunyai berjuta pengikut di Instagram. Kelab peminat Fazura bersama suaminya pelakon Fattah Amin juga tidak kurang hebatnya. Ini telah dibuktikan apabila pasangan ini berjaya meraih Anugerah Couple Meletop 2019 kerana mendapat jumlah undian yang tinggi dari peminatnya.

Dimata peminat mereka mungkin antara individu yang disanjungi, jika di mata ‘haters’ mereka saja lah yang buruk dan semua tak kena. Namun bukan semua orang yang tahu sikap sebenar mereka di belakang tabir, kecuali ahli keluarga, rakan rapat dan pengurus peribadi.

Kredit Foto: DJ Sonic

Baru-baru ini, perkongsian oleh penyampai radio NASIONALfm, DJ Sonic tentang Fazura mendapat perhatian ramai. Menerusi instagram peribadinya DJ Sonic, beliau sekali lagi  berkesempatan menjadi juruacara untuk majlis yang dibuat oleh Fazura.

Kali ini Fazura telah mengadakan majlis kesyukuran dan doa selamat bersama anak-anak yatim di Royale Palace, Shah Alam bersempena hari kelahiran Fazura.

Sepanjang perkenalannya dengan Fazura, DJ Sonic sudah ‘masak’ dengan sikap aktres popular ini dalam memastikan majlisnya berjalan lancar. DJ Sonic mendedahkan bahawa Fazura tidak akan duduk diam sejak dari sebelum majlis berlangsung sehinggalah ia selesai.

“Nahh..siapa tak kenal Fazura! Inilah kisahnya!!! Bukan Sekali atau 2 kali saya jadi pengacara untuk program Fazura. Tapi banyak kali juga. Ramai tak tahu! Orang ingat Fazura akan datang ,duduk, makan dan balik. Tidak ya! Fazura lain sedikit. Fazura akan buat semuanya. Dia akan buat sendiri. Dia akan betulkan meja, pinggan, aturcara program, hiasan deko, pendek katakalau dia tengok bunga tu jatuh di lantai, sedaya upaya dia akan buat balik.  Tadi ulang alik Fazura masuk keluar dewan tau, untuk pastikan segalanya terbaik dan lancar. Sebab itu Fazura sentiasa menjadi kesayangan semua orang. layan peminat macam kawan kawan. Kalian tengok sendiri dalam video.” tulisnya di Instagram.

View this post on Instagram

A post shared by Dj Sonic Hussien (@djsonichussien)

Di Instagram DJ Sonic juga, kita dapat lihat kemesraan antara Fazura dan Fattah yang begitu mesra bersama tetamu dan anak-anak yatim. Dalam video itu juga, Fazura terlihat tidak menahan sebak selepas Fattah memberi ucapan selamat hari lahir kepada isterinya yang tercinta.

View this post on Instagram

A post shared by Dj Sonic Hussien (@djsonichussien)

Dalam sisi lain, DJ Sonic turut mengucapkan terima kasih kepada Fazura kerana banyak membantu kerjaya seni dirinya. Sebelum ini DJ Sionic pernah menjadi juruacara majlis kepada majlis pertunangan Fatah dan Fazura, dan seterusnya mengacara majlis pernikahan mereka.

https://lomp.at/7zy1v
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @khairulaming (IG)
Lokal

Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

by Nurul A.
February 6, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas menolak cadangan sesetengah pengguna media sosial di platform Threads....

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Musik

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bayangkan anda tiba di MITEC, Kuala Lumpur hujung minggu ini. Suasana terus hidup dengan bunyi muzik, lampu warna-warni dan orang...

Read moreDetails
Berita

Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sweet Qismina tampil menegaskan bahawa dia enggan untuk masuk campur mengenai isu yang melibatkan pelakon, Puteri Balqis dan juga...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  3. 3

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  4. 4

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  5. 5

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore