• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Penyanyi Soma Hadir Dengan Lagu & MV Raya – “Aku Tetap Raya”

by Aphit J.
March 9, 2025
Share on Facebook

Penyanyi baharu tanah air, namun penuh berpengalaman, Soma atau nama aslinya Rosmah S. Sengari @ Basar, mengadakan majlis berbuka puasa “Iftar Media Gathering” di Hotel Concorde, Kuala Lumpur.

Ini sebagai tanda penghargaan kepada rakan-rakan media atas sokongan berterusan mereka terhadap perjalanan seninya.

Pelancaran MV Terbaru

via JoePrc International

Acara ini bukan hanya menjadi medan untuk mengeratkan hubungan silaturahim, tetapi juga menyaksikan pelancaran rasmi lagu Raya terbaharu Soma, “Aku Tetap Raya,” serta video muzik (MV) rasmi lagu tersebut.

Lagu “Aku Tetap Raya” merupakan hasil ciptaan Belle Fattah, Adinda Amiro, dan Soma sendiri.

Sarat dengan mesej kegembiraan dan kehangatan Syawal, lagu ini menampilkan melodi ceria dan lirik yang menggambarkan kemeriahan Aidilfitri.

Penampilan Khas Khadijah Ibrahim

via JoePrc International

Soma berharap lagu ini dapat memberikan keceriaan dan menjadi pilihan utama peminat sepanjang musim perayaan.

MV rasmi “Aku Tetap Raya” turut menampilkan penampilan khas penyanyi legenda tanah air, Datuk Khadijah Ibrahim, yang menjadi idola serta sumber inspirasi buat Soma dalam dunia seni.

Selain itu, model terkenal Malaysia, Zahnita, turut memeriahkan MV ini, menambah nilai artistik kepada karya tersebut.

Boleh Mula Ditonton Pada 14 Mac 2025

via JoePrc International

Acara Iftar Media Gathering ini memberi peluang kepada Soma untuk berjumpa dan berbuka puasa bersama rakan-rakan media yang telah banyak menyokong kariernya.

Soma juga mengucapkan terima kasih di atas sokongan mereka, terutama selepas pelancaran album pertama beliau, Perjalanan.

Lagu “Aku Tetap Raya” kini boleh didengarkan di semua platform penstriman digital utama seperti Spotify, Joox, Apple Music, dan YouTube Music bermula 14 Mac ini.

Jangan lupa menonton MV rasmi lagu ini yang turut dilancarkan!

Khadijah IbrahimRosmah S. Sengari @ BasarSoma
https://lomp.at/sjb8c
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Lokarya Perkenal Semula ‘Deruan’

by Naddy Joe
November 25, 2025

Selepas dua tahun menyepi demi membina asas artistik yang lebih kukuh, band indie Malaysia Lokarya kembali ke pentas arus perdana...

Read more
Screenshot
Lokal

[VIDEO] Thalita Kongsi Momen Kemenangan Talk To My Manager, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!

Umum mengetahui, anak kepada pelawak dan usahawan Shuib iaitu Thalita berjaya mendapat tempat kedua di program realiti, Talk To My...

Read more
by Naddy Joe
October 13, 2025
Berita

[VIDEO] Edry KRU Kongsi Momen Duet Dengan Juliana Banos, Sempat Dedikasikan ‘Sehidup Semati’ Buat Isteri

Penyanyi, Edry Abdul Halim, berkongsi fakta menarik sebalik lagu berjudul Sehidup Semati yang dinyanyikan oleh pelakon dan penyanyi, Juliana Banos...

Read more
by Naddy Joe
November 24, 2025
Musik

Raes Arifin Mulakan Langkah Seni Dengan Jalan Cinta

Raes Arifin, bintang program Gimme The Mic 2024, kini secara rasmi melangkah masuk ke industri muzik tanah air dengan single...

Read more
by Aphit J.
October 19, 2025
Musik

Atilia Haron Dedah Kekuatan Tersembunyi Dalam Rekah!

“Rekah” adalah karya yang sarat dengan introspeksi dan kekuatan dalaman, memperlihatkan evolusi emosi serta perjalanan seni Atilia Haron. Rekah: Cahaya...

Read more
by Aphit J.
October 26, 2025
Indonesia

Konsert BCL: Eternal Love, Timeless Romance Berjaya Sentuh Emosi Ribuan Peminat

Dewan Plenary Kuala Lumpur Convention Centre pada malam Ahad baru-baru ini dipenuhi dengan pelbagai emosi dan magis menerusi konsert istimewa...

Read more
by Naddy Joe
September 30, 2025
Lokal

Aliff Aziz, Mark Adam & Ruhanies Antara Artis Bakal Gamatkan Havoc Trio Festival 2025

Havoc Event & Management Sdn. Bhd. sekali lagi mencetus fenomena dengan penganjuran HAVOC TRIO FESTIVAL 2025, sebuah festival mega tahunan...

Read more
by Naddy Joe
November 3, 2025
Musik

‘Takkan Semurah Itu’- Peminat Anggap Harga Tiket Konsert Ella Tak Masuk Akal

Ella, Ratu Rock negara, akhirnya mengesahkan bahawa beliau akan kembali menggegarkan pentas mega melalui konsert “Majlis Tertinggi Rockqueen” pada 14...

Read more
by Phic ARMAN
December 4, 2025
Musik

“Semoga Saja” Bukan Sekadar Lagu Cinta – Aisha Retno Dedah Kisah Sebenar!

Sejak kemunculannya dalam industri muzik pada 2018, Aisha Retno terus mencipta nama sebagai penyanyi berbakat besar dengan suara yang unik...

Read more
by Aphit J.
October 4, 2025
Lokal

Konsert Di Sebalik Aku Hafiz Suip Tetap Akan Berlangsung, Harga Tiket Diturunkan Demi Peminat!

Pelbagai spekulai yang timbul di media sosial akhirnya terjawab selepas pihak penganjur, SAH Entertainment mengumumkan bahawa konsert Di Sebalik Aku...

Read more
by Naddy Joe
October 1, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

  2. 2

    KA Perkenal Sistem Tempahan Rembayung, Pemuda Beri Cadangan Supaya Tidak Ditipu Reseller

  3. 3

    5 Perkara Yang Kita Semua Boleh Belajar Dari Restoran Baharu Khairul Aming, Rembayung

  4. 4

    Lisa Surihani Kongsi Rasa Kagum Dengan Sarimah Ibrahim-“Terima Kasih Menjadi Inspirasiku..”

  5. 5

    “Aku Syak Bapak Dia Letak Nama Ex-Ex Dia Sekali”- Nama Panjang Sampai Penuh Borang Cetus Spekulasi

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore