Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore missmurai

Perhatikan 5 Tanda Ini Kerana Crush Mungkin Sukakan Kamu Juga!

by Soph Azz
March 2, 2023
Foto - Vogue

Foto - Vogue

10
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa yang ada crush pasti tahu betapa nervous diri kamu apabila memikirkan adakah si dia menyukai kamu seperti mana kamu menyukainya. Atau pun tidak ada perasaan langsung pada kamu.

Daripada kamu sentiasa dibayangi oleh rasa ingin tahu tentang hal tersebut; sebenarnya ada cara untuk kamu tahu sama ada crush sukakan kamu kembali.

Berdasarkan lima tanda yang Miss Murai bakal kongsikan; kamu boleh cuba apply dan lihat sama ada crush kamu menunjukkan tanda-tanda berikut atau pun tidak. Adakah kamu sudah bersedia?

#1 Sering berikan pujian yang ikhlas 

Kalau kamu perasan, seseorang yang sukakan kamu akan sentiasa dan kerap memberikan pujian-pujian yang ikhlas.

Foto – Pinterest

Antara contohnya adalah kamu potong rambut, berhias, memakai wangian atau meraihkan pencapaian tertentu, si dia pasti akan berikan kata-kata pujian sebagai tanda dia bangga dan suka dengan diri kamu.

#2 “Actions speak louder than words”

Pernah tak crush kamu lakukan sesuatu buat kamu rasa seperti manusia yang paling bahagia? Tak kiralah mengingati hari jadi kamu, makanan yang kamu suka, warna kegemaran atau berikan jambangan bunga secara tiba-tiba. Lelaki yang betul-betul sukakan seseorang, mereka cenderung untuk bertindak berbanding menaburkan kata-kata manis.

#3 Mahu luangkan masa bersama, secara sendirian

Sekiranya si dia adalah kawan, atau seseorang yang kamu temui di parti atau di mana-mana sahaja, dan dia mencari jalan untuk berjumpa dengan kamu, itu adalah tanda bahawa dia mahu berhubungan dengan kamu lebih daripada seorang kawan biasa.

Foto – Pinterest

Walaupun ia boleh menjadi tanda ia adalah untuk perkembangan sebuah hubungan persahabatan, tetapi ia juga boleh menjadi bahawa dia dalam proses untuk mengenali kamu dengan lebih rapat serta menyukai kamu secara romantik.

#4 Tak buat kamu tertunggu-tunggu mesejnya 

Sesetengah orang, bukan jenis yang check telefon dengan kerap atau balas mesej dengan cepat. Tak bermakna pula jika seseorang itu balas mesej kamu maksudnya si dia sukakan kamu ye…

Foto – Pinterest

Tapi kalau lelaki cepat balas dengan cepat tanpa buat kamu tertunggu-tunggu melebihi 1-2 minit, ia boleh menjadi tanda si dia mempunyai minat terhadap kamu tau!

#5 Suka melakukan eye contact ketika bercakap

Dipetik daripada The Truly Charming, seseorang individu yang sukakan kita akan cenderung lakukan perkara yang mereka tak sedar telah menggambarkan perasaannya. Salah satunya adalah eye contact.

Foto – Pinterest

Mereka akan berasa susah untuk alihkan atau lepaskan pandangan daripada melihat orang yang mereka suka. Jadi, apa-apa mereka buat, mereka akan lakukan eye contact dengan sekerap yang boleh.

Rasa-rasanya ada tak crush kamu tunjukkan tanda-tanda di atas?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
tanda crush suka kamutanda orang crush dekat kitatanda orang jatuh cintatanda orang suka kita
Share4Tweet3SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  3. 3

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  4. 4

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  5. 5

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara