• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

Rasmi Dilancarkan! Ini Perubahan Besar SAMSUNG Galaxy Z Flip5 Yang Patut Anda Tahu

by Phic ARMAN
July 26, 2023
Share on Facebook

Samsung Electronics Co., Ltd. hari ini melancarkan peranti Galaxy boleh-lipat yang kini dalam generasi kelima: Galaxy Z Flip5 dan Galaxy Z Fold5. Peranti peneraju industri ini menawarkan pengalaman unik untuk setiap pengguna dengan reka bentuk yang anggun dan padat, pilihan penyesuaian yang berpelbagai dan prestasi yang berkuasa.

Flex Hinge

Flex Hinge baharu bukan sahaja membolehkan pengalaman boleh-lipat, malah juga menawarkan reka bentuk yang seimbang dan kukuh dari segi estetika.

Lebih-lebih lagi, peranti boleh lipat yang tiada tandingan ini didayai keupayaan kamera yang luar biasa seperti ciri FlexCam yang membantu pengguna menangkap pelbagai citra gambar dengan penuh kreatif. Dengan prestasi yang lasak dan bateri yang dioptimumkan di samping dikuasakan pemproses terkini, siri Samsung Galaxy Z menakrifkan semula segala kebolehan peranti mudah alih – biarpun terbuka mahupun tertutup.

“Samsung sedang merevolusikan industri mudah alih dengan peranti boleh lipat yang kini menetapkan lagi memperhalusi piawaian pengalaman pengguna,” kata TM Roh, Presiden dan Ketua Perniagaan Mobile eXperience di Samsung Electronics. “Saban hari, semakin ramai orang kini memilih peranti boleh lipat kami yang menawarkan pengalaman yang yang tidak terdapat pada mana-mana peranti lain. Galaxy Z Flip5 dan Galaxy Z Fold5 ialah peranti terbaharu yang membuktikan komitmen kami untuk memenuhi keperluan pelanggan kami dengan teknologi inovatif.”

Warisan inovasi dan dedikasi Samsung kepada kategori peranti boleh-lipat telah menghasilkan suatu produk yang serba berkebolehan. Dengan kepercayaan yang kukuh terhadap potensi format peranti boleh lipat, dipadankan dengan keupayaan R&D dan pembuatan bertaraf antarabangsa, Samsung telah memperhalusi dan mengoptimumkan barisan siri Galaxy Z secara konsisten.

Daripada penciptaan kandungan menerusi ciri Flex Window 1 baharu Galaxy Z Flip5 kepada kebolehan berbilang tugas yang lancar pada Galaxy Z Fold5, siri peranti boleh lipat Galaxy ini ternyata jauh melangkaui batasan keperluan pengguna masa kini.

Galaxy Z Flip5 juga telah direka bentuk dengan teliti untuk memenuhi keperluan daya tahan. Skrin utama peranti dilengkapi dengan lapisan penyebar kejutan manakala bahagian belakang 2 telah direka bentuk semula menjadi lebih kukuh. Bersertakan sokongan IPX8 3 , bingkai Aluminium Armor dan Corning® Gorilla® Glass Victus®2 4 yang hadir pada Flex Window dan penutup belakang, Galaxy Z Flip5 memberikan perlindungan maksimum, di samping dipertingkatkan lagi dengan Flex Hinge.

[REVIEW] Galaxy S25 FE: Tak Perlu Telefon Mahal Pun Dah Nampak Bergaya

Modul engsel bersepadu baharu ini menampilkan struktur dwi-rel yang cukup bertahan kepada kesan hentakan.

Galaxy Z Flip5: Pencermin ekspresi diri terunggul, bersaiz cilik lagi mesra poket

Galaxy Z Flip5 menawar pengalaman boleh lipat yang bergaya dan unik dalam peranti bersaiz cilik yang khusus dicipta untuk mencerminkan ekspresi diri.

Ciri Flex Window serba baharu yang kini bersaiz 3.78 kali lebih besar 5 daripada generasi sebelumnya menawarkan pelbagai keupayaan. Ia menyediakan lebih banyak pilihan
penyesuaian peribadi, termasuk jam grafik bermaklumat yang boleh dipadankan dengan reka bentuk muka dan bingkai siri jam tangan Galaxy Watch6 6 . Selain itu, Flipsuit Case 7
baharu yang khas melindungi Galaxy Z Flip5 boleh dipadankan dengan reka bentuk Flex Window dengan pilihan kad NFC pelbagai corak, lantas menawarkan lebih banyak pilihan
pemperibadian untuk pengguna.

Ketika ditutup, Galaxy Z Flip5 kini menawarkan lebih banyak kebolehgunaan berbanding sebelum ini. Dari Flex Window, pengguna berupaya mengakses maklumat berguna dengan cepat dan mudah. Menerusi ciri Widgets, pengguna boleh menyemak keadaan cuaca, mengawal putaran muzik dan menghayati muzik kegemaran mereka dengan Media Controller 8, ataupun mengikuti keadaan pasang surut pasaran saham global terkini melalui widget Google Finance.

Kesemua Widget boleh diakses secara sepintas lalu dan dipilih dengan serta-merta dengan gerak isyarat sentuhan pada skrin untuk mengaktifkan Paparan Multi Widget. Selain itu, semak pemberitahuan dengan mudah dan akses ciri Quick Settings untuk mengendalikan Wi-Fi atau Bluetooth.

Tanpa membuka peranti, semak imbas sejarah panggilan untuk membalas panggilan yang terlepas dan balas teks semasa dengan serta-merta menggunakan ciri Quick Reply dengan papan kekunci QWERTY lengkap dan keterlihatan sejarah sembang. Dengan hanya leretan jari pada skrin, pengguna boleh mengakses Samsung Wallet 9 untuk membuat bayaran dengan mudah, mengakses kod QR dan kupon, serta pas masuk, kad keahlian, kunci digital dan pas kesihatan.

[REVIEW] Bawah RM500 Tapi Ada Galaxy AI? Inilah Samsung Galaxy Buds3 FE!

Dengan reka bentuk dan rupa terbina yang tiada berbanding, Galaxy Z Flip5 juga menawarkan pengalaman kamera terpaling serba boleh pada telefon pintar Samsung
Galaxy. Tangkap swafoto berkualiti tinggi dengan kamera belakang berkat Flex Window yang lebih besar. Pengguna juga boleh menangkap gambar bebas tangan yang
menakjubkan dari pelbagai perspektif kreatif menggunakan FlexCam. Pengguna juga boleh melihat dan mengedit tangkapan dengan pantas dan mudah dalam Flex Mode 10 juga.

Pengguna boleh menyemak, melaraskan ton warna atau memadam imej dengan mudah dengan Quick View dalam Flex Window. Apabila mengambil foto bersama rakan, ciri Dual
Preview 11 mencerminkan diri mereka dalam Flex Window dan membolehkan pelarasan dalam masa nyata untuk tangkapan foto yang sempurna. Pengguna juga boleh menangkap
rakaman dengan lancar semasa dalam perjalanan dengan ciri Super Steady yang menstabilkan kamera, manakala ciri Auto Framing 12 memastikan tiada sesiapa yang ketinggalan.

Galaxy Z Flip5 juga menghebatkan setiap foto berkat penambahbaikkan pengalaman kamera dengan kemaskini AI. Cetuskanlah kreativiti diri dengan keupayaan Nightography
dipertingkatkan yang mengoptimumkan foto dan video dalam keadaan pencahayaan ambien, walaupun dalam cahaya malap. Algoritma pemprosesan isyarat imej (ISP) berkuasa
AI membetulkan sebarang hingar visual yang biasanya merosakkan imej cahaya malap sambil meningkatkan butiran dan ton warna. Foto juga ternyata lebih jelas walaupun
dirakam dari jarak yang jauh dengan zum digital 10X 13 .

Ketersediaan

Galaxy Z Flip5 dan Galaxy Z Fold5 akan tersedia di Malaysia di seluruh negara mulai 18 Ogos 2023. Berikut harga yang ditawarkan dengan pilihan warna menarik seperti Mint, Lavender, Cream, Graphite. Manakala terdapat warna eksklusif dalam talian iaitu Gray, Blue, Green, Yellow.

  • Galaxy Z Flip5 (256GB)- RM4,499
  • Galaxy Z Flip5 (512GB)- RM4,999

Untuk maklumat lanjut mengenai pra-pesanan, klik pautan ini. Untuk maklumat lanjut mengenai Galaxy Z Flip5 sila layari: www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-z-flip5/buy/

galaxysamsungSAMSUNG Galaxy Z Flip5
https://lomp.at/1vhqk
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Dalam masyarakat kita, isu gelaran atau panggilan kepada individu berdasarkan rupa bentuk badan atau penampilan sering menjadi topik sensitif. Apa...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  2. 2

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  3. 3

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore