Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Percaya Kepada Rawatan Islam, Nora Ariffin Dakwa Terkena Gangguan Sihir Pemisah

by Puteri Alia
July 12, 2023
Share on Facebook

Kebanyakkan kita tahu mengenai sihir, namun masih ramai yang tidak memahami apa sebenarnya disebut sebagai ilmu sihir.

Dalam kebanyakan hal berkaitan sihir, ia berpunca daripada perasaan dengki, cemburu, cinta, kasih dan marah serta pelbagai emosi yang sukar dikawal.

Orang yang terkena sihir panggilan akan selalu mengalami mimpi ngeri, mendengar suara yang bercakap kepadanya dalam keadaan jaga tetapi tidak melihat orangnya, kerap waswas, meragui teman dan orang yang dicintainya, mimpi seakan-akan jatuh dari tempat tinggi atau mimpi melihat haiwan mengejarnya.

Berbahas soal ini, baru-baru ini penyanyi Datuk Nora Ariffin, 49, mendedahkan pernah mengalami gangguan sihir pemisah.

Menerusi perkongsian dalam Instagram, pelantun lagu popular Di Persimpangan Dilema itu memberi cadangan kepada pengikutnya untuk mencuba perubatan Islam sekiranya terkena sihir tersebut.

“Sihir itu memang wujud. Sihir pemisah juga memang angkara dengki, hati busuk dan kotor.

“Sesiapa yang pernah terkena, berubatlah dengan Darussyifa. Itu ikhtiar kita. Insya-Allah,” ujarnya.

Sementara itu, Nora memilih berkongsi perkara berkenaan kerana dirinya pernah mengalami pengalaman disihir.

“Saya juga pernah lalui macam-macam, itu sebabnya terpanggil untuk membantu orang lain juga.

“Allahuakbar.. Moga kita semua sentiasa dilindungi,” tulisnya lagi.

Sekadar info, Nora pernah mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham Johan pada 1992 dan dikurniakan empat orang cahaya mata.

Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat sakit serangan jantung.

Nora kehilangan anak keduanya, Muhammad Syakir Aliff pada 13 Disember 2019.

Beliau kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama Pensyarah Kanan Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya, Dr Rushdi Ramli, 55.

Anak Dah Baligh Pilih Tanggal Hijab, Datuk Nora Ariffin Tenang Jawab Kecaman Netizen
nora ariffin
https://lomp.at/dsxua
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @TMZ (X)
Hollywood

Sudah ‘Move On’, Kali Ini Dakota Johnson Bercinta Dengan Penyanyi Muda!

by Nurul A.
January 26, 2026

Aktres Hollywood, Dakota Johnson dikhabarkan mempunyai teman lelaki baharu selepas berpisah dengan vokalis Coldplay iaitu Chris Martin pada Jun 2025....

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Mekyunn & Ibu Bapa Berjaya Puasa Pada 1 Ramadhan

by Naddy Joe
February 20, 2026

Pempengaruh media sosial, Mekyunn mencuri perhatian netizen selepas berjaya berpuasa bersama ibubapanya pada 1 Ramadhan semalam. Kongsi Mekyunn di Thread,...

Read moreDetails
Lokal

Alha Alfa Beri Sumbangan RM20,000 Untuk Kos Rawatan Anak Kedua Amyza Aznan

by Naddy Joe
February 26, 2026

Usahawan kosmetik dan jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa mencuri perhatian netizen selepas dilihat memberikan bantuan sebanyak RM20,000 kepada anak lelaki...

Read moreDetails
Lokal

Alicia Amin Pertahan Meerqeen Yang Dikecam Makin Berisi?

by Naddy Joe
February 19, 2026

Aktres dan model, Alicia Amin meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir netizen yang mempersoal perubahan fizikal aktor kacak, Meerqeen yang...

Read moreDetails
Korea

20 Bilion Won Cukai Tertunggak? Ini 5 Fakta Kes Siasatan Cha Eun-woo

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Bila sebut nama Cha Eun-woo, ramai bayangkan visual ‘heaven’, senyuman manis dan bakat yang makin bersinar dari ASTRO ke dunia...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

  5. 5

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara