Monday, August 4, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home HotList

Pergi Tak Kembali! Pemergian 3 Usahawan Kosmetik Ini Akan Terus Dikenang

by Khai Azfar
June 28, 2019
633
KONGSIAN
Share on Facebook

Saban tahun, usahawan-usahawan terutamanya berkaitan dengan selebriti menjadi begitu popular. Malah ada diantara mereka yang kini turut sama bergelar selebriti selepas terbabit secara langsung dalam bidang nyanyian mahupun lakonan.

Biarpun begitu, disebalik kerancakan mereka menerajui perniagaan masing-masing, ajal dan maut tidak mengira nama dan pangkat kerana ada diantaranya kini telah pergi dahulu menghadap Ilahi. murai.my rangkumkan kembali mengenai 3 usahawan kosmetik ini yang akan terus dikenang sebagai antara usahawan yang paling berjaya! Al-Fatihah.

3 Usahawan Kosmetik Ini Akan Terus Dikenang 

Syed Anaz

Buat mereka yang berada sekitar 80-an pasti mengenali Allahyarham Syed Anas yang popular dengan lagu hits, Memori Cinta. Digelar sebagai Boy George Malaysia, Allahyarham turut mengusahakan perniagaan produk kesihatan dan kosmetik, Nona Roguy.

Bagi menumpukan perniagaannya, Syed Anas telah membuat keputusan untuk berundur dari dunia seni sekitar 90-an sebelum meinggal dunia pada 5 Disember 2003. Syed Anas dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 1.15 pagi ketika dalam perjalanan ke Hospital Selayang selepas mengadu sesak nafas di rumahnya di Pantai Hill Park, Bangsar. Allahyarham meninggal dunia kerana menderita barah otak.

Datuk Sosilawati

Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya merupakan salah seorang jutawan kosmetik Malaysia yang cukup dikenali ramai. Selain dikenali menerusi syarikat Nouvelle Beauty Centre Sdn. Bhd yang diusahakan sejak 1990-an, bekas isteri kepada penyanyi Nash ini juga merupakan seorang yang begitu peramah. Biarpun begitu, pada Ogos 2010, satu berita yang menggemparkan tanah air dimana Sosilawati bersama tiga orang pembantunya telah disahkan meninggal dunia dipercayai akibat dibunuh dengan kejam di Morib, Selangor.

Faziani Rohban

Pemergiannya cukup dirasai di seluruh negara apatah lagi Allahyarhamah Faziani Rohban dikenali sebagai seorang yang pemurah dan baik hati sepanjang hayatnya. Pengasas produk kecantikan Dnars Skincare ini meninggal dunia pada 18 Mei yang lalu selepas kenderaan yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Pattani Thailand.

Lebih mengharukan, tujuannya berada di Thailand adalah kerana ingin membuat aktiviti kebajikan bersama-sama masyarakat disana malah arwah turut tergesa-gesa mahu menyelesaikan semua urusan zakat kepada golongan memerlukan sebelum 15 Ramadan seolah-olah sudah tahu dia akan pergi buat selama-lamanya.

datuk sosilawati lawiyaFaziani Rohbansyed anas
Share254Tweet158SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    Ini Cara Guna RM100 SARA Sebelum 31 Disember. Jangan Terlepas!

  3. 3

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem