Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Penyanyi Popular Mahu Karya Dari Aliff Iskandar!

by Khai Azfar
February 5, 2021
Share on Facebook

Pendatang baharu dalam industri, Aliff Iskandar meluahkan rasa syukur apabila single pertamanya berjudul Perit semakin popular sejak dilancarkan tiga bulan yang lalu.

Jadi Runut Kepada 4 Buah Drama 

Bukan hanya satu, malah lagu ini telah diperdengarkan sebagai runut kepada empat buah drama terbaru seperti drama Perempuan Tanpa Dosa,Angkara Cinta, Bouganvilla dan terbaru, Rahimah Tanpa Rahim.

“Terima kasih sebab memberikan sokongan kepada lagu ini. Saya tak sangka, sejak dilancarkan tiga bulan yang lalu, Perit benar-benar diterima baik daripada peminat. Orang pun makin kenal dengan lagu ini,” kata Aliff dalam kenyataan kepada Murai.my

Menariknya lagu tersebut mendapat sambutan apabila dijadikan ‘lagu tema’ bagi mereka yang putus cinta, dicurangi dan berhadapan dengan apa sahaja masalah perhubungan.

“Apabila lirik tersebut dekat dengan pendengar, mereka mudah menerimanya. Ada yang bagaikan pernah berhadapan dengan situasi tersebut dan tak kurang juga yang meninggalkan pelbagai komen tentang pengalaman mereka dalam video muzik berkenaan.

“Saya baca setiap komen yang mereka titipkan. Macam-macam kisah dan pengalaman dikongsikan. Mana yang tragis tu, saya bersimpati sangat-sangat,” tambahnya lagi.

Artis Popular Mahu Karya Dari Aliff

Terbaru, Aliff berkongsi khabar beberapa pihak yang percaya kepada bakat penciptaan lagunya meluahkan hasrat untuk turut bekerjasama serta mendapatkan karya terbarunya itu.Difahamkan,semua itu berlaku apabila dia mula menyanyikan lagunya ketika bersiaran secara langsung menerusi Instagram miliknya baru-baru ini.

“Memang ada beberapa pihak yang sudah menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan saya termasuklah mengasilkan runut bunyi dan sebagainya. Sudah pasti sebagai seorang pencipta baharu, saya amat hargainya.

“Bila ada yang percaya kepada hasil karya saya, tiada apa kata-kata yang dapat menggambarkan perasaan ini. Semoga apa yang dirancang akan tertunai sedikit masa lagi,” kata bakal guru yang kini sedang menuntut di Institut Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur ini lagi.

Menariknya bukan sahaja beberapa syarikat produksi menyatakan hasrat untuk bekerjasama tetapi juga beberapa artis popular turut menyatakan minat mendapatkan karya baru Aliff.

“Setakat ini semuanya masih dalam perancangan. Andai kata semuanya berjalan lancer seperti yang dirancang, saya akan kongsikan kepada semua,” kata penyanyi yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan ini

Sekadar info, Micheal Ang dan Indigital Music telah membuat pencarian bakat baharu untuk menyanyikan runut bunyi bagi drama Perempuan Tanpa Dosa. Daripada ratusan penyertaan, Aliff berjaya mengenepikan peserta lain seterusnya merakamkan lagu berkenaan.

Aliff Iskandar
https://lomp.at/b4tk5
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Dua Legasi, Satu Rantaian Kasih HABIB & Datuk Sri Siti Nurhaliza

by Naddy Joe
March 1, 2026

HABIB, jenama barangan kemas yang telah menjadi sebahagian daripada detik bermakna rakyat Malaysia sejak lebih enam dekad, dengan bangganya menampilkan...

Read moreDetails
Foto - @syed.jeev (FB)
Lokal

Kejutan Untuk Isteri, Prince Syed Tarik Balik Laporan Polis Terhadap Mentua

by Nurul A.
March 17, 2026

Usahawan dan pempengaruh sensasi, Prince Syed telah mengejutkan orang ramai apabila dia mendedahkan telah menarik semula laporan polis yang pernah...

Read moreDetails
Foto - @hrisbismail (IG)
Lokal

PU Riz Balas Kritikan Tak Beri Teguran Pada Keluarga- “Simpan Kurang Cerdik Pada Diri Sendiri”

by Nurul A.
February 11, 2026

Pendakwah bebas, PU Riz tampil memberi penjelasan susulan kritikan orang ramai yang mendakwa dirinya tidak lantang memberi teguran kepada ahli...

Read moreDetails
Berita

Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sweet Qismina tampil menegaskan bahawa dia enggan untuk masuk campur mengenai isu yang melibatkan pelakon, Puteri Balqis dan juga...

Read moreDetails
Foto - @khairulaming (IG)
Lokal

Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

by Nurul A.
February 6, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas menolak cadangan sesetengah pengguna media sosial di platform Threads....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara