Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

Peraturan Unik? Adakah Peraturan Urusan Penyiaran Di Korea Selatan Sama Seperti Di Malaysia?

by Jash Lee
November 20, 2021
Share on Facebook

Setiap negara pasti mempunyai peraturan yang tersendiri bagi urusan penyiaran. Terdapat juga negara yang mewujudkan agensi  yang khusus untuk mengawasi segala urusan penyiaran bagi melaksanakan syarat-syarat dan undang-undang yang telah ditetapkan.

Di Malaysia, terdapat Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang merupakan agensi kerajaan pusat bagi industri filem Malaysia yang akan menyelia segala urusan sebelum penyiaran.

Jadi bagaimana pula di Korea Selatan? Industri televisyen dan filem di Korea Selatan sangat maju, ditambah pula dengan penyebaran kandungan mereka melalui Kpop, KDrama dan juga produk-produk kebudayaan popular yang lain disana.

Namun disebalik semua itu, terdapat beberapa peraturan yang unik yang perlu dipatuhi oleh setiap yang terlibat sama ada artis dan sebagainya. Apakah peraturan yang kami maksudkan? Jom kita tengok!

1. Peraturan Untuk Artis Bawah Umur

via wordpress.com

Korea Selatan mempunyai ramai artis bawah umur terutamanya idola KPop. Jadi, untuk melindungi artis bawah umur daripada dipaksa untuk bekerja, kerajaan di sana telah membuat peraturan khas untuk golongan ini.

Laporan yang telah dibuat daripada Hollywood Reporter, pekerja bawah umur termasuk artis hanya dibenarkan bekerja kurang dari 35 jam seminggu dan satu lagi peraturan tambahan adalah mereka tidak boleh mengikuti rancangan televisyen selepas waktu tengah malam.

Ini kerana terdapat banyak insiden yang berlaku dimana idola terpaksa keluar dari lokasi penggambaran apabila menjelang tengah malam. Antaranya Nam Do Hyun di ProduceX101, Daehwi AB6IX di MMA 2019 dan banyak lagi.

2. Tidak Dibenarkan Untuk Menayang Tatu Sewaktu Membuat Persembahan di TV

via Ig

Penyiaran di Korea Selatan sangat menghormati nilai budaya dan moral yang berlaku di sana. Begitu juga dengan masalah sensor. Di Malaysia juga isu ini telah menjadi isu perdebatan.

Tak Sangka, Rupanya Ramai Pelancong Malaysia Lakukan Kesilapan Ini Ketika Bercuti Ke Korea Selatan

Di Korea Selatan, urusan penapisan bukan sahaja terpakai kepada objek tajam malahan juga tatu. Dalam sesetengah rancangan TV, artis atau idola perlu menutup tatu mereka semasa membuat persembahan.

3. Artis Perlu Menunjukkan Imej Yang Baik

via NextShark

Peraturan yang seterusnya sememangnya tidak ditulis secara terperinci di dalam Akta Penyiaran Korea Selatan. Namun, sudah menjadi budaya artis Korea yang harus memiliki imej yang baik.

Artis dengan imej yang buruk atau pernah terlibat dalam kes-kes jenayah atau skandal yang serius biasanya akan menerima kritikan daripada orang ramai dan peminat. Kiritikan ini boleh membuatkan kerjaya seseorang artis itu terhenti.

Sama seperti apa yang telah terjadi kepada seorang artis Korea, Yoo Seung Joon. Penyanyi ini terpaksa bertukar kerakyatan hanya kerana mengelak dari berkhidmat sebagai tentera. Dia telah diusir keluar dari Korea dan tidak dibenarkan pulang.

4. Mesti Bercakap Sopan Semasa Di Skrin

via Teen Vogue

Jika anda sering memberi perhatian kepada setiap rancangan TV Korea Selatan, intonasi bahasa yang digunakan kedengaran sama  dari yang formal hingga yang lebih santai.

Namun, bahasa yang digunakan semasa bersiaran di kaca televisyen mestilah lebih formal dan sopan. Seakrab mana pun selebriti jemputan, penggunaan bahasa yang digunakan perlu diambil kira dan tidak boleh sambil lewa.

Di Korea Selatan juga, strata  dan pangkat adalah sangat penting dari umur, status sosial sehinggalah hubungan antara senior dan junior. Apabila melanggar peraturan tersebut, artis akan dikecam oleh peminat mereka.

5. Penjenayah Tidak Akan Diterima Didalam Industri

via Famous People

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, Korea Selatan mempunyai peraturan unik dalam urusan penyiaran termasuk latar belakang mengenai artis yang pernah terlibat dalam jenayah. Dalam peraturan semasa yang telah ditetapkan, tiada larangan jelas bagi artis yang pernah terlibat dalam jenayah untuk kembali ke kaca TV.

Sekitar Sambutan Diraja Untuk Presiden China Di Istana Negara

Jika semakan undang-undang penyiaran ini diluluskan, kerjaya beberapa artis akan terancam dan antaranya ialah Lee Soo Geun dalam ‘Knowing Bros’ yang terlibat dalam kes perjudian haram, pelakon Jung Ji Hoon dan idola TOP BigBang  yang pernah terlibat dengan kes dadah.

Dari apa yang telah diringkaskan, kami merasakan peraturan yang telah ditetapkan oleh agensi yang berkaitan tentang peraturan urusan penyiararan di Korea Selatan dan Malaysia tidak banyak bezanya dan hampir sama. Bagaimana pula dengan pendapat anda?

koreaMalaysia
https://lomp.at/9n9eh
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

“Saya Tak Sanggup Lukakan Hati Isteri Dia…”-Sharifah Zarina Syukur Suami Orang Telah Henti Ganggu Athalia

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sharifah Zarina terdahulu pernah meluahkan rasa berang apabila anak perempuannya, Athalia diganggu seorang lelaki yang berstatus suami orang.  Kongsi...

Read moreDetails
Berita

Rumah Idaman Bukan Lagi Angan! Ini Fakta Skim HDRAS Sarawak Yang Ramai Tak Tahu

by Ayu Kamaruddin
March 19, 2026

Impian nak ada rumah sendiri kadang-kadang terbantut sebab satu perkara iaitu deposit. Tapi berita baik untuk rakyat Sarawak, kini ada...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Momen Pelajar Sekolah Rendah Sanggup Koyak Buku Untuk Minta Autograf, Curi Perhatian Netizen!

by Naddy Joe
January 30, 2026

Perkongsian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian netizen apabila 'diserbu' sekumpulan pelajar sekolah rendah di salah sebuah restoran...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Sajat Menari Seksi, Undang Teguran Netizen!-“Bulan Puasa Ni, Kamu Tu Islam…”

by Naddy Joe
March 3, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat kembali mencetuskan pelbagai reaksi selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru ini. Menerusi video...

Read moreDetails
Berita

Noor Kartini Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Neelofa Yang Ke-37-“Mama Bangga Melihat Anakku…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Usahawan terkenal Noor Kartini mencuri perhatian peminat selepas menitipkan ucapan istimewa sempena hari lahir anak perempuannya yang merupakan selebriti dan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  2. 2

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  3. 3

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara