Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Penyanyi Lelaki Cuba Ugut Rakan Untuk Raih Populariti

by Khai Azfar
July 11, 2018
Share on Facebook

Namanya jika disebut mungkin perlu dibuat rujukan kerana popularitinya kini tidaklah sepopular Haqiem Rusli mahupun Anuar Zain. Namun begitu, penyanyi kelahiran Muar, Johor ini yang turut meraih sebuah anugerah dari Singapura punyai kisahnya tersendiri.

Ugut Rakan Untuk Raih Populariti

Semuanya telah dibongkar oleh mangsa yang juga rakannnya sendiri pada murai.my. Menurut rakannya itu yang bekerja di salah sebuah sektor pelancongan pada mulanya menawarkan penyanyi tersebut untuk menjadi duta kepada syarikat mereka. Dimana salah satu manfaatnya dia dapat melancong bersama peminat-peminatnya secara percuma sekiranya pakej yang dijual pada peminat mereka mendapat sambutan yang mengalakkan.

Antara kandungan mesej yang telah dilanjutkan pada murai.my

Namun begitu, berlainan pula yang terjadi kerana merasai popularitinya tidaklah se’gah’ dahulu dan pakej yang dijual kemungkinan besar tidak mendapat sambutan, maka dia menggunakan jalan pendekatan dengan mengugut rakannya itu untuk turut mempromosikan pakej berkenaan.

Sekiranya dia tidak dapat melancong bersama peminatnya, penyanyi itu sama sekali tekad untuk menyerang rakannya itu di pejabatnya dan akan membongkar perkara-perkara yang berbangkit dimana menurut rakannya itu sama sekali tidak benar.

Terdesak Nak Popular

Pelbagai kisah yang kurang enak untuk didengari telah diceritakan oleh rakannya itu. Ini termasuklah merayu kepada orang lain untuk menjaga anaknya yang sakit hanya kerana ingin menghadiri sebuah acara yang tidak berapa penting, meminta rakannya itu untuk mempersembahkan montaj mengenai dirinya pada pensyarahnya ketika masih belajar dan banyak lagi. Semuanya hanya kerana ingin popular.

murai.my difahamkan rakannya itu telah pun membuat laporan polis berkenaaan kejadian ugut berkenaan. Sayang kerana mempunyai rupa paras yang kacak tetapi perangainya pula sedikit sebanyak menjatuhkan imej tersebut!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
penyanyi lelaki
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  4. 4

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara